Assalamualaikum wbt..
Tak pernah tau pun wanita bernama Emine Erdogan ini sehinggalah duduk menonton Buletin TV3 malam tadi.
Isteri Perdana Menteri Turki yang cantik bertudung ini diberitakan melawat Permata Pintar di Bangi.
Apa yang buat Anim terkedu ialah bila menonton gelagatnya bersama anak-anak kecil yang menyambutnya di sana.
Bukan saja mencium dan memeluk anak-anak tersebut tapi yang buat Anim terpana ialah secara spontan dia mencium kembali tangan anak-anak yang bersalam dengannya.
.
Tak pernah terdetik dihati nak lakukan perkara yang dilakukan Emine Erdogan sebelum ini. Setakat memeluk dan mencium biasa dilakukan. Tapi yang satu tu tak pernah dan tak terfikir nak dibuat.
Tampak gembira anak-anak itu diperlakukan Emine Erdogan sedemikian. Bukankah seronok menggembirakan kanak-kanak kecil?
Mungkinkah rasa ego yang tinggi, rasa diri perlu dihormati yang menyebabkan diri ini tak terfikir nak berbuat demikian kepada anak-anak kecil ( walhal dunia Anim dikelilingi kanak-kanak). Sungguh, Anim belajar sesuatu dari Emine Erdogan malam tadi.
P/S Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda,"Sesungguhnya kamu semua tidak dapat bergaul dengan para manusia itu hanya dengan harta kamu saja, maka bergaullah dengan mereka itu dengan wajah yang berseri-seri serta budi pekerti yang baik." Hadith diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya'la dan ath-Thabrani (ringkasan Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali).
Ya Allah tersentuh hati dengan gelagat beliau.hopefull sy akan ikut jejak beliau jugak..
BalasPadamkak pun baru google cari cerita dia...tersentuh llihat gambar2 dia di somalia
PadamMemang dua personaliti ni di kagumi kak.. Suaminya bukan calang2 pemimpin, bila bersuara nampak ketegasan beliau.. isteri plak, ya Allah! sifatnya penuh kelembutan kan... perlakuan nya pada anak2 mmg menyentuh hati...
BalasPadamiyalah atie...cara dia bersahaja..fitrah, semulajadi. bukan dibuat2 kerana ada kamera
Padamsikap beliau patut dicontohi oleh kita semua.. hebatnya beliau.. :D
BalasPadamluhur budi pekerti...itu gambaran terbaik
PadamYa Allah...terharu bunda membacanya...ketepikan ego...kita hanya lah manusia biasa disisiNya...
BalasPadambetullah bunda..anak2 itu penghuni syurga
PadamSeronok dapat beliau yang macam tu, Sangat penyayang
BalasPadamcontoh isteri pemimpin
Padambukan itu saja, bila dalam satu perbarisan hormat, beliau duduk di barisan belakang; bukan di sisi Endorgan sepertimana yang biasa kita lihat isteri pemimpin kita....
BalasPadamtu ke...dia tak menonjolkan diri sebagai first lady di negaranya lah kan?
PadamBagusnya pekerti First Lady ni. Saya pun tak pernah terfikir nak mencium tangan anak-anak kecil bila mereka mencium tangan kita. Thanks ANIM kerana berkongsi cerita ini.
BalasPadamtule..luhur pekertinya kan?
PadamSaya juga lihat siaran di TV 3 tapi tak perasan pula dia cium tangan kanak-kanak tu balik. Bila Kak Anim bagi tau, oh...betapa beliau seorang yang penyayang.
BalasPadamOrang perempuan lebih teliti memandang sesuatu kan, helmi? Heee
PadamYelah Anim...Okje pun belakar dari Anim ni...
BalasPadamHihi...
Padamcontoh teladan yang boleh diikuti dan sebagai orang dewasa juga saya rasa perlukan amal juga belajar minta maaf dari anak2 supaya anak2 kecik ini sentiasa menjadi ingatan pada mereka dalam soal minta maaf dan memafkan orang lain..
BalasPadamOrang yang manis adalah baik akhlas dan tingkah lakunya.cahayacinta suka tenhok bertudung ayu gitu
BalasPadamAssalamualaikum Anim... terpanggil pulak nak beri komen... hehe... kat sini ramai ibu-ibu yg suka cium tangan anak kecik. Selalu lalui dgn Haniis... rasanya kita ni tak biasa sebab kata orang tua-tua, tak elok cium tangan anak-anak kita. Nanti naik lemak... hehehe...
BalasPadam