Home · About Me · Sitemap ·

Laksam Pantai Timur

Kenapa lain macam bunyinya? Anim pun tak pasti ni Terengganu @ Kelantan punya. So...untuk berlaku adil...Laksam Pantai Timur diberi nama.

Terima kasih kepada Cik Fauziah kita yang sudi meminjamkan tudung-tudung periuknya kat Anim. (Kesian...hang masak dalam periuk tak bertutup la ya ) .Lama dah berhajat nak buat laksam...tapi tudung periuk Vision dan Zebra je ada di rumah. Kebetulan bercerita dengannya di sekolah tentang hajat nak membeli periuk baru semata-mata nak buat laksam...."Tak yah kak...pinjam saya punya aja"
--------------------------------------------------------------------

BAHAN "KUEY TEOW"

3 cawan tepung beras
6 camca tepung gandum
3 cawan air suam
(Boleh guna tepung beras saja, tak payah campur tepung gandum)

CARA MEMBUATNYA

1. Bancuh semua bahan di atas.
2. Sapu sedikit minyak di atas tudung periuk.Tuang adunan di atas. Ratakan.
3. Kukus hingga masak ~ 5-6 minit
4. Tunggu sejuk sekejap sebelum digulung.
Note : Tudung periuk kenalah lebih, taklah buang masa tunggu "kuey teow"sejuk untuk guna tudung periuk tu sekali lagi

BAHAN KUAH
(Periuk Vision 2.5 liter....tak penuh pun)

10 ekor ikan kembung ~  Rebus dan asingkan isi.
6 ulas bawang merah ditumbuk bersama 1/2 camca lada hitam
RM 2 santan pekat
4 keping asam keping
garam, sedikit gula

CARA MEMBUATNYA

Blend isi ikan bersama santan .
Masukkan ke dalam periuk.
Masukkan bersama bahan tumbuk, asam keping dan garam


BAHAN SAMBAL BELACAN

5 biji cili merah ditumbuk bersama belacan bakar
Perahkan sedikit limau kasturi kalau mahu

BAHAN ULAMAN
Kacang panjang - potong kecil 
Tauge ~ biar mentah
Timun ~ Anim potong style laksa Johor
Daun kesum ~ hiris halus



P/S Setiap negeri....rata-rata ada style laksa tersendiri. Sorrylah, Anim alter resepi original laksa ikut tekak kami anak-beranak.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Laksam Pantai Timur"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai