Assalamualaikum wbt..
Semalam, pusing cari hotel sekitar KL, akhirnya terjah satu hotel baru ( agaknyalah, lama dah tak p KL). Lobby hotel ni kat Tingkat 25 (park kereta kat Medan Mara). Berubah muka 2 Abdul bila diberitahu tak de swimming pool. Hmmmm..ikut ajalah. Penat dah. Mem nak rehat..
Sesuai juga tempat si Abdul sulung siapkan kerja sekolah. Tak bersentuh sejak sepupunya datang:-))
Ada Muslimah shopping mall dalam bangunan yang sama. Ni betul-betul tempat paling sesuai untuk terapi minda Mem...huhu.
Satu malam saja kat sini. Bawa 2 Abdul le katakan. Kalau takde aktiviti, tak bestla bagi depa. Dah booked satu tempat di Shah Alam. Tapi lepas check out nak ke Sepang dulu.
2 hari lepas, buka mulut kat Encik Suami, Lama tak jumpa Bonda (jelesle tu.. mak pak dia datang ziarah) . Nak balik Johor berbaki 2 hari cuti. Suntuk masa. Takde rezeki..sedih je. Syukur, Allah aturkan cara lain pula. Rupa-rupanya Bonda bergegas ke KL kerana besannya kritikal di Hospital Selayang dan meninggal dunia 2 hari lalu.
Singgah Sepang jap. Petang ni adik akan hantar Bonda balik Johor. Dapat jumpa Bonda sekejap pun jadilah. (Ayahnda p umrah, balik hujung bulan ni).
P/S Seperti kata BM...sekali sekala penat. Banyak masa untuk merelaxlkan diri. Motivasi tu..hee:-))
budak2.. mandi swiming je diingat. kena buat pool kat rumah.
BalasPadamAlhamdulillah dapat jumpa bonda. Cantik hotel ni, view pun best. Chak kat baby :) pandai abang- abang layan.
BalasPadamwalau badan penat..tapi berbaloi kan Anim, semua dapat.. bab muslimah shopping mall tu yg menariknya =)
BalasPadamKalau dah tidur kat hotel takda swimming pool memang mencukalah muka budak-budak. Makpak budak memang suka lepak2 dalam bilik hotel aje. Penat ler nak lenjan sana-sini. Tidur berdengkur lagi best :)
BalasPadamHehe...... deme jumpa mak teman pun nak jumpa juge ye...hehe
BalasPadamWeyh Nim asyik naik turun hotel je ni....bestnya.... nak itut!