Sejak 2 minggu lalu, mencari ikan bawal di pasar malam area SP. Nak cari saiz yg kecil@sederhana besar. Dah 4 pasar malam dijengah.Tapi masih tak dapat ikan yg dihajati. Payah betul. Kalau saiz besar memang ada. Kedai makan yg menyediakan hidangan bawal goreng panas pun dah tumbuh macam cendawan. Inikah antara faktor2 nya ? Ikan bawal tak sempat nak dijual peniaga pasar malam...dah diborong peniaga kedai makan? Anim pernah cerita fasal bawal goreng ini di sini.
Singgah kedai makan ni balik sekolah dgn anak2. Mana sempat nak masak. Sampai rumah dah dekat pukul 2.30. Kalau dah pukul 2, semua kedai makan ikan bakar dah takde saki baki makanan. Kedai makan ni pun buka untuk makan tengahari sahaja. Anim suka singgah sini sebab....
Ikan digoreng mengikut permintaan . Kita minta baru digoreng. Panas2 dihidangkan. Order lauk simple saja. Kuah kosong dan sayur@ulaman..
Ikan bawal digoreng garing (ikut permintaan). Kalau nak diikutkan hanya dilumur garam dan kunyit sahaja. Kelainannya Anim rasa ikannya baru. Ikan bawal ni RM8 ~1 set . Kena order 2 set. Bukan besar sangat. Sharelah ber3. Umi selalu dpt bahagian kepala..huhu
P/S Kalau saiz besar atau lebih kecil, tak umphhh
Belum ada komen untuk "Ikan Bawal Goreng Panas"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai