Home · About Me · Sitemap ·

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17


Assalamualaikum wbt...

Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014 yang suram, "Malaysia Berkabung" buat pertama kalinya bagi menyambut jenazah tragedi MH17.  Senarai nama 20 jenazah kumpulan pertama pesawat malang yang dibawa pulang hari ini pun sudah dikeluarkan.

Dalam sibuk berkemas untuk bertolak ke Bangi, tak lepas peluang lihat siaran langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di TV3.

Melihat jam di dinding...

Dimaklumkan pesawat khas yang membawa 20 jenazah tragedi pesawat MH17 selamat mendarat di KLIA. Logo TV3 di hujung kanan pun tak berwarna. Hari ni pun warna suram...

Tak sapa menjangka, orang awam akan diberikan penghormatan jenazah (ketenteraan) seperti ini.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Raja Pemaisuri Agong

Juga mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 ini juga tidak menjangka, pemergian mereka telah mengubah industri penerbangan dunia.

P/S Seminit untuk bertafakur selepas pintu ke 20 kenderaan yang membawa jenazah ditutup.  Al fatihah buat mereka yang beragama Islam.

Artikel berkaitan:

25 Komen untuk "Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17"

  1. hanya mampu tengok live streaming di pc, inshaAllah mendoakan isitiadat berjalan dengan lancar. amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat tengok live juga tu..tak lepaskan peluang umi..

      Padam
  2. Satu sejarah, pertama kali perhormatan tertinggi dilakukan kepada orang awam. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Alfatihah buat buat mereka yg beragama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa jangka kan? itulah takdir dan rezeki mereka, kita yang hidup ni pun berpeluang menontonnya. moga roh mereka yang beragama Islam dicucuri rahmat..

      Padam
  3. Al-Fatihah...
    moga semua keluarga mangsa sabar & redha...turut bersedih...
    tiada kata yg dapat diucapkan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah atie...hanya mampu sedekahkan al fatihah..

      Padam
    2. Salam kak..singgah melawat..):)

      Padam
  4. Kakak pun menonton juga di pejabat ini Anim.
    TV utk cctv kakak tukar channel.
    Masa baca fatehah tadi kakak ikut sama.. sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah...tak lepas peluang kan kakzakie. 1st time kan kat negara kita

      Padam
  5. sedih melihatkan keluarga mangsa bermandi air mata... semoga roh mereka tenang di sana... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seluruh negara sedeqahkan al fatihah buat mereka, idah:-))

      Padam
  6. sedih bila mengenangkannya..Allah Maha Mengetahui

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. membayangkan saat-saat akhir mereka di dalam pesawat malang itu amat memilukan:-))

      Padam
  7. bberat mata memandang lagilah berat mereka yang menanggung..semuga mreka yang tinggal diberikan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan semuga Allah meningkatkan darjjat mereka yang diujiNya..amiin..juga roh roh mereka berada di kalangan orang yang beriman ..amiin ya RRabb

    BalasPadam
  8. Sebak ms tgk siaran ni.,..family mangsa apatah lh

    BalasPadam
  9. al-fatihah buat y b'agama islam
    moga jenazah lain pon bjya dibawa pulang..amin

    BalasPadam
  10. Satu upacara penghormatan yang baik untuk magsa yang terlibat. Takziah buat keluarga mangsa. Alfatihah.

    BalasPadam
  11. sedih sangat.. esp bila tgk anak2 kecik yang kehilangan org tersayang. lagi sedih bila tgk young boy yg meratap tepi keranda ibu dia. sayu sangat.

    BalasPadam
  12. Innalillahiwainnailaihirojiu'n...Salam takziah buat keluarga mangsa...

    BalasPadam
  13. al fatihah takziah untuk keluarga mangsa

    BalasPadam
  14. al-fatihah dan takziah untuk MH17..tumpang besedih :(

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai