Home · About Me · Sitemap ·

Perjalanan Terjauh dan Terberat


Assalamualaikum wbt...


Wahai anakku...

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai orang yang kaya raya tidak sanggup untuk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yang seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yang kuat dan bertubuh sihat yang mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam. Ada yang berkata sebentar lagi, ada yang berkata takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi Bonda, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling Bonda banggakan selain daripada perjalananmu ke masjid.

Biar Bonda beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan untuk menemui Rabbmu. Itulah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang-orang yang lupa akan Rabbnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dalam gelap subuh, demi mengenal Rabbmu.

P/S  Perkongsian dari WA

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Perjalanan Terjauh dan Terberat"

  1. kan..kisahnya macam rm50 bawak gi shopping rasa sikit je.. nak masuk tabung masjid rasa banyak gila..

    BalasPadam
  2. Alangkah liciknya syaitan menggoda anak-cucu-cicit Adam sehingga nak melangkah ke masjid pun selalu di tahan. Pergi ke Baitullah terasa beratnya tapi seluruh pelusuk dunia telah dijelajah samalah juga..

    BalasPadam
  3. bila terdidik dari kecil , bila besar jadi kebiasaan dah

    BalasPadam
  4. good sharing sis..ramai yang sedar, tapi buat-buat tak tahu.nak buat kebaikan memang berat, nak buat maksiat tu yang mudah

    BalasPadam
  5. Salam perkenalan. A good reminder. tq

    BalasPadam
  6. Anim.... penuh pengisian sungguh entri ni...,,Betul Nim bukan mudah nak melangkahkan kaki ke masjid walaupun masjid depan rumah. Moga dibukakan jugak hati anakandaku suatu hari nanti

    BalasPadam
  7. even masjid sblh umah pun liat sesgt nk terjah...

    BalasPadam
  8. Macam tepat jer terkena batang hidung sendiri... Tapi itulah realitinya, sesekali jer ringan kaki melangkah. Semoga Allah swt permudahkan agar perjalanan terjauh dan terberat ini menjadi terlalu dekat dan ringan....amiin

    BalasPadam
  9. MENDALAM....
    sama2 muhasabah diri...

    BalasPadam
  10. betul kak...

    akak...fwd kat w.a kita kak...

    jazakillah....

    BalasPadam
  11. haiiii itulah lumrah kehidupan kita skrg ni...kita tau mana baik dan buruk tapi benda yang tak baik tu jugak lah yg kita suka buatkan...bercakap untuk diri sendiri jugak ni...huh!

    BalasPadam
  12. betul sgt tu kak anim..

    peringatan utk keluarga sendiri ni..

    btw, boleh aje nak join GA merdeka tu walaupon takde akaun fb..janji dah follow blog saya dan sponsor yg lain..hihi..

    BalasPadam
  13. benar kata orang2 tua.melentur buluh biarlah dari rebungnya..bila terdidik dan sudah terbiasa dari kecil..yang berat jadi ringan..yang keras jd lembut,,, semoga Allah swt melembutkan hati2 yang keras dan permudahkan perjalanan..

    BalasPadam
  14. Good sharing kak anim... :) terkesan... thanks...

    BalasPadam
  15. Betul tu, Anim. Kalau benda yang kita suka buat dalam dunia ni, rasa sayang nak tinggalkan tapi bila tiba bab solat dan masjid, tidaklah pulak perasaan yang sama bertandang dalam diri sesetengah orang. Makpak mentua saya selalu tanya, kenapa kalau buat solat di surau/masjid, tak ramai orang langsung. Pernah sekali kami singgah di satu masjid di KL, penuh dengan warga asing. Orang kita, sangatlah sedikit. Alahai, terasa malu pula di hati, tak tahu nak jawab macamana!

    BalasPadam
  16. tiada siapa ke masjid waktu subuh, azan dilarang di negara jiran kerana PM mereka telah tunggu di luar di beberapa masjid dan membuktikan tiada siapa masuk masjid, oleh sebab itu je azan berminared tiada lagi. saya baru teringat cetita ni, nanti nak google la. thanks anim :)

    BalasPadam
  17. Betul tu...banyak orang buat...peringatan untuk diri sendiri jugak ni...

    BalasPadam
  18. berapa yang ada kita masukkan sahaja tak bayak sikit jadilah

    BalasPadam
  19. sebenarnya memg rmi di kalangan kita mcm tuh walaupun hakikatnya masjid tuh dkt dgn kita kan

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai