Malam tadi bersembang dengan Encik Suami yang baru pulang berseminar di Port Dickson. Mula-mula bab Port Dickson, makanan, kawan-kawan yang dia jumpa..dan akhirnya terpacullah dari mulut dia sesuatu yang paling "meresahkan" Anim
Alkisah, dia memberitahu teman setugasnya, Mr.R menemuinya dan memberitahu ada tempat kosong di Johor kerana Pn.N yang bertugas di situ sambung study. Aduhhh, JB!!! Takutnya nak dengar ayat Encik Suami seterusnya. Kalau nak diikutkan, berita ini tentunya menggembirakan kerana Anim suami isteri orang Johor. Kami pun ada rumah yang ditinggalkan di Batu Pahat. Tapi tak tahulah..kenapa perasaan Anim berbelah bagi. Kenapa Anim tak melompat gembira?
"Dia tanya abah, nak ke sana tak?"
Lekas-lekas Anim pintas, " Haa, abah jawab apa?"
"Abah kata penat abah berpindah dari KL ke Sg Petani pun belum hilang. Kotak-kotak pun masih ada belum berbuka . Kedah ni pun belum habis diteroka".
Tak tahu nak gambarkan perasaan lega dan gembiranya Anim mendengar jawapan itu. Benar..kalaulah IYA jawapan Encik Suami, bermacam masalah timbul nanti. Anim ada satu semester lagi untuk habiskan pengajian di OUM. 4 tahun belajar, sudah 3 kali tukar pusat pengajian. Tak sanggup rasanya nak bertukar sekali lagi.
Anim belajar di IPTHO Batu Pahat sewaktu Encik Suami bertugas di BP. Kemudian bila dia ditukarkan ke ibu pejabat di KL, Anim belajar pula di IPG Islam, Bangi. Dan sejak bulan 8 tahun lepas, Anim belajar pula di PPW OUM Kedah di Amanjaya.
Bagus betul statement Encik Suami..."Pekan Rabu pun belum habis di ronda"..Tempat favourite kami tau..
Baju Melayu, jubah, telekung, songkok..macam-macam ada! Baulu, kuih muih pun ada
Nak cari capal?
Kraftangan dan acuan kuih tembaga, cari saja di sini
Pekan Rabu yang bukan dibuka hari Rabu saja...huhu
2 Abdul....ada sajalah yang menjadi perhatian mereka untuk dibeli
"Abah dah fikirkan itu semua. Abah pun ada dalam 12 tahun lagi servis. Kalau dah duduk JB, bukan bermakna sampai pencen. Kena keluar lagi. Lagipun kita kan seronok tinggal kat sini. Kalau ada rezeki, memang tak ke mana".
Memang seronok bila Encik Suami turut sama menyelami perasaan seronoknya Anim dan 2 Abdul tinggal di Sg.Petani. Lagipun bulan Ogos ni baru cukup setahun Anim di sini. Belum puas lagi la nak meninggalkan SP. Memang kami tak bercadang pun nak menetap di sini sampai pencen tapi...biarlah rasa keseronokan ini tidak ditamatkan sekarang.
P/S Bukan kami tak suka balik negeri...cuma... nanti dulu yaa..
Belum ada komen untuk "Pindah Lagi???"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai