Home · About Me · Sitemap ·

Misi yang perlu dilaksanakan di Ipoh

Assalamualaikum wbt...

Encik Suami bekerja hari ini. Kami lepak saja di asrama, bermalas-malasan. Nak buat apa lagi? Nak memasak, tak ada dapur. Nak membasuh pakaian, tiada mesin basuh. Sarapan pagi, makan tengahari tunggu dibawa keluar makan.

Petang nanti, nak bertolak pulang ke Johor. Belum pasti nak ke mana dulu. Rumah Bonda di Kluang atau rumah kami di Batu Pahat. 2 Abdul....sure mau kami terus ke rumah nenek depa. Lagi-lagi bila tau sepupunya dari Besut sudah tiba dengan bas ekspress. Tengoklah nanti pukul berapa turun tol Yong Peng. Kami pernah bermalam di masjid Yong Peng dek kerana turun tol lewat pagi.

Kelmarin, sibuk mencari barang-barang yang dipesan kerabat di Johor. Biasalah...dah declare awal kami nak balik tapi last minute baru depa text. Memang kelam kabut ke sana sini tapi tak sampai hati nak hampakan permintaan mereka.

Ikan bilis pek pak , anak tamban dan termenung, ikan masin dan barangan hasil laut dah beli di Tanjung Dawai masa bawa tetamu Kluang ronda-ronda.Then ,terima kiriman lain lagi.

Jeruk Madu Pak Ali 

Keropok ikan kerisi 

Asam jawa kepal tak berbiji. Bawang merah bertangkai tu pun menarik kan untuk dijadikan ole-ole?

Kuah rojak buah Mak Bee

Ok. Selesai. Balik Johor senang hati. Semua permintaan sudah dipenuhi, in sha Allah.

Namun bila Bonda habaq cadangan Ayahnda supaya ahli keluarga semua pakai warna sedondon di majlis adik nanti...mulalah rasa tak cukup masa.

Alahai...sebelum ni kami dah diberitahu, warna baju adalah bebas, huhu. Sempat ke nak menyopping.

Lagi-lagi bila tunjuk warna baju yang dihantar Bonda kat 2 Abdul......berkerut dahi depa.

Baju Atuk warna pink nih...

Seiras baju raya berdua kami tahun lalu

PINK...memang allergik dengan 2 Abdul. Tahun lalu (gambar atas) dek kerana allergik tu le sanggup cari warna lain dari mak dan pak depa. Hmmm...sib baik Bapak hampa sporting walaupun anak-anak kata itu warna pompuan..huhu.

P/S  Tak taule camna nanti. Nak pujuk depa...tunaikanlah permintaan Atuk:-))

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Misi yang perlu dilaksanakan di Ipoh"

  1. cantik bawang tu.. hehe.. alhamdulillah takde yg kuciwa..

    BalasPadam
  2. Banyaknya kiriman.... kalau balik dari putrajaya x dak orang nak kirim apa2.. tak dak apa yang best kat sini..

    BalasPadam
  3. Bila bercuti, kalau menda yang mudah dicari insyaAllah pasti akan dibelikan.

    BalasPadam
  4. Anak... anak... lawalah pink tu sayang kan sweet. Auntie nampak ramai pun lelaki pakai pink tak ada pun nampak lembut:)

    Itulah Anim budak dah besar dah pandai nak pilih. Nanti bila tiba masa nampak semua pakcik-pakcik dan sepupu mereka pakai pink baru rasa tak adalah warna perempuan pun..

    BalasPadam
  5. pegi mana neem? kedah ke... biasanya kuah rojak dan kopok tu mmg mudah dapat kat sana..... tak lupa juga asam jawa tu mmg susah nak dpt kat tempat lain, akak siap import dari kg tau..

    BalasPadam
  6. sedang fikir tang mana anim nak sumbat semua benda tu ... heheheee ... sesekali balik kg tak kisah lah kan ... mmg ada org lelaki alergi dgn warna pink anim ... tabah je la .

    BalasPadam
  7. wah warna pink cun tak terkata tak kisah lelaki ke perempuan pakai akan nampak ayu kacak gitu hee...

    bantuan berikan harap dapat ringankan beban mereka yang dalam kesusahan..

    BalasPadam
  8. Salam nk Tanya tentang yati tailor di sp. sy nk tempeh Baku Kat dis. Bole email fai1809@gmail.com

    BalasPadam
  9. mesti seronok dapat memenuhi permintaan orang kan kak..kuah rojak Mak Bee tu sedap!

    BalasPadam
  10. hihi..kaler pink skarang lelaki pon ramai pakai

    BalasPadam
  11. Banyaknya pesanan.... nasib baik tertunai juga. Untunglah kerabat di Johor *_* Warna pink ni memang sesuai untuk gegirl aje Anim. Kalau lelaki tak mahu depa pakai! Saya ni kalau nak pakai sedondon warna pink atau merah atau apa saja warna terang benderang mengalahkan traffic light, memang jangan haraplah. Suami tak suka. Pink lagilah...tiga-tiga hero kat rumah tak suka! Kalahlah saya.....

    BalasPadam
  12. Sesekali balik, kenalah gegar ole ole utara kasi hangkut balik Kluang yeh Nim....

    Kenduri kawen, kalau sedondon mmg cantik dan hidup kalau bergambar tau..

    BalasPadam
  13. jeruk pak ali yg paling pentingg.. hihi

    BalasPadam
  14. CT duduk penang pun mesti ada stok bekalan jeruk pak ali hehehe..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai