Home · About Me · Sitemap ·

Air Terjun Ulu Geruntum@Gopeng


Assalamualaikum wbt...

Dengar nama pun tak pernah, apatah lagi jejak kaki ke sana. Tak terfikir nak google sebelum pergi sebab si dia dah jadi "orang Perak" hampir 7 bulan. Ala, mungkin dia tahu selok belok certain places kat Perak ni.

Tempat dicari, Kampung Sg Itek, Gopeng.  Encik Suami kata, staff ofis dia dah p tempat itu, Best. Ada waterfall. Dema tunjuk gambar dema p. Boleh buat aktiviti macam kat Sg.Sedim dulu, katanya. Ok...ok..


Banyak kenderaan keluar masuk Kampung Sg Itek (kampung Melayu). Bas persiaran pun banyak. Mana taknya, ada Gaharu TeaValley dalam kampung ni. Of course, pelancong yang ke sini bukan orang kita.

Kami bertanya pak guard di pintu gerbang , mana jalan nak p waterfall. Aya kata ikut jalan sebelah pintu gerbang tu saja.

Bayang waterfall tak nampak.Jalan makin mengecil. Muat satu kenderaan. Dahlah tu makin lama makin tinggi. Teringat-ingat jalan naik ke Gunung Jerai


Ada rumah-rumah beratap nipah di kiri jalan tu. Ni kampung orang asli kot.


Ooopss..salah. Itu RUMAH REHAT ADELINE. Rumah rehat dalam hutan! Harga pun boleh tahan. Mat Salleh sukalah tempat begini. Sesuai betul untuk mereka yang mahu lari dari kebisingan kota. Line internet pun tak ada tau. Line Celcom pun 'No Service'.

Meneruskan perjalanan sangat mendebarkan. Nasib baik tak bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan. Muat-muat satu kereta. Kalau ikut hati, nak patah balik saja. Apakandaya...tak jumpa tempat nak U-turn, huhu. Teruskan pemanduan walaupun tak tahu berapa jauh lagi tempat nak dituju.

Bila masuk ladang sawit lagilah saspen. Dekat 30 minit juga memandu hingga ke atas. Dalam hati, kata tobat..tak nak p lagi. Inilah yang pertama dan terakhir..huhu

Akhirnya.....................


Boleh menarik nafas lega. Baru saja tau nama tempat itu Bah Wah. Dan baru tau ini ialah Air Terjun Ulu Geruntum bukannya Air Terjun Kg.Sungai Itek sepertimana yang dikhabarkan Encik Suami sebelum ini, hee.

Actually, bebas nak cari tempat mandi tapi kawasan free bahaya untuk kanak-kanak riang yang dibawa. Air terlalu deras. Ngeri pulak tengok.


Kami membayar RM3 satu kepala untuk ke kawasan yang lebih selamat. Wow, kawasannya bersih. Tak nampak sampah atau bungkusan makanan atau minuman. Dahlah tu, privacy, tak ada orang. Adalah satu family Cina datang bawa anak mandi manda dalam sejam. Lepas tu tinggal lagi kami bertujuh. Menjerit bagai Tarzan pun tak malu...


Inilah "telaga" paling selamat untuk anak-anak berkubang..


Mereka berdua sebaya. My nephew kata, best sangat mandi sini. Tak payah mandi kat Teluk Batik pun tak pe. Lagi thrill berbanding Sg.Sedim.


3 jam di sini, muncul beberapa group.  Group dari Hicom (team building agaknya) dibawa naik dengan lori. Tak sempat nak ambil gambar depa yang sibuk masak maggi!. Satu group lagi, pelancong asing, lelaki dan perempuan. Teruja nak tengok apa yang hendak dilakukan mereka..


Fuyoo..depa menuruni waterfall dengan tali..huhu..


Berhampiran kawasan kami parked kereta.....


Ehh....sekolahlah. Tabik kat cikgu-cikgu yang mengajar kat Kg. Ulu Geruntum (kampung orang asli) ni. Memang mencabar perjalanan nak ke sekolah cikgu mengajar-))


P/S  Dek kerana puas dapat mandi di Air Terjun Ulu Geruntum, my sis tak jadi ke Lumut. Dia bawa my Bonda, my little niece and my nephew balik Johor. 

Artikel berkaitan:

27 Komen untuk "Air Terjun Ulu Geruntum@Gopeng"

  1. biasanya jalan masuk ke kawasan air terjun mmg mcm tu...jauh dari pembangunan..sbb tu terpelihara keasliannya...

    BalasPadam
  2. Kak Anim..kat area mane ni?saya ni orang perak tapi tak pernah tahu pula ada kawasan cantik sebegitu..yang saya tahu di Ulu Chepor, Ulu Kenas je..rasa macam nak pergi la..subhanallah!!!cantik sgt2!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi...kes belasah je ni nur. p kat gaharu teavalley di gopeng. redah aja sampai kemuncak..haha

      Padam
  3. byk tmpt kat perak.. selalu janji nga tok laki kita nk g jalan.. dok ada gi pun..

    BalasPadam
  4. waaahhhhh...mcm menarik jer tempatnya..sy suke bila tempat2 mcm ni dijaga kebersihannya..tapi mcm menakutkan je tgk air deras tu..dah la tak reti berenang..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. duk berkubang dalam telaga tu pun dah cukup..airnya memang deras..

      Padam
  5. ooohh ada ye kak Air Terjun Ulu Geruntum.. 1st time sy dengar ni kak.. cantik nya tempat ni.. cuma jauh nak masuk dalam tu susah sikit ye... puas hati lah dapat mandi dgn suasana yg belum tercemar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak pun tak tahu. suami kata air terjun kg sg itek..hihi

      Padam
  6. Seronok juga dpt cikgu yg mengajar di sana Anim sebab boleh mandi air terjun selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo..think positive kan. segarkan badan lepas mengajar..sebelum balik rumah, hihi

      Padam
  7. Seronok juga agaknya kalau menetap di situ kan. Cuma yang payah ialah nak cari hidupan laut jer la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..

      p/s saya tak dapat nak drop komen kat blog aziela..tau tau nape takde respon

      Padam
  8. best nyerrrrr mandi air terjun lbh2 lg da start musim panas ni

    BalasPadam
  9. Hehehe...kalau camni saya pergi sampai Gaharu Tea Valley jelah. Mahu pengsan terjerit terpekik kalau bawa superheroes tu. Salute kat cikgu-cikgi yang mengajar di kawasan penempatan orang asli ni. Saya pun belum tentu sanggup :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah MD..saya pun tak sanggup rasanya mengajar di situ:-))

      Padam
  10. cantik nyerr tempat dia... tapi idah nie fobia air terjun... hehehe... ada laa kes dulu2... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu saya pun fobia juga dengan kencing tikus. tapi bila tengok bersih tempatnya..bagi anak2 berkubang

      Padam
  11. makin jauh makin privacy..tak tercemar..

    BalasPadam
  12. saya cuma terfikir satu jer ... ada pacat tak ? dulu pernah pergi air terjun bekok kat labis tu , mmg cantik n semulajadi tapi pacat tu melata kat batu siap dah panjat sampai kat peha ... huhuhuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde pacat, semut je yang ada....anak2 ikan pun boleh nampak main2 kat kaki.

      Padam
  13. Thanks kak share info nih...leh terjah nti bile suami cuti tp tuh la.line tenet xde ye...huhu...tp xkisahla kan dh sbuk mndi mne pikir nk bertenet bagai..jnji pic ado

    BalasPadam
  14. Rasanya air terjun inilah yg okje nampak dpd highway setiap kali gi Tronoh ..masuk ikut mana Nim? ...
    Gaharu Valley tu pernah nampak jugak...rupanya ada tempat mandi kat situ yeh....boleh cuba pegi jugak nanti ni...

    BalasPadam
  15. Anim..nekcik ni dah tua tua ni jadi gayat lah pulak..CH tu nekcik pgi masa muda remaja dulu..tapi kalau ke laut dan pantai tu ok ..suka jer

    BalasPadam
  16. hihi berbaloi baloi terjah masuk jalan kecik tuh lastnyaaa jumpa air terjun..
    lamanya tak mandi waterfall.. :/

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai