Home · About Me · Sitemap ·

Roti Arab SP

Check fridge semalam...lopong sana sini. Telefon suami ajak p pasar malam. Malas nak p sorang2. "Kat Taman Ria Jaya petang ni,bah." Anak2 pergi Kelas Al-Quran. Ada van hantar..tiba rumah biasa jam 7. So, ada masa Aneem leh dating dgn hubby. "O.K. Ambil abah di ofis kul 5. Solat Asar siap2". Dah kuar ber2, tak sah kalau tak "ngeteh" (minum petang). Mana nak pi nih? Pi dkt2 tapak pasar malam lah. Di Taman Ungku Haminah.

Restoran ni buka mulai 11 pagi. Tu yg geram..hujung minggu nak p breakfast kat sini pun payah. Kdg2 jemu makan nasi lemak, roti canai @ pek nga. So, ptg @ malam je dpt bw anak2 ke sini. Kalau takde yg special yg Aneem dah pernah rasa...memang tak jejak lah kaki ke sini. Apa dia tu ? Ni diaaaa....
Roti Arab...looks like puri bagi Aneem.
Roti Arab dia berbeza dgn tempat lain. Dulu Aneem suka makan roti Arab dpn Pusat Serenti Karangan..berkuah daging cincang. Tapi roti dia tebal, tak gelembung macam nih. Roti Arab yg dijual kawan masa di Johor, (Saliza) pun lain.. Kat sini, makan satu tak cukup. Biasa Aneem order 2 (hahaha) tapi bila tinggal 3/4 br order baru...suka makan panas2. Yg specialnya...tang kuah.

Kuah sardin
Sardin dia sedap betullah..Tinjau2 jugak leher tgk  tin sardin cap apa...tak nampaklah.Pandai mamak pakistan ni sorok. Kebiasaannya Aneem tak mahu share kuah ni..ni Aneem punya sorang. Buruk makan betullah...
Susu lembu segar panas tanpa gula jadi pilihan

P/S  Cuma depa kena cari tukang buat teh tarik kaw...yg ni 2 thumbs down.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Roti Arab SP"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai