Memasak memang sinonim dgn orang perempuan. Kalau duduk ramai-ramai..setidak-tidaknya akan terselit fasal masak. "Malam tadi I masak....". "Eh, husband I beli ikan jerung...nak masak apa ya? " Kemudian bila ada makanan yg dibawa, masing2 pakatlah menyalin resepi. Ntah dibuat ntah tidak. Hmmmm...2x5 sama dgn si penulis blog ini.
Anim mula belajar memasak secara tak formal di usia 12 tahun. Waktu itu tinggal bersama dgn arwah nenek dan pakcik yg baru habis pengajiannya di salah sebuah universiti di Indonesia. Sebelum dia balik Malaysia, selalunya makcik2 akan menghantar lauk. Tapi bila bilangan isi rumah dh bertambah.. giliran neneklah memasak.
Usia arwah masa tu dah 70an. Bila hari sekolah, selalunya hidangan dah siap terhidang di bawah tudung saji.. Tapi bila tiba hujung minggu..bermulalah tugas Anim di dapur. Dulu, setiap hr tertentu akan ada ruangan resepi di dalam akhbar. Pakcik akan menggunting resepi yg diminatinya dan akan berbelanja di pasar. Dia akan meminta Anim memasak mengikut resepi yg tertera.
Resepi pertama Anim ialah sambal udang petai. Kalau setakat bahan tak ada masalah. tetapi nak memahami cara yg betul tu yg sukar.
Bila bekerja dan kemudian berkahwin, minat memasak mula bercambah apatah lagi punya sumber kewangan membeli peralatan memasak. Anim turut berminat mengumpul tools masakan. Kalau orglain ralit bahagian perempuan masa shopping, Anim ralit bahagian kitchen tools.
Teringat zaman baru mula2 kahwin dulu, dapur rumah MIL memang khusus untuk dia. Segala perancangan nak masak apa..macamana cara nak masak...apa yg nak diletak dalam sesuatu masakan, bagaimana cara nak dipotong, semua kena tanya mem besar dulu. Kdg2 masakan itu biasa2 saja tetapi cara yg digunakan masing2 berbeza. Biasanya Anim ikut saja apa yg diarahkan. Sbg menantu sulong, muda lagi, awal 20an, takkan nak ubah cara mak yg lama makan garam.Terkenang suatu peristiwa yg mengubah diri Anim menjadi Anim yg sekarang.
Masa tu menjelang Aidilfitri. Orang Johor biasalah masak lodeh. Anim pun potonglah kentang dan carrot macam biasa, takkan itu pun nak tanya emak mertua. Tiba-tiba adik ipar perempuan mengadu kat mak mertua , Anim potong bentuk bulat. Kebiasaan depa pula potong panjang. MIL dah susah hati, takut lambat empuk.
Kejap2 MIL jenguk periuk..kejap2 jenguk periuk sambil menyuarakan kebimbangannya takut2 kentang dan carrot itu tak empuk. Masa tu memang terasa hati. Suami yg tahu "riuh2" di dapur mendekati Anim sewaktu Anim berada di bilik. Nak nangislah..kena masuk bilik. Syukur kerana suami Anim seorang yg pandai memberi semangat dan tidak memihak kepada sesiapa . Ibarat menarik rambut di dalam tepung, Anim ingat pesanannya.
"Buatlah cara yg Anim selesa. Jgn paksa diri ikut cara orang". "Nanti benda yg sedap, jadi tak sedap".
Selepas itu Anim tekadkan hati untuk be myself. Yes...buat cara yg Anim selesa. Kalau ada yg tak pasti baru Anim tanya MIL. Lama kelamaan Anim ubah jenis masakan kalau balik ke kampung mertua. Iyalah..orang lama..masakan mesti lama juga kan. Macam-macam Anim cadangkan... Kini setelah 19 tahun menjadi menantunya...dapur itu milik Anim kalau balik ke kampung.
MIL biasanya akan menyerahkan bulat2 kepada Anim untuk menentukan menu nak dimasak. Malah tak nampak kelibatnya waktu Anim berperang di dapur. Dia lebih selesa menyapu halaman rumah dan membakar daun2 kering. Yg lucunya, MIL juga sanggup "menyimpan ayam kampung" menunggu kami pulang kerana nak Anim masak Nasi Ayam.
Terima kasih kepada MIL atas kepercayaan pada Anim dan Anim bersyukur sikap cerewet MIL menyediakan makanan utk keluarga dululah yg banyak membantu Anim memperbaiki skill dari sehari kesehari.
P/S Setiap kesabaran dan keikhlasan kita akan membuahkan kemanisan. Anim pegang kata-kata itu...
Anim mula belajar memasak secara tak formal di usia 12 tahun. Waktu itu tinggal bersama dgn arwah nenek dan pakcik yg baru habis pengajiannya di salah sebuah universiti di Indonesia. Sebelum dia balik Malaysia, selalunya makcik2 akan menghantar lauk. Tapi bila bilangan isi rumah dh bertambah.. giliran neneklah memasak.
Usia arwah masa tu dah 70an. Bila hari sekolah, selalunya hidangan dah siap terhidang di bawah tudung saji.. Tapi bila tiba hujung minggu..bermulalah tugas Anim di dapur. Dulu, setiap hr tertentu akan ada ruangan resepi di dalam akhbar. Pakcik akan menggunting resepi yg diminatinya dan akan berbelanja di pasar. Dia akan meminta Anim memasak mengikut resepi yg tertera.
Resepi pertama Anim ialah sambal udang petai. Kalau setakat bahan tak ada masalah. tetapi nak memahami cara yg betul tu yg sukar.
Kitab lama ~ hampir 20 thn usianya..
Hampir setahun jugalah Anim mula memasak mengikut resepi..mcm2 resepi yg disuakan pada Anim Sehinggalah Anim menginjak ke Tingkatan 2..pakcik pun dah ke Sabah kerana mendapat pekerjaan, minat memasak kian menebal. Kali ini bila berpeluang balik ke rumah family, Anim lebih senang berada di dapur. Lagi-lagi bila ahli keluarga kami bertambah menjadi 11 orang...menjadi pembantu emak yg setia.Bila bekerja dan kemudian berkahwin, minat memasak mula bercambah apatah lagi punya sumber kewangan membeli peralatan memasak. Anim turut berminat mengumpul tools masakan. Kalau orglain ralit bahagian perempuan masa shopping, Anim ralit bahagian kitchen tools.
Teringat zaman baru mula2 kahwin dulu, dapur rumah MIL memang khusus untuk dia. Segala perancangan nak masak apa..macamana cara nak masak...apa yg nak diletak dalam sesuatu masakan, bagaimana cara nak dipotong, semua kena tanya mem besar dulu. Kdg2 masakan itu biasa2 saja tetapi cara yg digunakan masing2 berbeza. Biasanya Anim ikut saja apa yg diarahkan. Sbg menantu sulong, muda lagi, awal 20an, takkan nak ubah cara mak yg lama makan garam.Terkenang suatu peristiwa yg mengubah diri Anim menjadi Anim yg sekarang.
Masa tu menjelang Aidilfitri. Orang Johor biasalah masak lodeh. Anim pun potonglah kentang dan carrot macam biasa, takkan itu pun nak tanya emak mertua. Tiba-tiba adik ipar perempuan mengadu kat mak mertua , Anim potong bentuk bulat. Kebiasaan depa pula potong panjang. MIL dah susah hati, takut lambat empuk.
Kejap2 MIL jenguk periuk..kejap2 jenguk periuk sambil menyuarakan kebimbangannya takut2 kentang dan carrot itu tak empuk. Masa tu memang terasa hati. Suami yg tahu "riuh2" di dapur mendekati Anim sewaktu Anim berada di bilik. Nak nangislah..kena masuk bilik. Syukur kerana suami Anim seorang yg pandai memberi semangat dan tidak memihak kepada sesiapa . Ibarat menarik rambut di dalam tepung, Anim ingat pesanannya.
"Buatlah cara yg Anim selesa. Jgn paksa diri ikut cara orang". "Nanti benda yg sedap, jadi tak sedap".
Selepas itu Anim tekadkan hati untuk be myself. Yes...buat cara yg Anim selesa. Kalau ada yg tak pasti baru Anim tanya MIL. Lama kelamaan Anim ubah jenis masakan kalau balik ke kampung mertua. Iyalah..orang lama..masakan mesti lama juga kan. Macam-macam Anim cadangkan... Kini setelah 19 tahun menjadi menantunya...dapur itu milik Anim kalau balik ke kampung.
MIL biasanya akan menyerahkan bulat2 kepada Anim untuk menentukan menu nak dimasak. Malah tak nampak kelibatnya waktu Anim berperang di dapur. Dia lebih selesa menyapu halaman rumah dan membakar daun2 kering. Yg lucunya, MIL juga sanggup "menyimpan ayam kampung" menunggu kami pulang kerana nak Anim masak Nasi Ayam.
Terima kasih kepada MIL atas kepercayaan pada Anim dan Anim bersyukur sikap cerewet MIL menyediakan makanan utk keluarga dululah yg banyak membantu Anim memperbaiki skill dari sehari kesehari.
P/S Setiap kesabaran dan keikhlasan kita akan membuahkan kemanisan. Anim pegang kata-kata itu...
Belum ada komen untuk "Be Yourself.."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai