Home · About Me · Sitemap ·

Pulau Beras Basah, Langkawi


Apa perkara yang paling best dilakukan kalau terasa bosan dengan kerja2 seharian? Bagi Anim, pack semua pakaian dan pergi bercuti. Tiada yang lebih membahagiakan dari melarikan diri dari kerja2 rutin & mengadap muka2 biasa yg ditemui sepanjang minggu..ditempat kerja, di kedai.. di tempat tinggal (statement sensitif tu!!). Mengadap muka angsa le!!

Ditawarkan sebuah bot dengan sewa RM250 utk 4j. Hasil tawar menawar, pujuk memujuk, akhirnya kami menambah RM50 lagi untuk tempoh masa yg tidak dihadkan (taklah sampai ke malam..) untuk meronda pulau-pulau pilihan kami.

Hentian pertama ~Pulau Beras Basah.
-------------------------------------------------------
Memang tak banyak aktiviti yg dapat dilakukan di Pulau Beras Basah ini kerana pulau tarikan pelancong asing ini belum dibangunkan. Tok Arab dan pelancong Hong Kong banyak di sini.Mereka berenang, masuk dalam air, berjemur dan menikmati keindahan alam semulajadi yg belum tercemar. 

Pasir pantainya yg bersih dan putih, air lautnya jernih kebiruan hingga terlihat ikan2 berenang...memang mengasyikkan.

 Nak lebih adventure...boleh naik banana bot.

Restoran, chalet, tandas pun tak ada lagi. Anim dan Encik Suami memang peminat nature...tu semua tolak tepi . Ada satu stall jual makanan dan minuman ringan di sini. Pekerjanya (kakak di belakang Anim tu!)  orang Terengganu kite..

 Pulau ini ialah pulau milik persendirian. Kalau ditakdirkan dipagar dan tidak dibenarkan masuk pada masa akan datang (manalah tau..kan??) nasiblah.. Yang penting, Anim dah sejam berada di sini..hahaha


P/S Juga dikenali dengan Island of Wet Rice. Terkenang keindahan dan kejernihan air nya persis kristal.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Pulau Beras Basah, Langkawi"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai