Home · About Me · Sitemap ·

Moi Jawa

Betul ke ada nama Moi Jawa? Bohonglah.... Memang bohong. Di Kedah biasa dengar Moi Sup. Moi=Bubur. Kalau pergi gerai makan jual moi, soalan ditanya nak Moi Sup apa..daging atau ayam. Bubur dimakan bersama sup ayam atau daging.

Moi Jawa ni Anim beri nama sebab duduk di Kedah. Balik Johor nanti..kita panggil bubur nasi lah. Musim panas ni tak lalu nak makan makanan berkari atau bersantan. Nak cari makanan yang ringan2, lembut2. Tu tergerak nak buat bubur nasi sahaja..Tapi tak semua org minat. Makanan utk orang sakit..Eh, jangan. Di Johor@Selangor mungkinlah tapi di Kedah...banyak gerai makan jual moi sup sebagaimana senangnya nak cari bihun sup@ laksa.

Anim buat bubur dalam periuk slow cooker. Olehkerana kami berempat memang suka makan bubur nasi, Anim cari slow cooker yg besar sikit. Slow cooker National zaman anak2 bayi dh tak mampu menampung bubur utk kami berempat. Kena cari yg besar sikit.

Slow Cooker jenama Connell 0.5l ni boleh menampung 3 pot beras. Anim masak bubur lambuk pun dlm periuk ini. Senang..tak berkerak..boleh buat kerja lain dr asyik2 check periuk bubur atas dapur..takut hangus. Lauk untuk dimakan bersama bubur nasi ini biasanya Anim buat 4 jenis

Sambal lada hijau. Kalau ada petai lagi sedap.

 Tumis kangkung . Kalau rajin, semua bahan ditumbuk utk lebih sedap..tapi penyakit "M" melanda, hiris saja.

Telur asin. Nasib2 la beli telur asin ni..Tengok tu...ada yg kosong, ada kuning kecil saja..

Satu jenis lauk yg tak sempat buat walaupun bahan2 semua ada, iaitu lobak asin pedas.Anak2 dah tak sabar nak ngap...3 lauk tu pun dah berulang2 ke dapur hingga ke malam.


Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Moi Jawa"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai