Home · About Me · Sitemap ·

Khabar balik haji

Assalamualaikum warohmatullah...


Kekok rasanya nak mengetuk jari di keyboard. Blog pun lama tak dijengok. Niat awal mahu bertanya khabar setelah sebulan pulang dari menunaikan haji. Kemudian bertangguh pula ke 40 hari. Namun terlajak pula selepas lebih 3 bulan.

Ada rakan readers yang bertanyakan mengapa menyepi selepas pulang dari mengerjakan haji. Ada yang menyangka kesihatan Anim tidak mengizinkan.Terima kasih banyak-banyak kerana mengingati.

Alhamdulillah..Anim sihat. Begitu juga En.Suami dan kedua ibu bapa mertua. Lucu juga bila ada kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga yang menziarahi kami "terkejut" melihat kami sihat walafiat ...Agaknya...orang balik haji tak batuk...bukan balik haji kot..ish..ish

Sebenarnya, Anim ada mengalami batuk, demam dan bengkak tonsil selepas selesai mengerjakan rukun haji. Makan kena pantang, kurang selera makan. Berkesempatan ke klinik TH berdekatan hotel kami menginap.  Alhamdulillah..bila bertolak ke Madinah tiga hari selepas itu, demam Anim kebah. Apa yang dimakan di Madinah semuanya sedap . Rupa-rupanya berlarutan hingga pulang ke tanahair. Kalau jemaah lain balik nampak kurus dan slim...tapi berbeza pulak Anim..hehe.

Namun lain pula dengan Encik Suami dan Bapak. Encik Suami dan Bapak pula dari mula datang hinggalah balik macam tule juga. Allah kurniakan kesihatan yang baik di sana. Demam tidak, batuk pun tidak. In sha Allah, Anim akan share pengajaran yang Anim dapat dari Encik Suami dan Bapak di lain entry.

Cerita haji masih segar berligar diingatan. Tarikh saja yang sudah kabur kerana Anim tidak mengambil catatan atas apa yang dilalui sepanjang berada di Tanah Suci. Anim juga tidak menggunakan smartphone di sana. So kebanyakan gambar bersumber dari hp Encik Suami dan group Whatsapp jemaah haji kumpulan kami.

Actually, Encik Suami  ada belikan hp Samsung RM99 yang hanya boleh buat panggilan dan sms saja untuk Anim gunakan di Tanah Suci. Nak berhubung dengan kaum keluarga dan anak-anak, hanya menggunakan  smartphone Encik Suami.

Bohonglah kalau Anim tak "membantah" pada awalnya. Memujuk diizinkan bawa smartphone sendiri dengan janji dah left sementara group whatsapp yang lain kecuali group kaum keluarga terdekat. Kita dok bayang "susah" nak share cerita dengan anak2 dan famili guna hp oranglain, hehe..Namun Allah ingatkan, JANGAN engkar arahan suami..

Menunggu giliran bas ke Mekah. Gambar dari group Whatsapp jemaah haji Utas 1437H

Peristiwa pertama, waktu kami tiba di Airport Jeddah Terminal Haji. Waktu menunggu bas ke Mekah, jemaah haji sibuk cari sim kad handphone masing-masing. Namun ada sedikit kawalan di musim haji 1437H. Jemaah yang nak beli sim kad, kena daftar terus dengan pasport, kena cop jari dan hanya satu sim sahaja dibenarkan untuk satu pasport. So, bila Encik Suami tak dapat nak tolong belikan sim kad untuk Anim,kenalah Anim pergi sendiri. Nak tau apa jadi? Bila turn Anim...pak sheikh yang uruskan sim kad tu tak dapat nak register untuk Anim kerana line tak ada. Puas dia ke sana ke sini..mencari line tapi tak berjaya. Okeh..fine (masih belum insaf).

Bila tiba Mekah...panjang barisan menunggu di kiosk yang ada.Bertanya kedai berdekatan hotel penginapan. Tak perlu daftar dengan pasport..oklah kan,.SR80. Kali ni sim kad tak muat boleh masukle pulak. Sim hat kecil depa tak jual.. Sim tu muat masuk Samsung RM99 .Kalau sekali kena tampar, bolehle kata fine. Kalau dua kali...menyentap hati.

Teringat semula nasihat Encik Suami sewaktu meminta Anim meninggalkan smartphone Anim di rumah: "Takut Anim leka, lalai. Haji kita ni mungkin yang pertama dan terakhir. Bukan boleh diulang-ulang setiap tahun."  Ini haji wajib kami. Kena buat yang terbaik. Kalau ada rezeki dipanggil lagi..dah jatuh sunat. Kena lebih bersyukur kerana Allah jemput jadi tetamuNya, 11 tahun lebih awal dari tahun peruntukan Tabung Haji.

Allahu Robbi..walhal sebelum berangkat dah diingatkan.Letakkan niat dengan betul. Dengan niat yang betul itulah yang akan menyebabkan pekerjaan haji menjadi keutamaan. Yang lain-lainnya menjadi kurang penting. Walaupun wakil pihak syarikat ada menawarkan bantuan untuk membelikan sim kad untuk jemaah yang bermasalah..tapi kuatkan hati..Cukuple peristiwa yang dialami sebelum ni.

P/S Pengorbanan untuk mengerjakan haji sangat perlu. Kesusahan dan kesulitan dalam mengerjakan haji tetap wujud. Ini kerana sifat (nature) ibadat haji itu sendiri memerlukan pengorbanan.



Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Khabar balik haji"

  1. Oo kena buka versi desktop baru boleh komen..

    Makchaq ngan pakchaq pun masa kat sana alhamdulillah sihat ja.. ada sekali tu batuk sikit, teruih ajak pakchaq pi klinik sebab nak tengok macam mana klinik TH..

    Makchaq pun lalu makan kat sana.. balik haji gemuk..


    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah mak chaq..saya bawa batuk dr malaysia..sampai sana pun masih batuk sikit2

      Padam
  2. Memang kebanyakannya akan batuk ketika di sana mungkin perubahan cuaca
    Tapi kakak tunaikan haji mungkin sebab masih muda belia masa ke sana alhamdulillah sihat ceria aje. Cuma masa umrah ke dua kakak ada tak sihat (2013) sebab dah masuk 40an biasalah dah tua hihi...

    Rindu tak Anim? Rindu kan dan kalau boleh nak pergi tiap tahun:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. beruntung kakzakie dapat p haji masa muda..tenaga masih kuat..
      saya p 40an ni...memang terasa tenaga tu kurang..

      Padam
  3. Akakkkkkk

    rindunya kita dengan akak...

    nak borak panjang2....

    macam dulu2...

    akak kat SP lagi ke kak?

    adik2 dua abdul apa cerita sekarang.

    hihihi....

    kipidap menulis ye kak.

    dari saya yang merindui celoteh kak anim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak masih lagi yg lama...semua lama..haha
      2 abdul tak bagi story ttg depa..masing2 dah akil baligh, haha..menghormati (hihi)
      doakan moga akak tak hilang lagi nooo

      Padam
  4. ha ah - abah saya pun langsung tak sakit sepanjang kat sana ...

    sihat sejahtera je dia.
    tak banyak dosa kot...

    adeiii terasa daku...

    BalasPadam
  5. Alahai seronoknya dengar cite Anim ni. Sampai menganga ai hihi..

    Betullah sangat tu Nim. Kena patuh perintah suami. Belum belum lagi dah banyak masalah nak beli sim, maksud yg tersirat agaknya tu.

    Lepas ni jangan buat buat lupa pulak nak sambung cerita tau

    BalasPadam
  6. Kalau jemaah lain balik nampak kurus dan slim...tapi berbeza pulak Anim..hehe.


    betul tu hahaha

    BalasPadam
  7. Bagus tindakan suami kak anim..maybe nk suh lbh fokus pd ibadah.. Ye la, bila ada smatphone, slalu nk tgk whtsapp..snap2 pic semua tu.. Alhamdulillah.. Kak anim sekeluarga selamat pulang ke tanah air.

    BalasPadam
  8. Asslamualaikum Hjh,

    Bila baca cerita di Blog Hjh nie....teringat suasana ketika menunaikan Umrah 2007 dan Haji bersama isteri 2010.....

    Kini Dalam perancangan untuk menunaikan UMRAH pada tahun ini 2017 sekiranya di izinkan ALLAH....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai