Dalam N3 sebelum ni, Anim ada sebut tentang sotong besar yang dibawa dari Terengganu. Petang ni ingat nak buat sotong cincin a.k.a calamari ring mcm di Pizza Hut. (Terima kasih Hebat Rafidah atas idea anda!).
3 ekor sotong , dibasuh putih bersih.
Digunting seperti cincin dan dilap kering dengan paper towel
Campurkan garam, black pepper dan cornflour dalam plastik.
Kerana ketiadaan serbuk paprika, Anim guna serbuk kari sahaja bagi "rasa" dan "warna".
Bila dah bcampur semua bahan tu, baru masuk sotong. Salut rata.
Goreng dalam minyak terendam jangan melebihi 2 minit. Api mesti panas bagi memastikan kerangupannya.
Cicah dengan sos mayonis@sos cili sedia ada. Cara membuat sos mayonis Anim tu mudah.
1 sudu besar mayonis + 2 sudu besar sos tomato + 1 sudu besar sos cili
P/S 3 ekor sotong besar tu pun ngam2 cukup aja...Anim n suami..mengalah le ngan anak2..
Belum ada komen untuk "Sotong cincin...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai