Home · About Me · Sitemap ·

Tulisan

Tulisan cantik..tulisan buruk..tulisan senget..tulisan besar-besar. Zaman sekolah rendah, tulisan Anim bulat-bulat. Masuk sekolah menengah..berubah sebab ada stail senget dan condong pulak.Ada orang kata tulisan lambang peribadi seseorang. Ya ke? Tak tepat 100%. Kadang-kadang kita menulis ikut mood.

Kalau tulisan cantik, teratur dan kemas..hidupnya begitu juga ke? Kenapa timbul tulisan macam tulisan doktor kalau menggambarkan tulisan tidak boleh dibaca? Bukankah doktor ni secara peribadinya putih bersih. Tengoklah baju..muka..semua bersih. (Apalah salah doktor hingga dianiaya sebegitu rupa...haha)

Ada seorang salesperson Grolier Educational Programme datang ke sekolah pagi tadi. Ada promosi set buku Disney Worlds. Pucuk dicita ulam mendatang. Anim dan Encik Suami berkira-kira hendak mencarikan hadiah buku untuk si Abdul sempena ulangtahun ke 8 nya tempohari.

Aduh..anak muda ini, terpegun Anim dengan tulisannya.Kalau dilihat dari rupa parasnya...tak sangka. Persis budak rock..(maaf dik ya..)


Meh kita kongsi Rahsia Melalui Tulisan oleh Dr.Hj Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanani. Tekanan yang kuat sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.~ sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat.~ emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper ~rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan·~ extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri ~ introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak·~ systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur·~ emosi tak tetap 

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang ~ tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat ~ suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada  huruf J, G, Y, Z ada ekor, besar, panjang dan sempurna~ tahap emosi yg dipamer itu jelas, pengasih & penyayang,  pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.
b) Kecil, pendek dan tak sempurna ~ tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasihsayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang kecil T (t)
i. Tinggi~ tahap aspirasi tinggi
ii.Rendah~ mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah·~usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

P/S Asalkan tulisan boleh dibaca dan sedap mata memandang..oklah tu

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Tulisan"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai