Assalamualaikum wbt....
Selesai breakfast Roti Sanggul berkuah daging @ Ijam Roti Canai (5 bulan tak rasa ooo), Encik Suami bawa Mem ronda dengan motor ke satu tempat kegemaran dia mengeluarkan peluh di Ipoh. Pagi ni dia kata nak tanam serai.
Tanah lot sekangkang kera di pinggir bandar Ipoh ni asalnya dulu kawasan penempatan setinggan. La dah diberi geran. Tuan tanah offer jual kat kami tahun lalu kerana dia nak buat rumah di Manjung. Harga pun bolehlah, dalam kemampuan.
Bagusnya beli tanah lot kat Ipoh ni, siap dah semuanya. Api, air dah masuk. Tinggal pacak tiang buat rumah. Berbanding dengan tanah lot yang ditinjau sekitar SP. Semua modal sendiri. Actually, Encik Suami pernah berangan dulu. Kalau Anim dapat pindah Ipoh, bolehlah buat pondok di sini. Itu rancangan kami, tapi lain pula rancangan Allah. So, buat masa ni selain pokok durian belanda dan mangga, kami tanam rumput dan lalang dululah, huhu.
Mem siap selfie. Helmet pun malas nak buka. Itulah beza orang yang dibesarkan di kampung dengan orang yang dibesarkan di bandar. So, jangan heranlah setiap kali berpindah kerja dan mencari rumah sewa, pilihannya mesti rumah bertanah walaupun sekangkang kera. Satu hari tak pegang tumbuhan, dia boleh migrain. Beza dengan I.. tangan panas. Tanam apa pun tak menjadi..
Tambah pula...dressing pun tak sesuai maa..
Lepas keluar peluh, singgah warung tepi jalan.Macamana badan tak naik. Bukan sikit makan tapi sikit sikit, makan! Teruja bila Encik Suami kata, dia selalu singgah makan pecal kat warung selekoh maut kat Kg. Sri Kinta ni. Alasannya kuah pecal nya sedap. Rupa-rupanya makcik tu orang Jawa Johor yang bersuamikan orang Perak. Patutlah...
Kemudian kami pergi cari bahan baju Melayu. Kat SP, tailor yang ditemui semua geleng kepala tak sanggup nak terima jahitan. Tinggal sebulan lagi nak puasa. Orang hantar tempahan 2 bulan sebelum. Tule, sibuk mengalahkan menteri (relevan kah lagi perumpamaan ini?)
Nak beli siap, si Abdul kecil tu tau ajalah saiz badan. So, plan asal, hanya cari bahan baju Melayu dia saja. Abdul Sulung dan Bapak Abdul beli siap. Then tahun ni Anim serahkan mereka buat pilihan warna sendiri. Tak nak guna kuasa veto. Tahun ni tak perlu warna sedondon.
Alih-alih bila si Abdul kecil memilih warna biru tua sebagai pilihan warna, tak semena-mena si abang dan Bapak Abdul pun tertarik sama. Sudahnya masing-masing memilih warna yang sama cuma material kain berbeza. Laaa...sedondon jugak!
Anim ni bukan peminat tegar biru. Bolehlah pakai berbanding kesukaan pada pink dan purple. Namun berbesar hati bila 2 Abdul offer nak pilihkan kain warna sedondon untuk Anim.
Not bad kan taste 2 Abdul. Dua pasang saja, cukuplah.
Kami kemudian ke Billion Supermarket. Tahun lalu, kami buat baju raya kat kedai jahit di Tingkat 2. Tapi tahun ni, macam lewat je kami hantar kain. Ah, tawakal pada Allah. Terima tak terima tempahan, redha sajalah. Tepat sekali, tempahan telah ditutup. Tapi bila ternampak si Abdul kecil, tak semena-mena tuan kedai kata susah nak cari baju saiz si Abdul kecil di luar. Kerana kasihankan si Abdul kecil, dia sanggup terima tempahan. Dan kami pun tumpanglah sekaki. Alhamdulillah....settle. Tunggu dua bulan lagi, in sha Allah.
Nilah budak bertuah tu. Hajat awal nak pekena Japanese food di Riverwalk river front. Dah tutup rupanya. So, ke satu tempat lain pula...
Thumb's Cafe di Jalan Sultan Abdul Jalil. Thumb's tu asal nama Pak Tam
Cantikkan deko cafe ni. Bersih..
And then, sebagai penutup. Lepas Isyak, dapatlah mengikuti Forum Perdana bersama 3 ahli panel, Ustaz Halim b. Din, Ustaz Haslin b. Baharim (Bollywood) dan Aishah di Madarasah Al Khalidiah, Kg. Sri Kinta. 1st time join majlis ilmu bersama muslimin muslimat Kg,Sri Kinta. Pengalaman baru duduk atas kerusi. Selalunya di SP bersila dalam masjid. .
Ustaz Halim dan Ustaz Haslin baru tiba dari bumi Palestin malam sebelum. Depa selit banyak cerita dan pengalaman mereka di sana. Aishah..1st time dengar cara live. Lembut suaranya. Teringat lagu Janji Manismu. Suka dengar nasihat bermaknanya kepada kaum muslimat. Biarlah orang kata anda Ustazah Maggi Mee, Aishah. Banyak yang anda sebutkan malam itu, berkesan di hati saya dan saya akan cuba praktikkan dalam kehidupan saya, in sha Allah. Jazakallahu khairan kathiran..
P/S Kadang-kadang bangkit tidur, termenung sekejap. Aku sekarang kat mana ni.....SP, Ipoh @ B.Pahat...
Kak Anim beli tanah kat majoi ke sri kinta?
BalasPadamkalau sri kinta dah dekat tu ngn kampung saya.
oh yer... japanese rest tu dah tutup ke?
alaaaaaa ... tutup terus?
huhuhu... tak sempat singgah....
p/s: seronok tgk kak anim dah sihat - alhamdulillah...
Sri Kinta le huda..
PadamHaah..kedai makan jepun halal tu tutup dah, huhu. Sabar ajalah
Kenapa tutup kak?
Padamtak laku ke?
murah2nya harga makanan dkt situ... laksa 2 nmpak sgt sedap..
BalasPadamLaksa? Itu pecallah dik
PadamUntung kalau dapat beli tanah Anim.
BalasPadamKalau kakak macam en suami Anim suka dgn tanah macam ada aje fikir nak tanam-tanam.
Kakak dgn hubby kakak memang betul-betul org kampung. Itu sebab kami suka bercucuk-tanam.
macam mana la rupa burger ninja tu.. hahaha
BalasPadamAda pisau terpacak atas burger tu..haha
PadamMurah tuuu...x nk ajk sy sekali ke? ;)
BalasPadamSebut je bila, haha. Boleh set masa..huhu
Padamunik sgt kafe tu..deko pom cantik...
BalasPadambaju raya lya dh tempah sjk bln 2 lg... skarang dh siap ambik pon...
itulah, bila rmh bertanah, best sikit nk bcucuk tanam..hasilnya pon blh digunakan kan..
kak...mcm sedap je menu...saya cari gambar lamb chop tu.. ala takde lak..
BalasPadamsaya pun suka rumah bertanah kak..tapi di kuantan ni tak berpeluang dgn gaji kami ni...huhu...
assalamualaikum,
BalasPadamcomey kemain pi kebun
Agaknya memang perempuan BP ni memang semuanya tangan panas kot Anim, pegang tumbuhan semuanya terbujur layu gitu. Hehehe....
BalasPadamWah, bukan main lagi mem selfie. Kesian En Suami terbongkok-bongkok menanam rumput *_* Ni kiranya Anim baru beli tanah di Ipohlah ya. Agak-agaklahkan ada hati ke lepas pencen nak dok Perak pulak nih? Tak mahu balik BP ke?
Betul tu Anim, kalau saiz besar kenalah buat baju raya cepat-cepat. Kalau tailor dah tak mahu memang pengsan nak cari baju. Anak saya si Abang tu pun saya tak buat bajuraya. Beli ajelah kalau dapat. Kalau tak dapat, cari jubah ajelah senang cerita. Itu pun entah jumpa saiz sesuai ke tidak...
Bab sedondon di pagi raya ni, saya pun baru bercadang tahun ni tak mahu sedondon sebab Daddy mereka ni memang berjubah aje setiap kali raya. Makanya saya nak suruh anak-anak saya pakai baju Melayu berbeza warna termasuklah Mommynya nanti ^_^
Memang complete cerita sehari di Ipoh dari pagi sampai mlm hihi.....
BalasPadamAnim cerita pecal, okje pun baru makan pecal lauk mlm tadi, beli siap jer cuma curah air, sedap pecalnya sebab bau cekur.
Hihi.....tak pe mula mula tanam lalang, lepas tu buang lalang, lepas tu jadilah sebijik rumah banglow.......tak gitu Nim?
Kita pun tak suka warna biru, entah kenapa.....rasa mcm kulit gelap jer kalau pakai warna tu