Home · About Me · Sitemap ·

Lepas geran, Mykad pulak


Assalamualaikum wbt...

Suka sangat renung makna Surah Al Insyirah ini bila hadapi kesulitan. Pagi tadi di radio IKIM, terdengar kata-kata tetamu di konti ( tak tau siapa)  "Kalau kita membesarkan Allah, semua masalah akan jadi kecil'

Pagi tadi ikut Encik Suami ke CIMB Bank, Ipoh. (Opps..jam 12 malam Jumaat kami tiba Ipoh). 

Cadangnya, lepas urusan di bank selesai, nak cari pejabat Amway di Ipoh. Steam iron Philips ni tak berfungsi. Lampu "Clean Clac" asyik menyala. Dah tonton Cd yang diberi, ikut step yang ditunjuk tapi masih menyala dan tak keluar wap. SIL kata kami boleh hantar kat mana-mana branch Amway. Tunjukkan kad warranty saja.

Ntah camna, tergerak nak buka akaun CIMB Islamic. Waktu berurusan, diberitahu nama di mikrochip Mykad takde "binti". Hanya nama saja. Tu ke? Anim baru ganti Mykad ni kat UTC Perak. Kat luar Mykad lengkap, tak tau lak butiran dalam chip. Di JPJ SP semalam , keluarkan juga Mykad tapi tak guna "scanning machine". 

Permohonan buka akaun baru diterima tapi kakitangan bank berkenaan ingatkan Anim supaya p Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat pembetulan.

Petang tadi juga ke UTC Perak. Staff JPN jelaskan, bukan chip Mykad Anim saja yang cuma ada nama tanpa binti. Dia pun sama. Katanya lagi butiran yang ada dalam chip diambil dari surat beranak. Kat surat beranak zaman kita, kat bahagian nama kan hanya tertulis nama , tak ada binti, tak ada nama bapa. So, sepatutnya tak ada masalah berurusan dengan mana-mana pihak katanya. Tambahnya, kalau ada masalah, suruh depa telefon JPN ( sesenang ini ke?) atau bawa je surat beranak bersama (????).

Satu lagi alternatif...buat permohonan cabutan surat beranak untuk letak binti/nama bapa dalam mikrochip Mykad. Bawa sekali surat beranak bersama. Anim ingat nak submit borang ini kalau balik Ipoh minggu depan, in sha Allah.  Anim suka berurusan di UTC Perak. Cepat nombor dipanggil.

P/S Geran kereta pun ada cerita masa nak renew insuran. Nanti buat entry untuk berkongsi cerita...huhu..

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "Lepas geran, Mykad pulak"

  1. IM suka selesaikan satu satu. serabut nanti kalau harong sekali semua!

    BalasPadam
  2. Macam ni tak nak tukar mykad barulah... boleh ke. Makin canggih ke makin xcanggih ni. Kalau macam tu mudah le orang Islam nak tukar agama.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... sya suke blog ni... kemas & penuh pengisian.. tqvm
    Jgn lupa singgah blog sy juga... Ingin ketahui mengenai produk shaklee..
    sms / whtspp 0182572928 (amy)

    BalasPadam
  4. tak pasal2 saya pi cek ic saya . nasib baik ada . saya dah renew sbb tukar alamat tempat tinggal .

    BalasPadam
  5. Anim, UTC tu semua perkhidmatan ada kan? Sabar dugaan tu.

    BalasPadam
  6. baca cerita kak anim ni... teringat pula my kad munna pun dah rosak cip dia... kena buat yg baru cepat ni

    BalasPadam
  7. oo ye ke..baru tahu takde binti lam chip mykad..takde masalah pon selama ni..huhu..

    BalasPadam
  8. macam tu la pulak sekarang yer.. mak baru buat jer.. tapi belum ler scan kt mana2 lagi..

    BalasPadam
  9. sbb perkara yg kecil aje boleh membuatkan kita menghadapi masalah besar pd kemudian hari,,,sabar ye.

    BalasPadam
  10. Kalau kat sabah ni lagi teruk kak..susah klu ada kesilapan sikit pd surat lahir atau pun KP.. tu yg kena lebih alert..pening nak berurusan..huhu

    BalasPadam
  11. kalo urusan berkaitan pendaftran nih sy failed sbb byk sgt prosedurnya..hehehe

    BalasPadam
  12. Rasa lain pulak bila Anim guna ganti nama kita dlm entri ni....
    Boleh gitu pulak yek Nim...emmmm...

    BalasPadam
  13. Yang ini saya pun pernah ada masalah. Masa register nama anak sulung, Selepas nama anak dan 'bin'. JPN nak letak nama Hubbydearie sampai ke nama datuknya kerana ikut passport antarabangsa. Hubbydearie tak mahu kerana dalam bahasanya, nama yang di dalam passport membawa maksud nama Hubbydearie anak kepada (nama bapa) dan surname ikut datuknya. Maka JPN kata, option lain letak nama anak sahaja tak perlu bubuh 'bin'. Bila nak masuk Tahun 1, sekolah suruh buat cabutan kedua untuk surat beranak Abang bagi mengesahkan yang Abang adalah warganegara (walaupun dengan jelas terpampang perkataan 'warganegara' dalam surat beranak pertama) Saya pun pergi ke JPN. Kali ni ditanya nak letak 'bin' dan nama bapa atau tidak. Kalau tidak, susah lagi bila buat pendaftaran sekolah. Lagipun kalau takda 'bin' dan nama bapa tu, macam lain macam katanya. Saya menolak dan beri alasan. Tiba-tiba pegawai JPN beritahu takkanlah mereka nak letak nama bapa+datuk+moyang kat nama anak saya. Of course mereka tahu nak buat apa. Pelik saya kenapa dulu lain sekarang lain pulak katanya ...

    BalasPadam
  14. yg malangnya UTC belum ada kat Sabah kak..haha
    apa2 urusan berkaitan surat lahir @ KP kami kenalah ke JPN yg terdekat..huhu

    BalasPadam
  15. aiza tak buat lagi mycard baru tu kak anim.. susah juga kalau tak diselaraskan di semua agensi..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai