Home · About Me · Sitemap ·

Terkencing atas sejadah di roof top Masjidil Haram

Assalamualaikum warohmatullah...

Seorang ustaz berpesan, bila kita hendak melakukan satu kebaikan, perkataan yang diucapkan adalah penting. Ia membawa kesan yang besar ke atas ibadat kita.

Contoh: kita bercadang untuk mengadakan kenduri perkahwinan anak.Sudah tentu kita akan mengeluarkan wang yang banyak. Jika kenduri itu hendak dijadikan ibadat, kita digalakkan menggunakan perkataan membelanjakan bukannya menghabiskan jika ada yang bertanya tentang kos kenduri. Manalah tahu... masa dok sembang dengan rakan taulan dan sanak saudara .

Menurutnya, perkataan membelanjakan itu akan menjadi satu ibadat yang akan membawa pahala berbanding perkataan menghabiskan yang membawa maksud menggunakan duit dengan sia-sia. Begitu juga perkara kebaikan seperti mengerjakan haji dan umrah, membiayai pengajian anak, mendirikan rumah dan sebagainya.

Apa kaitan dengan tajuk entry di atas? Ermmmm.....

Rooftop Masjidil Haram carian google

Sebelum azan pertama Subuh, Anim dah bergerak ke Masjidil Haram seorang diri. Bila demam dah kebah, Anim berhajat nak tawaf sunat di roof top Masjidil Haram. Emak tak nak ikut. So dia akan ke masjid untuk solat Subuh bersama Encik Suami . Jarak hotel kami ke Masjidil Haram dalam 150m yang membolehkan kami berulangalik ke masjid setiap waktu solat.

Kaki melangkah Ajyad Escalator untuk ke roof top. Pertama kali sebenarnya nak bertawaf berbumbungkan langit. Sebelum tu dah pernah bawa Emak naik ke roof top. Dia nak tengok kawasan roof top Masjidil Haram. Dengar cerita rakan-rakan jemaah di dewan makan...teringin nak jengok. Agaknya bila dia teringat jarak pusingan tawaf yang lebih jauh berbanding di dataran, tu yang tak nak ikut.

Anim tak tahu berapa jarak sebenarnya satu pusingan tawaf di roof top. Pusingan pertama, kaki melangkah laju. Pusingan kedua, slow sikit.  Pusingan ketiga..bertambah slow. Masuk pusingan ke empat, kaki dah tak mampu nak melangkah lagi. Kalau di dataran, in sha Allah 30 minit boleh selesai 7 pusingan, kali ni rasa dah 45 minit, baru dapat 3 pusingan. Semakin ramai jemaah yang ikut sama bertawaf. Anim kena stop dulu. Lepas solat Subuh, Anim cadang nak turun dan sambung baki 4 pusingan di dataran Kaabah.

Anim duduk mencari tempat. Musim haji 2016M ini tiada lantai berkarpet di Masjidil Haram. Datang ke masjid kena bawa sejadah. Maklum...duduk lama kat lantai bertile tanpa beralas..sejuk. Dah sejuk nanti..lagi cepat rasa nak terkencing. Cuma bila hampar sejadah sendiri yang dibawa maka seolah-olah tempat tu jadi hak kita. Besar mana sejadah..besar itulah kita rasa itu "tempat" kita. Orang lain nak duduk sebelah pun takut nak "usik" tempat kita. Maka apabila bangun solat berjemaah, saf jadi renggang, tak rapat, tak bertemu bahu dengan bahu. Seelok-eloknya janganlah bawa sejadah yang besar. Kalau dah tak ada pilihan, masa solat tu kita ubahlah kedudukan sejadah jadi melebar (bentuk landscape). In sha Allah...ramai yang boleh solat dalam barisan saf kita .

Ok sambung semula...

Depan Anim, duduk seorang jemaah wanita dari Malaysia bersama seorang lelaki. Tak lama kemudian, polis Masjidil Haram mengarahkan semua jemaah lelaki yang duduk berhampiran kawasan Anim duduk, beredar dari kawasan tersebut. Itu adalah kawasan solat jemaah wanita, Ini termasuklah lelaki yang duduk di sebelah wanita terbabit. Kawasan Anim duduk tu tak ramai jemaah Malaysia. Banyak jemaah luar. No wonder..ada juga yang berat nak angkat punggung. 2,3 kali juga polis Masjidil Haram dok halau suruh bangun dan beredar ke tempat lain.

Jemaah wanita Malaysia tadi menoleh ke sana sini. Mencari kelibat lelaki tadi agaknya. Anim kemudian bergerak ke depan, duduk bersebelahan dengannya. Dipendekkan cerita, biarlah Anim perkenalkan dia sebagai Makcik A dari Kelantan dan berusia 75 tahun . Lelaki yang duduk bersamanya tadi ialah anak lelakinya. Mereka adalah jemaah haji muassasah.

Setelah mengetahui Anim mengerjakan haji ikut pakej swasta, Makcik memberitahu dia dan anaknya memang berhajat nak ikut haji pakej bila dapat surat tawaran haji pada mulanya.
"Makcik ada 30 ribu ringgit. Anak makcik pun ada 30 ribu ringgit"
Sambungnya, dalam usia 75 tahun, dia nak ikut haji pakej swasta sebab dekat sedikit nak ke Masjidil Haram.
"Anak makcik dah pergi Batuta . Dah penuh. Tempat lain pun penuh. Nak buat macamana"
Tak bertanya lanjut pula tempat lain yag dimaksudkan. Di Kelantan, agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji ialah Batuta Travel & Tours dan Syarikat Pelancungan Yaskin.

Kesian juga mendengarnya. Anim kata mungkin dia lambat daftar dengan syarikat swasta yang kendalikan pakej haji. Kuota syarikat tu dah penuh, Group jemaah haji Utas pun 149 orang sahaja. Memang kalau pergi dengan pakej swasta, in sha Allah dekat sikit nak ke masjid. Kalau masih muda, fizikal masih kuat, semangat tinggi in sha Allah tak ada masalah berjalan jauh.

Anim sendiri walaupun belum terima tawaran haji, dah daftar dengan agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji. Seingat Anim sejak 2011 lagi. Tapi berubah travel sajalah. Dari Andalusia kemudian bertukar ke TH Travel. Pada 2015, kami mendaftar pula dengan Utas Travel. RM500 seorang sahaja dibawa pula ke tahun 2016. Bukan apa, kami berpandangan, andainya menerima tawaran haji dan kami memilih untuk pergi dengan agensi pelancongan, nama kami sudah ada dalam list syarikat, in sha Allah. Makcik A mengangguk tanda faham.

Tak lama selepas azan dan masing-masing selesai solat sunat Subuh, Makcik A membisikkan ke telinga Anim. "Makcik nak kencing."

Allahu Robbi..macamana Anim nak tolong. Kesian Makcik A. Berjalan dari maktab jam 1 lebih. Tiba di Masjidil Haram lebihkurang jam 2 pagi. Azan Subuh jam 4 lebih. Maknanya sudah dekat 2 jam, makcik A duduk di situ. Dalam hati berdetik juga, awatlah si anak bawa ibunya menanti Subuh di roof top. Nun di atas. Namun terfikir juga, mungkin dia tersalah naik. Kalau naik Ajyad Escalators ni memang dibawa terus ke roof top. Atau mungkin juga kalau berada di tingkat bawah, susah nak cari ibunya nanti bila diarahkan polis Masjidil Haram untuk beredar. Di roof top taklah sesesak di tingkat bawah. Hanya si anak yang mampu menjawabnya..

Dok membayangkan...andai Anim bawa Makcik A ke toilet...

1. Toilet di luar Masjidil Haram. Jemaah sedang bersedia nak solat Subuh. Kawasan roof top dah semakin penuh dengan jemaah. Kami akan menentang arus...jemaah naik roof top untuk solat dan kemudiannya tawaf sunat manakala kami pula turun ke bawah.

2. Kami berada di roof top. Kami perlu menuruni escalators. Tak dapat nak membayangkan berjalan di kelompok mereka yang berada di tingkat bawah..mencari ruang untuk keluar. Di luar dataran sendiri, masha Allah, nak mencelah pun susah...lagi-lagi bila waktu solat sudah dekat.

3. Andai dapat keluar ke toilet, sudah tentu kami tak dapat nak masuk semula apatah lagi naik semula ke roof top. Gate sudah dihadang polis Masjidil Haram lagi-lagi bila dekat waktu solat. Musim haji, jemaah sendiri ramai yang bersolat di jalanraya.

4. Andainya kami bersolat di luar dataran Masjidil Haram, bagaimana pula nanti keadaan anak lelaki Makcik A yang mencari ibunya yang sudah "tiada" di tempat yang dia letakkan tadi? Mana mungkin kami dapat naik semula ke roof top dengan cepat disaat jemaah berpusu-pusu untuk turun selesai solat. Tak dapat bayangkan kerisauannya dan keadaannya nanti ke hulur hilir mencari si ibu.

5. Kalau dapat cari anak lelaki Makcik A, nak hantar ke toilet pun, dia kena turun tangga sendiri. Anak lelakinya hanya boleh menunggu di atas. Makcik A kata makcik tak tahu nak ke tandas seorang diri.

Dalam memikirkan cara untuk memujuknya supaya "bertahan" sedikit masa lagi, dia kemudiannya memberitahu Anim.."Makcik dah terkencing atas sejadah ni. Apa makcik nak buat?"

Nanti masa kami solat, Makcik duduk sajalah di atas sejadah itu. Tak payah bangun. 
Itulah nasihat yang mampu Anim berikan. Nak buat macamana. 2 syarat sah solat iaitu suci dari hadas besar/hadas kecil dan suci pada anggota badan,pakaian dan tempat sudah terkeluar. Terpulanglah pada tanggapan jemaah negara lain berhampiran. Makcik A kelihatan sedih dan bertanyakan solat Subuhnya. Adakah perlu diqadha'...

Makcik balik nanti ke maktab. Bersihkan diri. Selesaikanlah apa yang patut Makcik wajib lakukan. Dalam keadaan darurat seperti sekarang...tak ada apa yang dapat Makcik lakukan, Kena tunggu semua orang habis solat Subuh. 
Bila berkumandang iqamah dan kami semua bersedia untuk solat Subuh, Makcik A tiba-tiba bangun dan turut sama mendirikan solat. Apakah hukumnya Makcik A tetap solat apatah lagi dilakukan dengan sengaja kerana tahu ada najis di anggota badan dan tempat solatnya?Mungkin kita juga akan berdepan dengan masalah ini di Malaysia. Sedang solat berjemaah..tiba-tiba solat kita terbatal dengan kita sedari. Adakah kita akan berhenti atau teruskan solat kerana takkan nak berhenti tiba-tiba..

Anim berhenti di sini untuk kita memikirkan.....

P/S Ujian Allah, yang menyebabkan pengalaman yang dilalui oleh jemaah tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Adakalanya senang, adakalanya susah yang semuanya mempunyai hikmah tertentu daripada Allah SWT. Pengalaman yang dialami bersama Makcik A bukan ujian untuknya saja malah ujian untuk Anim juga:))





Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Terkencing atas sejadah di roof top Masjidil Haram"

  1. Salam anim.

    sedih pulak baca hal makcik ni.
    ALLAH maha mengetahui kan..
    semoga kita terus diberi kesihatan yang baik..

    BalasPadam
  2. Kesiannyaaaa...
    Tapi betul juga kalau Anim nak hantar dia memang tak boleh patah balik sebab dah nak masuk waktu. Bukan tak tahu mesti jemaah dan berhimpit masa tu. Lagipun nanti Makcik itu pulak hilang contact dgn anak dia.

    Sebab itu sering dinasihatkan pergi waktu sihat kan Anim..
    Sedih pulak kakak baca:(

    BalasPadam
  3. assalam kak hanim, pernah dengar dalam kelas fiqh, solat makcik A tetap terbatal..sebab makcik sengaja bersolat dlm keadaan berhadas.. dia wajib memulakan solatnya balik..
    dan kalau kita tengah solat, tiba-tiba terbatal kita harus berhentikan solat tu dan mula semula kak.. ini dr pembelajaran saya.. mohon betulkan kalau tersilap..

    BalasPadam
  4. xtau nak kata mcm mn kak... yg pasti ia adalah satu bentuk pengajaran utk kita

    BalasPadam
  5. Kesian membaca ujian makcik tua itu.. memang tidak sah solatnya dlm keadaan berhadas kecil. Namun dia wajib usahakan pulang & membersihkan diri, berwuduk & solat subuh. Biasanya ada 1 jam dari selesai solat di masjid hingga waktu syuruk. Maknanya besar kemungkinan dia masih boleh solat subuh dlm waktunya. Allahualam.

    BalasPadam
  6. tqsm atas peringatan kak animm.. Yela, selama ni belanja sesuatu selalu ckp berhabis duit… so lepas ni kena elak drp ayat berhabis duit tu… Ya Allah, kesian mak cik tu.. Ujian untuknya dlm melakukan ibadah kat sana.. Lya pon x pasti nk komen ttg tetap solat tu..y pasti x sah...

    BalasPadam
  7. Betul tu sedeh pulak.. sama2 lah kita ambil kebsikkan dari entri yang sangat bermanfaat ini..

    Salam Anim, lama jugak bunda tak singgah sini..Semoga Anim sekeluarga sehat2 selalu..aamiin

    BalasPadam
  8. Dikedudukan serba salah jadinya ye Nim kita ni....Nak membantu, banyak sudut jugak nak difikirkannya. Takutnya Nim, takut diberi dugaan mcm tu

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai