Home · About Me · Sitemap ·

Dah Mengail Pulak...

Gara-gara bermalam di Chalet Terapung@Segantang Garam, 2 Abdul dapat hobi baru. Apalagi, memancing atau mengail kata orang Kedah. Merengek-rengek mengajak Encik Suami mengail. Mana nak bawak ni? Hmmmm..dibawanya 2 Abdul ke Kota Kuala Muda, ada taliair JPS di sana. Sebelum itu, dibawanya kami 3 beranak meronda.....

 
Menjengok kesan Tsunami di Kg. Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, 6 tahun lalu

Dekat sejam mereka mengail. (Anim tertidur dalam kereta!). Geram kerana umpan tak mengena .....terus sahaja ke Kg.Pulau Sayak.  Hiburkan hati duka dengan program makan-makan. 

Lama tak pekena Mee Udang Usop di Kg.Pulau Sayak ini. Ketara benar kesan hakisan di tebing. Kedai Mee Udang Usop ni dah makin hampir dengan laut.

Selain mee udang yang menjadi hidangan petang kami di sini, ada satu menu tambahan yang diorder yang bikin kami semua menjilat jari.....Ketam Masak Sos. ..Bukan takat 2 thumbs up..5 fingers licking..memang sedap!!!!

P/S Udang dan ketam baru naik dari laut...memang ketara perbezaan rasanya kerana belum kena "airbatu".

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Dah Mengail Pulak..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai