Home · About Me · Sitemap ·

Masjid Al Khalidiah@Sg Petani

Dapat juga lihat dengan dekat Masjid Al Khalidiah a.k.a Masjid Siti (kawan-kawan kat sini katalah) selepas menghantar 2 Abdul ke Kem Bestari Solat Perdana di sekolah. Alkisah, Encik Suami mengajak Anim mencari ikan di Kuala Muda. Sewaktu melalui hadapan pintu gerbang Kg.Permatang Pasir, dia memberitahu Anim tentang Masjid Khalidiah ini.  Masjid serba putih ini menelan kos RM1.7 juta. Tercapai hajat juga nak kemari..

Walau apapun alasan yang diberikan oleh rakan-rakan lain yang belum berkesempatan sendiri menjejakkan kaki ke sini....Anim lebih mengambil pendekatan "Siapalah kita yang boleh menilai orang". Anim ni...kalau banyak duit teringin juga nak bina masjid. Itulah amal jariah yang membantu kita di akhirat kelak. Lagipun bukan semua orang berduit boleh bina masjid. Jangan persoalkan niatnya mahupun keikhlasan mereka. Inikan rumah Allah...gunakanlah peluang yang ada di depan mata

"Takkanlah ambil gambar saja. Kita keluarlah buat solat Dhuha"

Alamak....tak tercapai hajat kami. Kami berpatah balik kerana ramai pulak jemaah lelaki dan perempuan di masjid. Ruang masjid dan kawasan sekitarnya dipenuhi warga tua-tua belaka (macamlah awak tu muda!!!), Nak parking pun payah.
Ada program sempena puasa agaknya. Plet kereta luar banyak jugak. Agaknya depa ambik penceramah dari luar .

On the way nak keluar dari kawasan masjid, sempat menahan seorang pakcik yang menunggang motor dan bertanyakan program yang berlangsung.
"Hari ini ada kematian. Pukul 9 ni nak simpan mayat"
(Haaaa...jangan tak tau orang Kedah kata tanam tu simpan,  Depa tak kata jenazah...depa kata mayat!)

P/S Destinasi berikutnya.....Pasar Bisik-Bisik, Kuala Muda. Tunggu.....




Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Masjid Al Khalidiah@Sg Petani"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai