Home · About Me · Sitemap ·

Dorongan Untuk Kita

Pada suatu malam, seorang lelaki kaya mengadakan satu pesta besar-besaran dgn mengundang hampir 100 org sahabat dan jiran yg duduk disekitar rumahnya. Kebanyakan tetamu yg diundang adalah keluarga yg mempunyai anak teruna yg menganjak dewasa.Tujuan orang kaya mengadakan majlis tersebut kerana ingin mencarikan jodoh untuk anak perempuan kesayangannya. Semua tetamu yg hadir dijamu dgn makanan yg enak2 dan tuan rumah juga turut menyajikan sebuah tarian khas bagi menghiburkan para tetamu.

Selepas tetamu selesai menjamu selera dan menikmati tarian, tuan rumah pun mengumumkan satu pertandingan akan diadakan. Dia memberitahu ada sebuah kolam berisi ular berbisa dan buaya ganas disediakan utk tetamu.  Beliau mencabar para tetamu untuk berenang menyeberangi kolam itu . Sesiapa yg berjaya sampai ke seberang kolam akan diberi 3 pilihan hadiah. Pertama, berhak mengahwini anak perempuannya dan akan menjadi waris kepada segala hartanya. Kedua, memperolehi 100 ribu hektar kebun kelapa sawit yg buah-buahnya sudah sedia utk dipungut. Ketiga, berhak mendapat wang tunai sebanyak sejuta ringgit dan juga barang-barang kemas emas dan berlian. Cabaran menarik itu bertujuan mencari calon2 menantu yg berani, sanggup berkorban dan memilikki dedikasi tinggi terhadap keluarganya.

Sebelum sempat tuan rumah memberi isyarat memulakan pertandingan, tiba-tiba kedengaran bunyi percikan yg kuat dan disusuli dgn renangan yg begitu cepat di sepanjang kolam yg berisi ular berbisa dan buaya ganas tadi. Semua tetamu terpaku takjub dan kehairanan. Siapa gerangan orang yg begitu bersemangat mahu menyertai pertandingan itu. Akhirnya orang itu tiba ke tepian kolam sambil termengah-mengah menarik nafas. Badannya calar balar. Orang itu adalah seorang pemuda yg tampan, kacak dan berusia lebihkurang 28 tahun. Tuan rumah serta isteri dan anak perempuannya begitu gembira melihat semangat yg ditunjukkan oleh pemuda itu.

Di hadapan semua tetamu yg hadir, tuan rumah bertanya kepada pemuda itu hadiah apa yg diinginkannya. Pemuda itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tuan rumah menjadi hairan lalu bertanya lagi, "Sekiranya begitu, apa yg kamu inginkan?"
Dengan nafas yg masih termengah-mengah, dia menjawab dengan tegas,"Saya ingin tahu siapakah yg menolak saya ke dalam kolam tadi."

P/S Kadang2 kita memerlukan dorongan@tolakan@motivasi yg kuat supaya kita lebih berani bertindak dlm usaha memenuhi keperluan hidup. Dan kenyataannya, ramai di antara kita perlu ditakutkan dahulu sebelum menjadi seorang pemberani......

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Dorongan Untuk Kita"

  1. haaa..betul la...tgk budak2 tuh..kene gertak br terkocoh2 nak siapkan kerja...kalau dek kan jek...kepala kita dipijaknya...
    hhehhehehehe

    BalasPadam
  2. kak bercakap dr pengalaman..
    digertak ada nazir nak mai..br sibuk ..
    wat lesson note..hahaha

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai