Home · About Me · Sitemap ·

Restoran Sheesh Mahal@Subang Jaya

Encik Suami training 3 hari di Subang Jaya. Maka diangkutnya sekali lagi Mem dan 2 Abdul (waaaaa...11/12 ni Anim start final exam). Buku dan nota sudah lunyai bukan kerana tekun dibaca, tetapi sudah penat diusung ke Kota Bharu, Melaka, Segantang Garam dan la ni ke Subang Jaya pulak. 

Malam Tahun Baru Hijrah 1432H, kami ada di highway Utara-Selatan. Bergegas untuk sampai ke sana segera kerana dinner at 8.30 p.m. Kesian pulak orang yang menunggu nanti. Lepas check in di Holiday Villa, Hotel & Suites Subang, dibawanya kami ke Restoran Sheesh Mahal untuk menikmati Pakistan cuisine.

Hidangan nasi beriyani dengan kari ayam, kari kambing, dhal, onion ring, sayuran, roti nan, paratha, mango lassi, kashmiri tea dan homemade aiskrim .

5 jam perjalanan dari SP tanpa henti (berhenti untuk solat dan buang hajat sahaja) membuatkan kami "lapar giler"...tak teringat nak snap gambar hidangan. Lagi-lagi bila ramai-ramai begini. Kak Pah & family, Saparul & family, Megat & family serta 5 lagi staff solo. Aduh..riuh-rendah dengan suara dan gelagat anak-anak...orang SP sudah mai....

P/S Pelik tengok restoran kecil, pelanggan tak ramai (tak macam restoran tomyam) tapi boleh terus beroperasi.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Restoran Sheesh Mahal@Subang Jaya"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai