Assalamualaikum wbt...
Suka sangat renung makna Surah Al Insyirah ini bila hadapi kesulitan. Pagi tadi di radio IKIM, terdengar kata-kata tetamu di konti ( tak tau siapa) "Kalau kita membesarkan Allah, semua masalah akan jadi kecil'
Pagi tadi ikut Encik Suami ke CIMB Bank, Ipoh. (Opps..jam 12 malam Jumaat kami tiba Ipoh).
Cadangnya, lepas urusan di bank selesai, nak cari pejabat Amway di Ipoh. Steam iron Philips ni tak berfungsi. Lampu "Clean Clac" asyik menyala. Dah tonton Cd yang diberi, ikut step yang ditunjuk tapi masih menyala dan tak keluar wap. SIL kata kami boleh hantar kat mana-mana branch Amway. Tunjukkan kad warranty saja.
Ntah camna, tergerak nak buka akaun CIMB Islamic. Waktu berurusan, diberitahu nama di mikrochip Mykad takde "binti". Hanya nama saja. Tu ke? Anim baru ganti Mykad ni kat UTC Perak. Kat luar Mykad lengkap, tak tau lak butiran dalam chip. Di JPJ SP semalam , keluarkan juga Mykad tapi tak guna "scanning machine".
Permohonan buka akaun baru diterima tapi kakitangan bank berkenaan ingatkan Anim supaya p Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat pembetulan.
Petang tadi juga ke UTC Perak. Staff JPN jelaskan, bukan chip Mykad Anim saja yang cuma ada nama tanpa binti. Dia pun sama. Katanya lagi butiran yang ada dalam chip diambil dari surat beranak. Kat surat beranak zaman kita, kat bahagian nama kan hanya tertulis nama , tak ada binti, tak ada nama bapa. So, sepatutnya tak ada masalah berurusan dengan mana-mana pihak katanya. Tambahnya, kalau ada masalah, suruh depa telefon JPN ( sesenang ini ke?) atau bawa je surat beranak bersama (????).
P/S Geran kereta pun ada cerita masa nak renew insuran. Nanti buat entry untuk berkongsi cerita...huhu..
Uiii byk kerenah yer ye
BalasPadamIM suka selesaikan satu satu. serabut nanti kalau harong sekali semua!
BalasPadamMacam ni tak nak tukar mykad barulah... boleh ke. Makin canggih ke makin xcanggih ni. Kalau macam tu mudah le orang Islam nak tukar agama.
BalasPadamKalau tak nak tukar nanti kena denda pula.
PadamAssalamualaikum... sya suke blog ni... kemas & penuh pengisian.. tqvm
BalasPadamJgn lupa singgah blog sy juga... Ingin ketahui mengenai produk shaklee..
sms / whtspp 0182572928 (amy)
tak pasal2 saya pi cek ic saya . nasib baik ada . saya dah renew sbb tukar alamat tempat tinggal .
BalasPadamAnim, UTC tu semua perkhidmatan ada kan? Sabar dugaan tu.
BalasPadambaca cerita kak anim ni... teringat pula my kad munna pun dah rosak cip dia... kena buat yg baru cepat ni
BalasPadamoo ye ke..baru tahu takde binti lam chip mykad..takde masalah pon selama ni..huhu..
BalasPadammacam tu la pulak sekarang yer.. mak baru buat jer.. tapi belum ler scan kt mana2 lagi..
BalasPadamsbb perkara yg kecil aje boleh membuatkan kita menghadapi masalah besar pd kemudian hari,,,sabar ye.
BalasPadamKalau kat sabah ni lagi teruk kak..susah klu ada kesilapan sikit pd surat lahir atau pun KP.. tu yg kena lebih alert..pening nak berurusan..huhu
BalasPadamkalo urusan berkaitan pendaftran nih sy failed sbb byk sgt prosedurnya..hehehe
BalasPadamRasa lain pulak bila Anim guna ganti nama kita dlm entri ni....
BalasPadamBoleh gitu pulak yek Nim...emmmm...
Yang ini saya pun pernah ada masalah. Masa register nama anak sulung, Selepas nama anak dan 'bin'. JPN nak letak nama Hubbydearie sampai ke nama datuknya kerana ikut passport antarabangsa. Hubbydearie tak mahu kerana dalam bahasanya, nama yang di dalam passport membawa maksud nama Hubbydearie anak kepada (nama bapa) dan surname ikut datuknya. Maka JPN kata, option lain letak nama anak sahaja tak perlu bubuh 'bin'. Bila nak masuk Tahun 1, sekolah suruh buat cabutan kedua untuk surat beranak Abang bagi mengesahkan yang Abang adalah warganegara (walaupun dengan jelas terpampang perkataan 'warganegara' dalam surat beranak pertama) Saya pun pergi ke JPN. Kali ni ditanya nak letak 'bin' dan nama bapa atau tidak. Kalau tidak, susah lagi bila buat pendaftaran sekolah. Lagipun kalau takda 'bin' dan nama bapa tu, macam lain macam katanya. Saya menolak dan beri alasan. Tiba-tiba pegawai JPN beritahu takkanlah mereka nak letak nama bapa+datuk+moyang kat nama anak saya. Of course mereka tahu nak buat apa. Pelik saya kenapa dulu lain sekarang lain pulak katanya ...
BalasPadamyg malangnya UTC belum ada kat Sabah kak..haha
BalasPadamapa2 urusan berkaitan surat lahir @ KP kami kenalah ke JPN yg terdekat..huhu
aiza tak buat lagi mycard baru tu kak anim.. susah juga kalau tak diselaraskan di semua agensi..
BalasPadam