Home · About Me · Sitemap ·

Dompet Wang-Wang

Ada cerita yang nak Anim kongsi sewaktu ke Melaka beberapa hari lepas. Ternampak gambar dompet ni di kamera...baru teringat. 

Ternampak iklan "Dompet Wang Wang" yang dipamerkan di salah sebuah stall di Tesco Melaka ni. Bukan semua dompet lelaki yang dipamerkan ni adalah "Dompet Wang Wang". Cuma ada 2 sahaja...Tu yang tertarik nak interview si penjual...

Hahaha...jangan percaya .Jadi syirik nanti. Sebenarnya bukan apa...dia bagi panduan cara memilih dompet supaya wang dalam dompet sentiasa ada. Alamak...silap2 kaki "tarik duit" pun sibuk cari dompet ini. Iyalah, depa ni pantang jumpa benda-benda pelik kan. Teringat salah seorang pakcik yang Anim kenali..sibuk cari duit syiling lama 50sen.
 
Dompet Wang Wang ini ada keistimewaannya berbanding dengan dompet yang biasa. Pi tengok dompet masing-masing. PERTAMA, bahagian bawah Dompet Wang Wang tidak berlubang. Menurut kepercayaannya...duit akan tersimpan. Logiklah kan...kalau "berlubang"..memang asyik pokai saja. Iyalah...dah bocor, mana boleh simpan duit. Macam juga kocek bocor, bukan kata duit..sapu tangan, handphone pun boleh cicir!!!

KEDUA, bilangan tempat letak kat kredit hendaklah ganjil. Haaaa...pi kira. Kalau genap..kasi buang, huhuhu.,..Yang ni tak tahu kenapa..si penjual pun tak boleh explain..aparaahh..

P/S Yang pelik...dompet untuk wanita tak ada la pulak. Mesti depa yang buat ni dah agak, tak berkesan untuk orang perempuan..

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Dompet Wang-Wang"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai