Assalamualaikum wbt...
"Perbezaan yang paling besar di antara makhluk dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehnya mampu dikembangkan dengan lebih meluas" ~TGNA~Nak buat entry pun fikir banyak kali. Namun teringat kata-kata Ustaz Che Amran Yusoff, niatkan untuk berkongsi, bukan nak mengajar orang.
6 hak Muslim terhadap Muslim yang lain ada disentuh dalam majlis ilmu Ustaz Che Amran di Amanjaya bulan lalu (di sini ). Beriya-iya nak share walaupun tak mencatat dalam buku nota. Akhirnya, wa sudah lupa maa..
Siapa sangka, rezeki dari Allah...Ustaz Che Amran "datang semula" ke kuliah Maghrib di Masjid Taman Keladi, 21 Mei lalu dan membawa tajuk yang sama. Masha Allah....seronok betul dapat kembali mengingat isinya.
Sejak mengenalinya di Amanjaya, tak kisah "kejar" Ustaz kalau dia mai mana-mana masjid di SP.
Suka dengar penyampaiannya yang menyentuh kehidupan kita sehari-hari
6 hak Muslim terhadap Muslim yang lain:
1- Apabila bertemu dengannya, ucapkanlah salam.
~ Banyak ayat dalam Quran yang menyebut orang-orang yang masuk syurga adalah orang beriman. Antaranya Surah Al Mu'minun ayat 1-11.
~ Orang beriman juga adalah orang yang berkasih sayang.
~ Formulanya; ucap salam > kasih sayang > beriman > masuk syurga
2- Apabila dia menjemput kamu, wajib kamu hadir memenuhi jemputannya. Yang dimaksudkan wajib di sini ialah memenuhi jemputan majlis walimah. Kalau tak hadir, kita dianggap sudah bermaksiat kepada Allah. (Kenduri arwah, kenduri nak p umrah dan sebagainya terkecuali).
~ WAJIB hadir :
i. Apabila tuan rumah datang ke rumah kita menjemput
ii.Apabila tuan rumah telefon menjemput dan kita mendengar suaranya
iii.Apabila tuan rumah hantar wakil datang menjemput
iv.Apabila wakil tuan rumah menjemput melalui telefon dan kita dengar suaranya
~ SUNAT hadir:
i. Jika surat undangan hanya dimasukkan dalam peti surat
ii. Jika undangan melalui FB, WhatsApp dan sebagainya.
~ HARAM hadir:
i. Jika datang tak berjemput
Ustaz Che Amran sentuh tentang trend akad nikah di masjid. Seelok-eloknya buatlah di rumah pengantin sendiri, bukan di masjid. Tak ada istilah berkat bernikah di masjid. Tak ada hadith bagitau Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam pun nikah di masjid. Tambahnya, ada rombongan pengantin yang hadir dalam keadaan tak tutup aurat. Ada yang masuk ke masjid dalam keadaan haid.
3- Apabila dia meminta nasihat, berilah nasihat mengikut kadar yang kita tahu saja.
~ Kita beri nasihat ikut ketetapan syariat.
4- Apabila sahabat Islam bersin dan dia menyebut Alhamdulillah, doakan dengan Yarhamukallah.
~ Kalau kita tak doakan, kita akan dipersoalkan di akhirat. Tetapi kalau dia tidak memuji Allah, tak perlulah kita doakan dia.
5- Apabila dia sakit, ziarahilah
~ Datanglah ziarah waktu dhuha (8-11.30 pagi) @ lepas Asar @ waktu antara Maghrib-Isyak.
~ Tiga waktu dilarang: (termasuk ziarah oranglain yang sihat)
i. Sebelum Subuh
ii. Matahari tegak atas kepala . Waktu itu orang tengah berehat-rehat
iii. Lewat malam. Datang ziarah waktu orang nak masuk tidur.
Sunnah ziarah orang sakit:
i. Jika pesakit sama jantina, berdiri sebelah bahu pesakit
ii. Usap dahinya untuk bawa ketenangan. Pesakit seronok bila orang datang ziarah.
iii. Pegang tangannya.
iv. Ucapkan kata-kata baik, beri semangat.
v. Doakan dia tapi jangan depan dia. Doakan tanpa pengetahuan dia.
6- Apabila dia mati, ziarah dan iringkan jenazahnya hingga ke tanah perkuburan.
~ Jangan sabar dalam hal berikut:
i. DOSA. Buat dosa jangan pula sabar nak bertaubat. Kena terus bertaubat. Jangan tunggu lagi.
ii. SOLAT. Jangan sabar waktu nak solat. Solat tak boleh tangguh. Syaitan kalau dengar azan, lari terkentut-kentut kerana takut. Manusia pulak bila dengar azan, datang ke masjid tak, lari pun tak. Masih lagi selamba makan di tepi jalan, di dalam kedai, masih tawar menawar di pasar malam. Berani sungguh kita ya berbanding syaitan.
iii. ORANG MATI. Kena urus segera.
Wallahua'lam
P/S Syaitan tak pernah tinggalkan kita. Kita kena berjuang untuk tinggalkan syaitan.
Allah hu akbar.. bab walimah tu kadang2 pandang ringan.. dan bab sabar dalam menunaikan solat.. kerdil rasanya diri ini..
BalasPadambestnya bab ni.. suka suka. tq sharing ye anim
BalasPadamkdg kala yg mmudah mcm bersin tu pun kita jrg tunaikan... kan?
BalasPadamp/s tulisan korea kak hanim tu x bleh bc laa ;-)
BalasPadamTerima kasih Anim berkongsi ilmu yang ditimba macam selalu. Segar bugar mata bila membaca ilmu ni padahal tadi dah mengantuk sikit dok penangan makan berat buat sarapan.
BalasPadamTerang dan jelas penerangan ustaz ni untuk kita fahami dan cuba laksanakan. Adakalanya saya pun sama bila bab solat ni tau. Kalau lepas makan, sibuk nak kemas meja, nak basuh pinggan, siap beri laluan lagi anak-anak dan suami solat Maghrib dulu dan kita ambil tempat yang last. Tanpa sedar, dah melengahkan masa solat!
terima kasih..ramai yang tahu tapi ambil mudah bab ni..termasuklah saya..terima kasih atas peringatan..
BalasPadamTerima Kasih Nim....selalu dengar tajuk ni ...tp apa isinya, cepat betul lupa. Kesiankan manusia zaman sekarang ......maklah tu haha....
BalasPadamNasib ada sahabat yg tolong mengingatkan
makasih kak.. ilmu yg sangat bermanfaat... kadang kita anggap remeh jer
BalasPadamAssalamualaikum, terima kasih atas ingatan. Di tanah air alhamdulillah mudah dapat peluang mendengar syarahan agama dari ustaz/ustazah. Bila berada di luar negara patutlah berusaha lebih sedikit untuk mendekatkan diri kepada agama.
BalasPadambab nikah kat masjid tu betul . saya pun ada baca tentangnya . Zmn Rasululullah , mrk nikah di rumah . cuma ada sekali tu kebetulan Rasulullah ada di masjid , jadi terus je nikah kat situ ...
BalasPadam