Home · About Me · Sitemap ·

Gamat Langkawi

Tak payahlah cerita fasal khasiat gamat. Rasanya tak payah diperkenalkan. Ke Langkawi, wajib beli gamat sebagai ole2. Walaupun dah jejak ke Langkawi berkali2...tapi inilah pertama kali berpeluang tengok sendiri proses minyak gamat dihasilkan..Khabarnya ada 90 pengusaha minyak gamat di Langkawi. Tempat yg Anim singgah ni salah satu darinya...

 Dari yg dibotol, ibu gamat kering, sabun, ubat gigi, bedak , minyak (terbaru krim susu kambing + gamat) dan bermacam lagi stuff made of gamat..

 Ada bermacam jenis herba dan akar2 kayu dlm pemperosesan minyak gamat dipertontonkan..

 Nilah yg Anim tak pernah tengok sebelum ini. Satu pengalaman baru.. Dimasak 24 jam menggunakan kayu api.

P/S Gamat ni aktif waktu malam dan sensitif kepada cahaya matahari. Bila terdedah kepada matahari.. dia akan "melt" dan mati.

Artikel berkaitan:

Underwater World Langkawi

 Lamanya tak menjengah Underwater World Langkawi. Last jejak kaki ke sini 8 tahun lalu~ usia si Abdul sulung setahun . Entah dia faham apa yg dipandangnya entahkan tidak.

Comel giler mamorset .small monkey. Ada new attractions yg buat Anim & anak2 teruja sekali

Anaconda@Tropical Rainforest Section

Fur Seal aka anjing laut @ Temperate Section



African Penguins @ Temperate Sections. Kat section inilah paling seronok. Bermain dgn anak2 penguin depan tank.


Rockhopper Penguin@Sub-Antartic Section


Wah...seronok dapat berpeluk dengan penguin..

Tunnel Tanks@ Marine Life



 Kiosk interaktif yang menyediakan informasi penguins, whales, ikan dan wildlife yang ada di UWL


Yang sorang ni memang berani...

P/S When adventure becomes experience...pengalaman berharga untuk 2 Abdul.

Artikel berkaitan:

Ikan Bakar @ RHB

Kat SP, berlambak kedai makan ikan bakar. Boleh dikatakan setiap Sabtu, Anim ke sini . Hari Jumaat tutup. Week days, hmmmm...pukul 2 p.m balik sekolah, dah berkemas kerusi jawabnya. Tak taula nama kedai..tapi kami menyebutnya Ikan Bakar RHB sebab opposite ngan RHB Bank.

Pagi2 dah berkipas. Biasalah...orang Utara memang cari nasi waktu pagi. Alamak...orang Selatan pun dah terikut2. Tapi tak selalulah...

Cendawan goreng wajib dlm hidangan...Kalau lambat, gigit jari.

My favourite ikan???? Keli bakar lah. Kandungan omega 3 nya tinggi tau!! Daging bakar dia tak leh jumpa sesedap ini kat tempat lain..Macam satay.

UPDATE : Kedai makan ini sudah berpindah tak jauh dari situ..berdekatan stesen minyak dan masjid

P/S  Mmmmm...minggu ni le citer fasal makan2...minggu depan dah mula posa.

Artikel berkaitan:

Pulau Tuba, Langkawi

Hentian ke 4 kami...Pulau Tuba. Pulau Tuba merupakan antara 3 pulau yang didiami manusia dalam banyak2 pulau di Langkawi

 
Dikenali dengan "Pulau Islam" kerana kesemua 5000 penduduknya adalah beragama Islam. Indahnya tinggal dikelilingi pulau2 ni kan.... 

Kami sewa Proton Iswara ni untuk ronda Pulau Tuba. Keluasan Pulau Tuba dalam 20 square kilometer. Pusing2 jumpa jalan yg sama. Boleh dikira dgn jari kenderaan spt kereta dan lori di sini. Kebanyakannya bermotosikal.

Nilah tempat penduduk pulau ni isi minyak kenderaan kot...

