Resepi ni Anim ambil dari buku masakan. tapi dah banyak alter sebab tekak dan lidah masing2 berbeza. Meatball tu kalau ikut resepi asal tak ada..Anim buat ala2 bakso gitu tapi guna makaroni. Biasa kalau ramai nak mai umah petang2..nilah yg sering Anim jamu.
Bahan-bahan:
Macaroni lah..of course
1/2 kilo daging ~ direbus empuk dan dipotong kecil . Air rebusan simpan ya.
5 labu bawang besar + 6 ulas bawang putih ~ dikisar
2" halia..hiris @ ketuk boleh saja
Sepeket rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga n kawan2 lain)
Sup bunjut ~ semestinya ADABI..
2 sudu besar ketumbar biji ~ dikisar. Kalau guna serbuk ketumbar, 1 sudu besar .
2 sudu kecil jintan manis ~ dikisar. Guna serbuk : 1 sudu kecil.
Meat ball ~ terpulang nak banyak mana
Carrot ~ optional.
3 biji tomato buah, potong 4 je.
Garam, daun sup, bawang goreng penyedap rasa.
Yang penting...SAMBAL KICAP sudah semestinya..
Cara:
1. Buat macam masak sup biasa..
2. Yang penting dah didih masuk carrot, meatball dan diikuti tomato buah.
3. Macaroni nak rebus dulu dan tos..kemudian serve dlm mangkuk n tuang kuah pun boleh. Tak delah makaroni tu kembang sangat.
4. Anim pernah juga buat..sebab kes nak cepat, masuk makaroni keras tu masa sup mendidih...sebelum masuk carrot dan tomato buah pun boleh.
P/S Senang dan simple jer kan? Main campak-campak aja...
memd best giler..baru semalam wat kak, wat berbuka. kak zaharah kirim salam kat akak
BalasPadamwalau siapapun anda,
BalasPadammekasihlah kerana mencuba..
salam.. meat ball tu beli dah siap ker K. Aneem? atau homemade?
BalasPadamBeli siap le dik...tak rajin nak buat sendiri
Padam