Baru-baru ni Anim cuba guna pressure cooker. Ketinggalan zaman betul. Kalau tak kerana Encik Suami bawa pulang buah tangan dari Langkawi 3 bulan lalu, Anim rasa, Anim masih merebus daging dalam periuk Zebra. Mak di kampung pun dah lama guna.Anim saja yang masih takut-takut. Sempat juga Anim belek-belek manual penggunaannya waktu buka kotaknya 3 bulan lalu
Bukan susah sangat. Jangan buka tudung masa periuk masa panas. Nak cepat sejuk, rendam dalam air. OKlah.
Maka, nak jadi cerita satu malam, Anim rebus 1 kg daging . Anim set jam.1st time lah katakan. After 40 mins, Anim tutup api. Anim sejukkan dengan merendam dalam besen. Dalam 30 min, bila Anim yakin tak ada lagi wap panas di dalam periuk. Anim cuba buka tutup pressure cooker itu.
Alamak.. macamani nih. Minta tolong sama Encik Suami. Maka..Mc Gyver Anim tu pun dengan penuh gaya cubalah buka tudung pressure cooker tu. Alamak..apa pasal susah sangat ni. Mulalah mengeledah kotak mencari manual penggunaan..alamak, takde lah. Mana Anim letak tempohari.?
Aduh..berpeluh-peluh jugalah..dipusing ke kiri tak boleh..ke kanan tak boleh. Macamana ni?
Telefon Nariza, geng bas sekolah ."Wap panas dia tak keluar lagi kot. Cubalah keluarkan wap dia, cucuk lubang dia bagi naik. Selagi ada wap panas, memang payah nak buka.".
Explain kat Encik Suami semula...Periuk pun dah sejuk . 30 minit lebih dah.. Seinci pun tak bergerak. Cuba telefon emak pulak.
Mak pun beri jawapan sama. "Senang sangat nak buka. Pusing je tutup periuk tu".
Aduh..masih tak berjaya juga. Pressure cooker brand HIG(Hj Ismail Group)ni berharga RM170.. Rasa macam nak umpil je..Eh..dah dekat sejam ni.
"Kunci hikmat " yang diabaikan
At last after 20 minit mencari, jumpa dah manual penggunaannya dicelah-celah buku. Belek punya belek... haaaaaa...."skru" kecil ni untuk buka? Ingatkan skru tu takde apa-apa kegunaan besar..so, Anim simpan je dalam laci. Ish, nasib baik tak dibuang!
Ibarat "kunci ajaib"..bila skru itu dimasukkan ke tempat yang sepatutnya, senang sangat nak membuka tutup pressure cooker tu. Bayangkanlah masa yang Anim ambil....40 min merebus daging tapi nak membuka tutupnya ambil masa 1 1/2 jam. Kalau rebus dalam periuk Zebra..dah lama leh makan. Haru betul..Lucu pun ada.
Rupa-rupanya periuk orang tak sama ngan periuk kita. Tu timbul "sama tapi tak serupa".
Belum ada komen untuk "Kecil tapi bererti"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai