Home · About Me · Sitemap ·

Bertemu SILENT READER di majlis buka puasa


Malam tadi ada majlis berbuka puasa di ofis Encik Suami bekerja. Menu istimewa... tu ha, kambing panggang! Tapi, bukan kambing panggang ni silent reader yang dimaksudkan...hee...(dia dah silent pun kan!)

Alkisah sewaktu berbual sementara menanti waktu berbuka bersama isteri seorang jurutera yang baru bertukar ke ofis Encik Suami bekerja, rasa terkejut dan malu yang amat sangat bila dia memberitahu "Saya baca blog akak"...

Katanya lagi, dia memang suka membaca dan terjumpa blog Anim. Bila terpandang gambar-gambar yang ada, dia buat "confirmation" dengan suaminya. Huhu....indahkan pertemuan ini. Jumpa silent reader!

Nampaknya ni silent reader ke 3 yang sudi "memperkenalkan diri" . Yang pertama, SOFEA , kedua, my BONDA (heee...) dan ketiga.....

Dr. Mahfuzah yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, SP ni peramah dan soft spoken orangnya. Beza dengan tuan tanah yang kalut ni, heee. Depa masih dalam mood honeymoon ni.(Note : Nak ikut Encik Suami ke majlis perkahwinan depa Disember lalu tapi cancelled bila dapat tau dia p bersama rakan2 setugas lain dan Big Bossnya). Terima kasih Mahfuzah kerana sudi melayari blog Kak Anim yang macam rojak pasembor ni.

P/S Hopefully, lepas ni dapat jejak yang lain. 

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Bertemu SILENT READER di majlis buka puasa"

  1. salam....wah..peminat merata ek..sedap pulak tgk kambing panggang tu..terliurrr

    BalasPadam
  2. Wahh bestnyeee...jarang2 dpt jmpe kan..

    BalasPadam
  3. Tiba2 rasa bersemangat nak berblog kan akak?

    BalasPadam
  4. Maknanya bukan blog pasembor sebarang pasembor kalau Puan doktor tu pun baca blog Anim.

    psst: en abe tak tapau bbq kambing itu ke Anim? kakak suka kambing tau:)

    BalasPadam
  5. eh eh..kak anim ada silent reader..ade secret admirer la tu..tumpang happy juga..

    saya juga mengharapkan dpt jumpa kak anim satu hari nanti jika diizinkanNya..sebab satu negeri..

    BalasPadam
  6. Hehehehe...makin fofular tu kak. Jangan lupa kitorg pulak nnti ^___~

    BalasPadam
  7. untungnye dpt jmp silent reader...

    BalasPadam
  8. wah dpt jumpa blogger tu..pasni kita jumpa plak cm ne? ;-)

    BalasPadam
  9. amboi fofular dah skang ni yer !

    BalasPadam
  10. Sekarang saya nampak...satu kelebihan blogger yg memperlihatkan diri mereka. Kalau saya, walau terlaga bahu sekalipun, tiada siapa yg akan kenal.
    Dimulut kata biarlah rahsia, di hati kata...janganlah berahsia, hmmm....

    BalasPadam
  11. ada kawan oklah tu kita dok ipoh mana ada kwn hee kwn dg anak jer..jiran2 tegur sapa gtu jelah...

    BalasPadam
  12. Wah, sedap kambing panggang tu.

    Dah jadi popular ni.

    BalasPadam
  13. best nya ada peminat . mcm saya ni blogger baru merangkak , ada ker silent reader ...

    BalasPadam
  14. Best bila ada yang bercerita macam ni kan. Pasti teruja :-)

    BalasPadam
  15. Seronoknya berbuka ada kambing panggang...

    Anim,ain pun teringin mahu nk berjumpa dgn anim tau...tp entah bila kannn..

    BalasPadam
  16. wah! Anim dah jumpa peminat ye...maknanya blog Anim orang dah kenal lah tu..

    BalasPadam
  17. Bestnya Anim.... makan kambing! hehe...
    Kira glemer le ni ....rupanya ramai peminat dalam diam hehe...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai