Home · About Me · Sitemap ·

Tuan rumah nak berehat


Assalamualaikum wbt...

6 hari keluarga mertua di Ipoh. Penuh aktiviti berjalan; Zoo Taiping, Cameron Highlands dan Pulau Pangkor (balik hari, tak tidur sana). Sempat juga ronda bandar Ipoh (baru depa tau ada pokok Ipoh), ke Masjid Cina di Tasek dan lihat sekolah si Abdul sulung di Gunung Rapat. Alhamdulillah, BIL dan isterinya bercuti seminggu dan membawa Mak dan Pak Mertua ziarah kami di Ipoh. Dah 3 bulan kami tak bersua muka. 



Sejak tetamu tiba, tuan rumah jadi "Wak Dapur". Kat Ipoh ni tak tahu mana nak bawa depa p makan selain restoran tomyam atau restoran mamak.( Ipoh syurga tempat makan bagi kaum Cina). Jalan selamat ialah memasak tambah-tambah bila Encik Suami pun provoke, bukan selalu dapat makan masakan air tangan Mem dia.(tupun untuk sarapan pagi dan makan malam).



Pagi tadi selain menyediakan kuey teow goreng dan cucur udang untuk menu breakfast, Anim juga siapkan bekalan nasi dan 3 lauk simple untuk family mertua yang bertolak balik ke Kota Tinggi. Kesian juga dengar depa cerita, payah nak makan kat Hentian Rehat dek ramainya orang. 

Elok saja tetamu beredar pulang, terus baring kat sofa. Bagitau 3 Abdul, hari ni Mem nak rehat, tak nak buat apa-apa. Arah si adik sidai kain dan si abang cari penyapu. Tiba-tiba, Bapak Abdul bersuara, "Dah, cepat bersiap. Kemas baju untuk semalam. Ikut abah p KL". 

Jam 2.44 petang dah tiba sini. Hotel belum da. Dok call sepanjang perjalanan, penuh semua. Waaa...

P/S Esok balik Ipoh. Lusa balik SP. La ni, Mem nak rehat..nak rehat..

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Tuan rumah nak berehat"

  1. jalan2 sakan ya cikgu sempen acuti sekolah..

    BalasPadam
  2. Kak Anim pejabat Aina depan Menara KL tu lah...:)

    Kata letih jalan jauh lagi...bila masa nak rehat.

    BalasPadam
  3. Cuti sekolah yg penuh dgn aktiviti....

    BalasPadam
  4. waaaa, jalan sakan ni..penat di rumah tak habis dah dibawa jalan hehehe

    BalasPadam
  5. wahh memang cuti sekolah di manfaatkan dengan betul ^_^

    BalasPadam
  6. seronoknya Anim bercuti panjang..lebih seronok bila dikunjungi kaum keluarga..bawa dorang jalan2..kita pun dapat jalan gak kan.. hihi.. jalan sakan Anim ye..

    BalasPadam
  7. betul2 sakit badan tu . mau seminggu tak hilang . berbaloi juga bila dapat gembirakan org lain . sabar yer .

    BalasPadam
  8. Bestkan cuti cuti malaysia Anim, kira cover banyak tu.

    BalasPadam
  9. Salam Anim. dah lama tak jengah sini..

    Sedap nye jenjalan sana sini. I suka gak ke Ipoh. makan je kat area Symphonie Hotel tu.. heee..

    BalasPadam
  10. Seronoknya dapat pergi berjalan-jalan.

    BalasPadam
  11. cuti sekolah terisi dengan aktiviti bersama keluarga..

    BalasPadam
  12. wahhh..jalan2 sakan ye Kak dgn hero2 malaya tu...hehe:0

    BalasPadam
  13. Ini baru betul cuti sekolah...cuti-cuti malaysia! Layan jelah... masa begini bukan selalu, masa rehat boleh dapat selalu...hehe

    BalasPadam
  14. dh penat berjalan sana sini memg kena rehat cukup cukup kalo x letih la bdn kan kak

    BalasPadam
  15. Memang sibuk nampaknya Mem kali ni. Mestilah nak rehatkan badan dan minda (eh minda ok lagi kot dah namanya cuti sekolah) Berjalan pergi balik hari lagilah terasa penatnyakan. Takpa, takpa entri selepas ni semuanya menunjukkan Mem happy aje lepas dapat jalan-jalan keliling KL :)

    BalasPadam
  16. Heheh...penuh makna Mem nak berehat tu walaupun seronokkan Nim hehe....
    Nasib dapat rehat kat KL sambil menikmati bangunan pencakar langit...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai