Home · About Me · Sitemap ·

Tanda orang berakal


Assalamualaikum wbt...

Orang yang berakal, luas pemandangannya kepada sesuatu yang akan menyakiti atau menyenangkan. Dia tahu memilih perkara yang memberi manfaat dan menjauhi sebaliknya. Dia memilih mana yang lebih kekal walaupun sulit jalannya. Dipandang keutamaan akhirat, lebih dari utama dunia. Mereka menimbang biarlah susah menempuh sesuatu perkara yang sukar asal akibatnya baik daripada perkara yang mudah tetapi akibatnya buruk. 

Orang yang berakal selalu menaksir harga dirinya dengan menilik hari-hari yang telah dilalui . Kerana mahal atau murah harga diri manusia, baik waktu hidupnya, apalagi setelah matinya ialah menurut apa yang telah dibuatnya pada setiap hari yang dilaluinya itu. Dia insaf bahawa hari yang telah habis terbelanjakan untuk yang tidak perlu, tidak akan dapat ditebus lagi. Oleh sebab itu dilihatnya tahun berganti, bulan bersilih dan hari berlalu, dihitungnya baik-baik ke manakah dia telah pergi, apakah hasil kerjanya buat kemaslahatan (manfaat) dirinya sekurang-kurangnya atau kemaslahatan kepada masyarakatnya.

Orang yang berakal tidak berdukacita sebab ada cita-citanya di dunia yang tidak sampai atau nikmat yang meninggalkannya. Diterimanya apa yang terjadi atas dirinya dengan tidak berasa kecewa dan tidak putus-putus berusaha. Jika rugi, tidaklah cemas, dan jika beruntung, tidaklah bangga. 

Orang yang berakal tahu membezakan manusia, tiada canggung ke manapun dia bergaul. Manusia dibahagikannya kepada dua. Pertama, orang awam. Perkataannya dijaga, tiap-tiap kalimat yang keluar dari mulutnya dibatasnya. Kerana hanya jauhari mengenal manikam! Kedua ialah orang yang khawas (golongan mukmin yang beramal semata-mata kerana Allah). Di sanalah dia merasai lazat ilmu. Kepada yang lebih dari dia, dia menimba ilmu. Kepada yang sama dengan dia, dia membanding.

Orang yang berakal memandang segala kesalahan itu besar adanya walaupun kecil di mata orang lain. Dia tidak mahu memandang kecil satu kesalahan. "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Tak ubah membiarkan kesalahan diri yang kecil itu dengan hikayat seorang nakhoda kapal yang membiarkan sekeping papan yang dimakan anai-anai termasuk di dalam dinding kapal, padahal dari sebab tercampur papan sekeping itulah yang menyebabkan karam.

Memang dari perkara yang kecil itu jualah biasanya timbul bahaya yang besar. Orang yang mati dibunuh nyamuk setiap tahun lebih banyak dari yang mati dibunuh singa. Penyakit yang berbahaya ialah daripada bakteria kecil, banjir besar datangnya dari kumpulan titisan kecil air hujan.

Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Tetapi kalau penyakit datang juga, walhal ubat telah sedia, dan bajunya kena hujan juga, walhal payung telah di tangan, tidaklah dia kecewa, tetapi dia sabar dan redha dan dicarinya juga usaha untuk mengatasinya.

~Falsafah Hidup oleh HAMKA (1983)~ Wallahua'alam.

P/S Entry ada dalam draf. Dalam bilik tersedia WIfi. Publish saja. Mudah-mudahan musafir di ibu kota diberkati (tak jadi balik hari ni). Stay one night lagi:-

Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "Tanda orang berakal"

  1. Memang berbeza orang berakal dengan tidak berakal. Berfikir dahulu sebelum bertindak.

    BalasPadam
  2. Ada kalanya kakak hilang akal jugalah Anim sebab lupa. Masih mahu berduka walau tahu itu ujian diberikan olehNya. Terutama bila keluarga ditimpa sakit/meninggal dsb. Iman masih tak kuat kakak ni...

    BalasPadam
  3. terima kasih atas ilmu yg dikongsikan kak..bercuti lagi ye kak? kami baru balik dr jhr smlm..

    BalasPadam
  4. semua org diberi akal..bezanya samada mahu mengunakannya atau tidak...

    BalasPadam
  5. salam jumaat.. bagus perkongsian ini kak anim.. orang yang berakal pasti akan berfikir dahulu sebelum bertindak atau berkata-kata.. semoga kita semua menjadi orang yang berakal..

    BalasPadam
  6. Salam Jumaat Kak...
    InsyaAllah sama2 lah gunakan akal sebaik mgkin... sebaik2 kurniaan dr Allah...
    Tq sharing ya:)

    BalasPadam
  7. Inilah kelebihan manusia...punya akal fikiran, anugerah yang tidak ada pada makhluk2 lain. Gunakan akal sebaiknya... jika tidak, jatuhlah martabat kita sebagai manusia.

    BalasPadam
  8. semoga kita tergolong dlm org org yg berakal

    BalasPadam
  9. Jauh sungguh rasanya saya ni dari sifat orang yang berakal. Bila ditimpa musibah, mulalah goyah. Bila kecewa, tak pandai nak menafsir segala apa yang tersirat. Selalu aje alpa apatah lagi bila dilanda duka.

    BalasPadam
  10. Baru betul pemikiran orang yg berakal cenggitukan Nim..... Ini berakal tapi mcm tak berakal hehe

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai