Anim baru saja mengenalinya. Sejak 8 bulan berada di SP, baru perasan kehadirannya.. Dia tiba waktu Anim tak free.. mana nak nampak! Sekarang...cari peluang untuk menemuinya. Setiap 2 minggu sekali (hari Rabu) kedatangannya amat dinanti-nantikan. Kemudahan ada...free pulak, kenalah ambil kesempatan. Sekali datang...pasti 2 buku menjadi pilihan.
Walaupun ramai mengatakan...semua maklumat sekarang ada dihujung jari...tapi Anim dan buku tidak dapat dipisahkan. Kamilah pengunjung setia....Dan sudah pasti pilihan Anim ialah......novel...
Iyalah,membaca buku cerita dari berbagai penulis@budaya, Anim akan berdepan dengan cara berfikir penulis yang berbeza dari cara berfikir Anim. Kadang2 Anim dapat rasa ada banyak persamaan antara budaya Anim dan budaya si penulis cerita. Anim juga percaya minat Anim ini dapat meningkatkan memori serta mampu untuk memahami teks dgn mudah. Jgn tak tau ia juga merangsang otak untuk berimaginasi a.k.a berangan..Hahaha
P/S Kajian mendapati sewaktu menonton TV tidak banyak bahagian otak yang bertindakbalas, sedangkan sewaktu membaca, bahagian otak yang berbeza-beza menyala. Hal ini mungkin disebabkan oleh imaginasi otak pada waktu membaca dapat membayangkan hal-hal yang yang terjadi di dalam buku.
Boleh try baca buku penulis Ramlee Awang Murshid.Cuma cadangan ja kalau cikgu belum pernah baca lg.:)
BalasPadamTerima kasih atas cadangan.
BalasPadamMemang belum pernah baca lagi