Si Abdul sulung peminat rempeyek no.1. Dek kerana dia ni cukup cerewet, hanya rempeyek air tangan neneknya saja yang digemari. Tapi...jumpa waktu raya sajalah. Kali ni pandai pulak dia mengusulkan agar Anim belajar buat rempeyek dari Bonda sementara Bonda ada di SP. "Senang nanti nak makan....Ummi boleh buat sendiri"
1 peket tepung beras
6 sudu besar tepung ubi
20-25g ketumbar biji
1 camca besar jintan putih(halus)
1 camca kecil jintan manis (kasar)
1 cawan ikan bilis@udang kering ~ direndam dan kisar kering(tanpa air)
5OOml santan dari sebiji kelapa
2 butir telur
Garam
Kacang tanah [dijemur/goreng tanpa minyak sekejap]
Cara:
Ketumbar, jintan putih dan jintan manis dikisar bersama telur dengan menggunakan sedikit santan. [bukan air]
Tepung beras digaul bersama tepung ubi bersama garam.
Masukkan adunan yang diblend tadi ke dalam mangkuk tepung.
Masukkan ikan bilis@udang kering kisar.
Masukkan sedikit adunan ke dalam mangkuk lebih kecil, masukkan kacang tanah.
Dengan menggunakan sudip rata...gunakan kreativiti untuk membentuk rempeyek..
UPDATE: Guna tepung beras 3 Gajah untuk hasil terbaik
P/S Buat besar gedabak sebab nak cepat siap ....
bunda suka makan rempeyek..tapi nak buat tak tau..lepas ni boleh try..
BalasPadamkak nora, cara mak saya ni paling senang tapi taklah comel cam org jual tu...
Padamnak try la,,,,
BalasPadamMcm sedap je Anim cicah dengan sambal kicapkan1... teringin nak buat...
BalasPadamcicah dengan sambal kicap? 1st time dengar nih..heee
PadamTepung ubi ke tpung jagung yg ok...
BalasPadamTepung ubi dgn tpung jagung mne ok..
BalasPadamApe kegunaan tepung ubi?
BalasPadam