Hari ni nak guna lebihan menu chicken boxing (kepak ayam) yg tidak digunakan. Ada dalam 20 ketul..Kecil2 saja. Bahagian ayam ini yg diminati oleh family Aneem. Bahagian isi..memang mereka kurang berminat. Resepi hari ini ialah ayam pedas bermadu.
Dilumur dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar.
Kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili kering (bergantung kpd kepedasan).
Tumiskan rempah tumis (buah pelaga, bunga lawang + kayu manis)..
Kemudian masukkan bahan kisar.
Bila naik bau, masukkan sedikit tomato puri (optional)..guna tomato sos pun boleh.
Tambah madu ke dalam bahan tumisan.
Bagi 20 ketul kepak ayam kecil2 ini, Aneem gunakan 7 sudu besar madu..
Perisakan dengan garam.
Boleh tambah daun kari utk lebih wangi macam kedai mamak. (Waaa..pokok kari Aneem sudah dikerjakan angsa2 di belakang!)

Masukkan ayam. Masukkan bawang besar hiris. Kacau rata...Sedia untuk dihidangkan
Sedia untuk dihidangkan
Belum ada komen untuk "Ayam Pedas Bermadu"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai