Sejak 9 hari lalu, setiap kali si Abdul sulung menelefon Anim atau abahnya, dia akan menangis mahu balik. Susah hati kita dibuatnya. Pertanyaan yang sering diajukan ialah "bila Ummi boleh tukar Ipoh?".
Sabtu lalu, sewaktu melawatnya di asrama, dia menangis lagi. Sebak juga kita dibuatnya. Datang jauh dari SP, rindu lihat wajah ceria dan gelagatnya yang suka mengusik. Tapi....sepanjang pertemuan itu dia asyik menangis dan menyatakan enggan tinggal di asrama.
Sebenarnya dia suka bersekolah di situ. Tak mahu pindah ke sekolah lain. Kawan sekelasnya dalam 20+ pelajar saja. Mereka semuanya baik, begitu juga rakan dan pelajar senior di asrama. Seronok dia bercerita, 3 bulan pertama ini, dia membaca Al Quran setiap pagi sebelum memulakan kelas.
Masalahnya, dia mahu berulangalik dari rumah, tak mahu duduk asrama. Anim sebenarnya teruja dengan perubahannya bila dia memberitahu dia bangun sendiri dalam 6 pagi tanpa jam loceng, tanpa dikejut. Mereka diwajibkan berjemaah setiap waktu di surau. So, adakala dia jadi tukang azan bila Mualim minta volunteer (Mualim puji suara dia sedap katanya)
Tambah teruja bila dia kata duduk di asrama, dia solat sunat Subuh. Kemudian lepas solat Subuh, baca Al Mathurat pulak (dan pastinya ini satu perkara yang sukar dilakukannya jika tinggal di rumah). Dalam hati, bersyukur pada Allah kerana inilah hikmah pertukaran tidak diluluskan. Kalau boleh kami nak dia terus duduk asrama. Persekitarannya in sha Allah boleh membantu dia menjadi insan yang lebih baik dari semalam.
Sewaktu pertemuan di kantin asrama, tak tahu nak guna ayat memujuk macamana lagi. Kami minta dia bersabar untuk satu tempoh yang tak pasti. Mungkin 6 bulan, mungkin setahun..dan pastinya ianya hanya membuatkan airmatanya lebih laju mengalir. Lucu juga mendengar cadangannya, "Ummi mintalah kerja lain kat Ipoh" (nampak sangat belum matang)
Anim tunjukkan kalendar yang ada. Anim jelaskan cuti am, cuti persekolahan yang bakal ditempuhi. Tempoh 6 bulan itu, in sha Allah tak lama. Tolak cuti raya Cina, tolak cuti sekolah bulan Mac dan Mei... kurang lebih dalam 100 hari saja lagi. Nampaknya dia "termakan" alasan itu. Tangisannya makin reda dan bila kami minta diri untuk pulang, dia sudah tidak menangis lagi.
P/S 3 hari berlalu, setiap kali menelefon Anim atau abahnya, dia hanya bertanya khabar kami dan memberikan "report" perkembangan sekolah dan asramanya. Tiada lagi esak tangis dan pertanyaan "sampai bila kena duduk asrama". Sungguh....Anim rasa lega sangat-sangat. Sejak hari pertama dia tinggal di asrama.....kita ni makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dibuatnya.
Alhamdulillah...semoga segalanya akan bertambah baik.
BalasPadamMacammana le agaknye mandi tak basah...hehe :)
p/s: senyum penawar duka :)
Mandi tak basah tu ialah masuk bilik air nak mandi...tak lama keluar balik, dalam keadaan kering dan bertanya balik..eh, tadi akui kata nak mandi. Rupa2nya kita cuma basuh muka atau belek muka kat cermin aja..heee...
PadamSalam Anim...alahai kesiannya. Kakpb membayangkan anak bujang kakpb tahun depan pula mcm tu. Ayahnya nak suruh duduk asrama supaya dia boleh berdisiplin, boleh berdikari, kurangkan manjanya dll. Bila ckp asrama je, muka dah berubah. Risau pula hati ibu ni...
BalasPadamItu jalan terbaik yg Allah lorongkan kak pb. Tak tahulah berapa lama dia akan bertahan tinggal di asrama tetapi sekurang2nya dia ada pengalaman itu..
Padamanak msk asrama, emak tak boleh lena ;-)
BalasPadamalhamdulillah permulaan yg baik
Tak lena sebab keadaan dia yang tak rela...risau dia memberontak dalam diam
Padamalhamdulillah skarang dah OK kan....
BalasPadambiasalah mula2 bpisahkan.. duk asrama kna buat sndiri..
mudahan mjadi anak y soleh ye..
Dia tak kisah buat sendiri lya..tapi tak tahan rindu dengan Ummi dan abah, katanya. Huhu
PadamAlhamdulillah Anim. moga semuanya dipermudahkan.. lama2 bila dah terbiasa, okla si abang tu..
BalasPadamMudah2an kak nah..harap2 begitulah
PadamAlhamdulillah, selesai satu dugaan lagi. Sebenarnya kalau anak masuk asrama, emak yang tak OK. Saya cuba membayangkan keadaan ini. Rasanya lagi teruk nak memujuk hati sendiri berbanding dengan tangisan anak.
BalasPadamInilan solusi pada masalah saya mummy. Syukurlah kerana jika saya tinggal satu negeri, lagi payah masalab saya nak dislessaikan
Padamhati ibu bapa mmg macam tu kak.. saya ni pun rasa.. anak sekecil 7 tahun diasuh pakai baju sendiri dan uruskan diri sendiri..sedih rasa bila terpaksa bekerja dan anak sudah seperti anak yatim.. tp itu semua ada hikmah yang kita tak nampak.. semoga kita berjaya tempuhi dugaan ini ye kak.. in Shaa Allah Abdul sulung akan ok.. doa ibu tu mmg mujarab...
BalasPadamSoal berdikari tu kak tak gusaf sangat. Kak sendiri ada pengalaman itu dan berterima kasih pada masa lalu kak yg buat kak jadi seperti sekarang. Yang penting, niat kita sebagai ibu bapa kan ita..
PadamKakak ni ciwek Anim. Pengalaman kakak masa anak baru masuk asrama tiap kali makan malam mesti airmata kakak luruh, sampai kena marah abang. Tapi kalau makan kat office tak sebab biasa makan malam sama kan... Sebulan lebih kakak tak selera makan malam macam Anim kata itulah. Tiap minggu juga kakak jenguk anak di asrama. Tapi masuk 3-4 bulan baru lega.
BalasPadamMoga anakanda abdul diberi kekuatan. Betul duduk asrama yg bagusnya itulah disiplin teratur apa lagi anak kita sekolah aliran agama. Moga anak-anak kita diberi kekuatan..
nasib baik akak takde pengalaman mcm tu...anak sulung 'keluar' rumah lps PMR...bermula dgn asrama penuh..matrik...
BalasPadammasa mula 2 dia dok asrama..2,3 kali sebulan kami 'melawatnya'...mak ayha pulak yg lebih2 rindukan anak..nasib baik kulim-taiping tk jauh hehe
InsyaAllah makin lama makin OK lah abg abdul ye.. mgkin dah terasa keseronokan sekolah di sana.. moga segala urusan persekolahan abg abdul dipermudahkan... jadi anak kebanggaan keluarga..amin! :)
BalasPadamInsyaallah kak semuanya akan normal selepas ini. Biasalah ambil masa nak sesuaikan diri dengan keadaan. Selama ini duduk dengan keluarga mak ada ayah ada adik pon ada tiba2 terpaksa duduk dlam suasana lain mesti ambik masa juga.
BalasPadamalhamdulillah dia sudah boleh menyesuaikan diri di sana.. pengisian ketika berada di asrama juga tentunya akan membuatkan dia lebih berdisiplin..
BalasPadamSalam Anim..anak akak Hani beria iya naksambung belajar kat oversea lah, dan duduk jauh jauh dari rumah..kata nya nak belajar berdikari...tup2 dapat belajar kat Johor...2 minggu dia menangis nak balik ..nak belajar kat shah aalam saja laa....pening kami tau..so pakat pakat ambik dia balik kejap..cukup seminggu hantar dia balik ke Johor..alhamdulillah.lah..dia dah ok..tapi dia buat Johor dan Klang ni macam duduk kat Shah Alam gak..setiap 2 minggu dia pasti balik Klang naik bas ekspress...kata abah dia..biar je lah..hahhaa...Akak rasa anak anim tu homesick...kesian dia....tak lama lagi cuti raya cina..bila dia balik cuti krjap namti dia ok lah tu...InsyaAllah
BalasPadamBaru-baru macam tu sikit. Insyallah nanti dah lama ok harapnya.
BalasPadamteringat saya meraung dlam kereta waktu tinggalkan si angah di MRSM dua tahun lalu...meraung bersungguh sungguh tanpa rasa malu kat anak anak yang lain..anak yang di tinggalkan mmg rilek jer lmbai kat kami sambil kereta bergerak perlahan...sekarang ni benda ni jdi cerita lucu bila anak anak megusik si ibu..hehe
BalasPadamkak ANIM.teringat sy sewaktu duduk asram dulu..sedihnya bila berjauhan dgn keluarga...nangis bila balik asrama..tapi yg bagusnya duduk asrama ni boleh belajar berdikari..belajar menguruskan didi sendiri...
BalasPadaminsyaallah time will heal..sering buatkan solat hajat agar hati nya tetap dan suka tinggal di asrama tu..insyaallah
BalasPadamKak Anim, saya berdoa agar KPM meneliti "kesulitan" ini supaya permohonan Kak Anim diluluskan selepas ni.
BalasPadamAnim petua org tua tua ....sambil baca bismilah dan selawat taburkan tanah rumah tu kat asrama/sekolah dia biar dia tak rindu rumah dan tak mintak balik cubalah!..Manalah best duk hostelkan!.
BalasPadam