Home · About Me · Sitemap ·

Betong , Thailand

Sempadan Betong

Encik Suami bawa Anim dan anak-anak ke Betong.  Sebuah bandar di Selatan Thai (dlm wilayah Yala) bersempadan dgn Pengkalan Hulu (Perak). Sebelum ini Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh/Keruh. .. Betong tu "bamboo". (Teringat cerita Anak Buluh Betung)..Kami bertolak jam 11 pagi dari SP dan menuju ke Baling.


 Cop pasport di bangunan imigresen yang baru. Kalau bawa kenderaan sendiri, jangan lupa bawa geran kereta . Kena beringat sebab 7 petang, border ditutup..



Berbanding Sadao Immigration (Danok) bulan lepas kami kunjungi, sempadan Betong ni lengang dan kurang happening. Tak ada kereta sewa, bas pelancong macam kat Danok. Orang pun taklah ramai.


Pasar Betong. Park kereta di sini.


 Ist tempat dituju...nak isi perut lah . Restoran pun taklah nampak cantik dan banyak seperti Danok. Tapi tak risaulah sebab ramai Muslim di sini. Dah macam kat Baling, Kedah jugak. Kawan Encik Suami kata, cari restoran Tuan Suriya. Yang memasak quite tua gak makciknya. Sebelah depan restoran anaknya..Tuan Tuan Betong kalau tak silap.


Mula-mula ingat air tebu . Sekali minum..anak-anak kerut muka.."air apa ni bah? tak sedap"..2,3 kali hirup...mmmmm..segar tekak. Jus pegaga rupanya. Dari 2 botol dah jadi 3 botol. Unik lak botolnya. Tahan 2 hari sahaja katanya sebab tanpa pengawet. Tahu tak bahawa selain khasiatnya untuk pesakit darah tinggi, ia telah diiktiraf oleh WHO sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak.
 

Hidangan istimewa lidah lembu masak merah. Bila dah dihiris bak fish cake, tak dapat kenal kalau tak diberitahu..Anak-anak pun selamba je mengunyah. "Sedap bah..sedap". Encik Suami memang pandai order makan...

Blurp...kenyang

Anak-anak nak mencuba "tut tut" (taxi). Jomlah..abah. Kita ronda-ronda bandar Betong ni sambil cari pusat massage .


"Ancient Massage"..p Thailand tak rasa massage dia rugilah. Dah jadi industri buat dia. Ramai pekerja (pompuan le semua)..yang tambah hairan, orang masuk dan keluar tak putus-putus. Anim sorang je mak orang..bawa anak kecil

Suruh pemandu tut tut itu bawa kami ronda-ronda bandar Betong selesai massage.


P/S Kat sana ada "syurga" dan "neraka" bagi sesetengah orang. Tepuk dada tanya selera!!!

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Betong , Thailand"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai