Sg.Petani (Kuala Muda) bukanlah daerah pertama yg pernah Anim huni di Kedah. Pada penghujung 2000 hingga pertengahan 2002, Anim berkesempatan tinggal di Kulim, Kedah. Tapi seringkali bila diajukan pertanyaan, "Macamana SP berbanding Kulim?". Bagi Anim, tinggal di Kulim tak macam tinggal di Kedah. Agaknya kerana waktu itu Kulim lebih dekat dgn Penang, nak ke Alor Setar pun jauh. Nak cari makanan pure Kedah pun tak jumpa, tak tahulah nak beri jawapan. Yang pasti..semua best di Sg.Petani.
Pada pendapat Anim, orang Kedah ni kreatif. Macam-macam makanan pelik yang boleh kita jumpa. Sedap2 pulak tu. Kadang-kadang yang tak terfikir oleh kita. Pandai mereka mempromosikan makanan yang dulunya kita fikir layak berada di dapur rumah sahaja. Sewaktu mula-mula Encik Suami mahu bawa Anim menikmati "Pek Nga", Anim tak terbayang apa bendanya itu. "Tengoklah nanti, abah dah rasa banyak kali." Wah, suspen ni..dengar bunyi macam makanan China..
Dia membawa Anim dan anak-anak ke sebuah warung berdekatan Bank Rakyat SP. Aik..warung je, tepi jalan. Ramai dah orang memenuhi warung tersebut. Macam popular je warung ni. Nasi berlauk pun ada.. "Abah ambik order ya". Kami mengikut sahaja. "Pek Nga 2 keping, kari daging..Roti Jala 2 set, kari ayam". Penjual menebar sesuatu di kuali lepernya. Menariknya kerana semuanya masak on the spot, panas2..tak ada yang sudah siap untuk dihidangkan.
Dalam 5 minit menunggu.....tadaaaa...la, ini rupanya dipanggil "Pek Nga"..
"Ni lempeng bah". Orang Kedah ni memang pandai mengkomersialkan makanan kampung. Apalagi..dah lama tak pekena lempeng, bertambah orderlah. Anim pernah bawa mak dan pak mertua menikmati Pek Nga sewaktu mereka datang berkunjung ke rumah kami. Ketawa orangtua tu dibuatnya. Ok la mak, kalau di Johor, mereka pun jadikan lempeng sebagai salah satu menu untuk diorder di kedai makan, mesti ramai peminat ni. Kadang2 jemu juga dengan roti canai.Kolestrol tinggi!!
P/S Ada satu tempat lagi Pek Nga sedap di Sg.Layar. Gulai ayam kampung...ummmphh..
Lain-Lain Artikel:
sungai layar area mana???
BalasPadambdekatan dgn kubur kristian....gerai kampung.tryla tmpt baru jumpa pek nga gulai ikan di belakang swiss inn
BalasPadamok..terima kasih
BalasPadam