Jam 1 tengahari tiba di Pulau Tuba. Perut sudah berkeroncong. Jumpa satu kedai makan. Alamak...semua dah habis. "Boleh tolong masak apa2 tak makcik? Dah tak tahu nak makan apa dah". Dialog antara si perut berkeroncong dan tuan punya kedai makan. Punyalah baik hati tuan punya kedai. Ditumiskan kacang panjang, digorengkan telur dan ditumbukkan sambal belacan. Dah macam makan kat rumah pulak..rezeki hari ini. Bertambah juga nasi..panas2...berselera makan.

Lepas perut kenyang....mengantuklah pulak..Bahagianya hidup di sini...

Dah namanya cikgu....mesti nak tengok sekolah yg ada di sini.  


Bendang orang kampung yang disewa HPA Industries untuk tanaman padi organik. Tak ada mesin  dan jentera digunakan. Semua guna tenaga asli...pak2 kerbau...


Puas meronda hampir sejam....masa untuk pulang ke bot.  Haaa...apa yang dilakukan oleh para ibu, nenek, kakak, adik dan anak tu?
Dengan hammer, diketuknya ketulan "coral"...

Nilah rupa siput yg dicari di tengah terik mentari. Hmmm...rezeki air laut surut untuk dijadikan hidangan di rumah.

 P/S Paling best bila makcik tu bercerita, di Pulau Tuba tak ada kes kecurian, pecah rumah dan jenayah yg lain. Takat hilang ayam adalah...amannya hidup di sini..

Artikel berkaitan:

Pulau Singa & Pulau Dayang Bunting

Pulau Singa

Destinasi seterusnya, Pulau Dayang Bunting. On the way, si pemandu bot singgah ke tempat ini dan memperlahankan botnya. "Ini Pulau Singa". Macamana dapat nama singa? Dulu ada singa ke kat pulau ini? "Tak tahulah, dari kecil saya tahu, namanya Pulau Singa". Nampaknya satu perkara yg perlu diambil berat oleh kerajaan negeri Kedah..kawalan ke atas pemandu2 bot pelancong ni..kena bagi depa kursus. Senang nak cerita sejarah tempat2 kepada pelancong.

Pulau Dayang Bunting...Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik seolah-olah seperti badan seorang perempuan hamil yg sedang berbaring.

 Pulau dan tasik mendapat nama daripada kisah dongeng masa lalu. Lagenda nya berkenaan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera raja bumi bernama Mat Teja. Anak sulong mereka mati akibat penyakit misteri selepas 7 hari dilahirkan.

Puteri kayangan bernama Mambang Sari yg bersedih telah meletakkan anaknya di dalam tasik tersebut  yg merupakan tasik terbesar di Langkawi dan kembali ke kayangan. Sehingga hari ini, ramai yg percaya perempuan yg sukar mendapat anak akan dikurniakan anak apabila mandi di tasik ini.

Meniti tangga ke Tasik Dayang Bunting. Aduhh..lama tak exercise kaki...banyak tok2 Arab join kami sekali.


Tengok tuuu...boleh kurus dibuatnya. Banyak monyet kat sini...jgn tayang makanan@botol mineral. Dikejarnya nanti....


At last...dulu ada ikan keli. Mmmm..dah tak ada. Ikan lain ada la...ramai pelancong rendam kaki kat tasik ni...bagi ikan2 kerumun..


Bawa 2 Abdul menaiki solar boat keliling tasik. RM30 utk 30 minit. Guna gear Reverse, Forward, kiri dan kanan sahaja. Seronok sangatlah anak-anak...boleh "pandu boat" sendiri.

P/S Nak mandi..tak bawa spare baju. Rasa jugaklah airnya. Kalau dapat baby perempuan, mesti bestkan? Tapi like Encik Suami said, jgn percaya...syirik jadinya nanti...

Artikel berkaitan:

Pulau Beras Basah, Langkawi


Apa perkara yang paling best dilakukan kalau terasa bosan dengan kerja2 seharian? Bagi Anim, pack semua pakaian dan pergi bercuti. Tiada yang lebih membahagiakan dari melarikan diri dari kerja2 rutin & mengadap muka2 biasa yg ditemui sepanjang minggu..ditempat kerja, di kedai.. di tempat tinggal (statement sensitif tu!!). Mengadap muka angsa le!!

Ditawarkan sebuah bot dengan sewa RM250 utk 4j. Hasil tawar menawar, pujuk memujuk, akhirnya kami menambah RM50 lagi untuk tempoh masa yg tidak dihadkan (taklah sampai ke malam..) untuk meronda pulau-pulau pilihan kami.

Hentian pertama ~Pulau Beras Basah.
-------------------------------------------------------
Memang tak banyak aktiviti yg dapat dilakukan di Pulau Beras Basah ini kerana pulau tarikan pelancong asing ini belum dibangunkan. Tok Arab dan pelancong Hong Kong banyak di sini.Mereka berenang, masuk dalam air, berjemur dan menikmati keindahan alam semulajadi yg belum tercemar. 

Pasir pantainya yg bersih dan putih, air lautnya jernih kebiruan hingga terlihat ikan2 berenang...memang mengasyikkan.

 Nak lebih adventure...boleh naik banana bot.

Restoran, chalet, tandas pun tak ada lagi. Anim dan Encik Suami memang peminat nature...tu semua tolak tepi . Ada satu stall jual makanan dan minuman ringan di sini. Pekerjanya (kakak di belakang Anim tu!)  orang Terengganu kite..

 Pulau ini ialah pulau milik persendirian. Kalau ditakdirkan dipagar dan tidak dibenarkan masuk pada masa akan datang (manalah tau..kan??) nasiblah.. Yang penting, Anim dah sejam berada di sini..hahaha


P/S Juga dikenali dengan Island of Wet Rice. Terkenang keindahan dan kejernihan air nya persis kristal.

Artikel berkaitan:

Betong , Thailand

Sempadan Betong

Encik Suami bawa Anim dan anak-anak ke Betong.  Sebuah bandar di Selatan Thai (dlm wilayah Yala) bersempadan dgn Pengkalan Hulu (Perak). Sebelum ini Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh/Keruh. .. Betong tu "bamboo". (Teringat cerita Anak Buluh Betung)..Kami bertolak jam 11 pagi dari SP dan menuju ke Baling.


 Cop pasport di bangunan imigresen yang baru. Kalau bawa kenderaan sendiri, jangan lupa bawa geran kereta . Kena beringat sebab 7 petang, border ditutup..



Berbanding Sadao Immigration (Danok) bulan lepas kami kunjungi, sempadan Betong ni lengang dan kurang happening. Tak ada kereta sewa, bas pelancong macam kat Danok. Orang pun taklah ramai.


Pasar Betong. Park kereta di sini.


 Ist tempat dituju...nak isi perut lah . Restoran pun taklah nampak cantik dan banyak seperti Danok. Tapi tak risaulah sebab ramai Muslim di sini. Dah macam kat Baling, Kedah jugak. Kawan Encik Suami kata, cari restoran Tuan Suriya. Yang memasak quite tua gak makciknya. Sebelah depan restoran anaknya..Tuan Tuan Betong kalau tak silap.


Mula-mula ingat air tebu . Sekali minum..anak-anak kerut muka.."air apa ni bah? tak sedap"..2,3 kali hirup...mmmmm..segar tekak. Jus pegaga rupanya. Dari 2 botol dah jadi 3 botol. Unik lak botolnya. Tahan 2 hari sahaja katanya sebab tanpa pengawet. Tahu tak bahawa selain khasiatnya untuk pesakit darah tinggi, ia telah diiktiraf oleh WHO sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak.
 

Hidangan istimewa lidah lembu masak merah. Bila dah dihiris bak fish cake, tak dapat kenal kalau tak diberitahu..Anak-anak pun selamba je mengunyah. "Sedap bah..sedap". Encik Suami memang pandai order makan...

Blurp...kenyang

Anak-anak nak mencuba "tut tut" (taxi). Jomlah..abah. Kita ronda-ronda bandar Betong ni sambil cari pusat massage .


"Ancient Massage"..p Thailand tak rasa massage dia rugilah. Dah jadi industri buat dia. Ramai pekerja (pompuan le semua)..yang tambah hairan, orang masuk dan keluar tak putus-putus. Anim sorang je mak orang..bawa anak kecil

Suruh pemandu tut tut itu bawa kami ronda-ronda bandar Betong selesai massage.


P/S Kat sana ada "syurga" dan "neraka" bagi sesetengah orang. Tepuk dada tanya selera!!!

Artikel berkaitan: