Anim pernah cerita fasal kak N dalam N3 sebelum ini. Sewaktu bas berhenti di Ja'aranah untuk jemaah yang ingin membuat umrah bermiqat, kak N mendekati Anim. Kami sama-sama berjalan ke masjid untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dan solat sunat ihram. Teringat pesan Encik Suami tempohari. Tak sampai hati pulak nanti nak memberitahu kak N supaya mengikut anaknya melakukan tawaf dan sa'i bagi mengelakkan tertinggal dalam kumpulan jemaah yang dipimpin ustaz Aryan.
Anim mengambil kesempatan menunaikan Solat Dhuha di situ dan memohon kepada Allah supaya diberikan jalan penyelesaian bagi masalah Anim. Anim tak mahu engkar arahan suami dan dalam masa yang sama tak mahu mengecilkan hati kak N. Ya Allah..bantulah hambaMu ini.
Setibanya di Baitullah , kami mengikut Ustaz Aryan untuk membuat umrah sunat. Sewaktu hendak turun ke perkarangan Kaabah untuk melakukan tawaf , kak N sudah berada di barisan hadapan bersama-sama Ustaz Aryan. Syukur alhamdulillah...sepanjang 7 pusingan tawaf (Anim dan Mr.Hubby berada di baris belakang), Anim lihat kak N memegang kain ihram anaknya dari belakang.
Terima kasih Allah kerana mendengar doa hambaMu ini. Hinggalah ke saat selesai Sa'i dan bertahalul,Kak N sentiasa berada di samping anak lelakinya. (Mungkin kak N juga telah berdoa di Kaabah memohon anak lelakinya diberikan petunjuk...Alhamdulillah)
Bekas berisi air zamzam ini banyak terdapat di dalam masjid, di perkarangan Kaabah dan kawasan Sa'i. Sedapnya....rasanya berbeza sekali dengan air zamzam bila dibawa balik...perbezaan cuaca kot!
Sewaktu menikmati air zamzam bersama Encik Suami selepas solat Isyak di tingkat 2, kami terserempak dengan Pak Ya, agen Andalusia yang kami daftar dengannya di KL. Kami menghadiri kursus umrah di bawah bimbingannya di Kajang sebelum bertolak. Kami terpisah dengan kumpulannya yang bertolak 3hb. Sejak bertolak dari Malaysia tak pernah bersua dengannya.
Olehkerana layanan pihak pengurusan dan mutawwif group 4hb di Hijjaz Palace ini tidak ada masalah, kami taklah menghubungi Pak Ya (dia suruh hubungi dia kalau ada apa-apa masalah). Siapa sangka jumpa Pak Ya hari ini...(Pak Ya ni orang Jawa Muar. Selalunya bila berjumpa Encik Suami, dia akan speaking Jawa. Encik Suami panggil Pak Ya, wak)
Pak Ya maklumkan semalam dia call Encik Suami mengajak bersama-sama Qiyamulail di Masjidil Haram bersama groupnya tetapi telefon tidak berangkat. Encik Suami meminta maaf kerana tidak perasan akan panggilan itu. Kami memang tak perasan langsung!
Dia kemudiannya memberitahu dia mencari nama kami di Abeer Garden namun dimaklumkan kami ditempatkan di Hijjaz sewaktu tiba di Mekah. Tambah terkejut bila dia maklumkan ada jemaah yang minta dipindahkan ke Hijjaz kerana jaraknya ke Masjidil Haram hanya 150m sahaja kena membayar tambahan RM500 seorang.
Bagaimana pula dengan kes kami? Pak Ya kata, kerana kami ni dipindahkan oleh pihak Anadalusia sendiri..kami tidak dikenakan apa-apa bayaran.
Kata Pak Ya, itu rezeki kami!
P/S Sempat turun ke bawah...mencari Abeer Garden Hotel yang sepatutnya menjadi hotel penginapan kami.
Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari Ke9 (Part 2)"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai