Home · About Me · Sitemap ·

Rindukan Bella

2 Abdul merengek rindukan Bella sejak seminggu lalu. Bella,.anak kucing kacukan Parsi (ibu) dan kucing tempatan.  Bella , 4 saudara dan ibunya diberi tuan asalnya yang ke luarnegara. Dek kerana tidak berupaya membela 6  ekor sekaligus kami hanya memilih Bella manakala yang lain Anim berikan kepada staff bujang di tempat Encik Suami bekerja yang digelar "Abu Hurairah". Kucing peliharaannya saja ada lebih 10 ekor.

Bila Anim dan famili tiada di rumah, kami tinggalkan Bella di bawah jagaan Abu Hurairah. Kata Encik Suami, dia ni ada aura kucing. Kucing kenal dah bunyi motor dia kalau tiba ofis. Sekali ditinggalkan dengan Abu Hurairah, Bella ok lagi.Dia selamba je turun kereta masuk ke rumah. 2,3 kali tinggal.. dia macam tak tentu arah bila kereta Abu Hurairah hilang dari pandangan. Keluar masuk..keluar masuk, mengiau sana, mengiau sini...macam mencari sesuatu. 
 
Kemuncaknya apabila kami pulang dari kampung dan Encik Suami keluar daerah seminggu.Bella kami tinggalkan lama bersama Abu Hurairah. Anim tak "cukup tangan" nak jaga Bella. Makanannya ikan bergoreng. Bulunya terpaksa dijaga rapi, disyampu dan dimandikan.Kemudian bulunya terpaksa dikeringkan dengan "hair dryer". Memang diluar kemampuan Anim. Kesian Bella nanti terbiar kerana Anim terpaksa bergelut dengan tutorial dan assignment, dengan 2 Abdul, dengan kerja sekolah, dengan 6 angsa di belakang rumah. Akhirnya dengan berat hati Anim "melepaskan" Bella. Tak perlu Abu Hurairah hantar Bella ke rumah kami lagi. Biarlah Bella bersama bapa angkatnya itu.

Baru-baru, Anim diberitahu , Bella dimasukkan ke ward selama 14 hari di sebuah klinik haiwan di Penang akibat jangkitan kuman.  (2 saudara dan ibunya telah mati sebelum ini). Kucing Parsi ni memang mudah dijangkiti penyakit jika bercampur dengan kucing tempatan. Anim percaya Bella dijaga baik oleh Abu Hurairah kerana kos perubatan Bella di sana mencecah RM500. Kepada 2 Abdul, Anim katakan biarlah Bella berada bersama Abu Hiraurah. Dia pun keseorangan. Bella tu dah jadi macam "anak"nya. .

P/S  Tentu seronok kita menggembirakan oranglain. Tambah-tambah pemberian itu adalah sesuatu yang kita sayangi.  

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Rindukan Bella"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai