Nak tergelak bila terbaca cerita ini di buku cerita anak. Kisah si Juha@Abu Nawas@Nashruddin, tokoh jenaka yang terkenal dari Timur Tengah. Keh..keh...fakta bukan auta punya!
Pada suatu ketika Juha telah kematian isteri yang amat disayanginya. Walaupun begitu, Juha tidak sedikit pun kelihatan bersedih hati. Dia kelihatan redha dengan kematian itu.
Seminggu kemudian, Juha ditimpa satu lagi musibah. Kali ini, keldainya pula yang mati. Namun teman-teman dan jiran tetangga yang menziarahinya kehairanan melihat Juha menangis tersedu-sedu. Dia kelihatan amat sedih. Mereka kemudiannya bertanyakan Juha:
"Wahai Juha, kami hairan melihat kamu. Mengapa ketika isterimu meninggal dunia, kamu sedikitpun tidak kelihatan sedih. Tetapi apabila keldaimu pula mati, mengapa engkau sangat bersedih hati?"
"Tahukah kamu mengapa aku bersedih kerana kematian keldaiku berbanding kematian isteriku?" tanya Juha kembali. Jiran-jirannya menggeleng-gelengkan kepala masing-masing.
"Begini. Ketika isteriku meninggal dunia, ramai jiran tetangga yang menghampiriku sambil menenangkan dan menasihatkan aku agar jangan bersedih kerana mereka akan mencarikan aku seorang isteri yang lebih baik dari isteriku yang meninggal dunia. Sebab itulah aku tidak bersedih"
"Malangnya ketika aku kehilangan keldaiku, tidak ada seorangpun yang menghampiriku dan berjanji akan menggantikan seekor keldai yang lebih baik." Sebab itulah aku bersedih hati.
P/S Camna lak dengan "pepatah"...muka monyok macam orang mati bini?
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Mati Keldai Lagi Sedih Dari Mati Bini"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai