Assalamualaikum wbt..
2 Abdul paling teruja bila dapat tahu Qaisara Irdina akan singgah bermalam di rumah kami Jumaat lalu. Lama dah rumah kat SP tidak dikunjungi tetamu jauh, kata depa.
2 Abdul paling teruja bila dapat tahu Qaisara Irdina akan singgah bermalam di rumah kami Jumaat lalu. Lama dah rumah kat SP tidak dikunjungi tetamu jauh, kata depa.
Qaisara Irdina, 8 bulan , anak saudara paling muda dalam family Anim. Seronok buat main kata 2 Abdul. Dari Bangi ke Penang bersama mama dan ayahnya ( adik Anim). Untunglah Mama Qaisara, ayah Qaisara bawa jalan-jalan sambut birthday Mama yang ke 25 :-))
SIL nak ke Tanjung Dawai, cari ikan bilis, ikan masin dan pelbagai hasil laut. (Orang fobia dengar nama Tanjung Dawai dek kes mati keracunan makanan kenduri. Itu kes ayam, maaa). Mula-mula, Anim dan 2 Abdul nak bawa depa saja ke sana. Bila Encik Suami beritahu, dia sudah on the way pulang ke SP, kami tunggu dialah. Boleh dinner sama..
4 1/2 tahun duk Utara, setiap kali ke Bangunan Arked Mara di Tanjung Dawai, Gerai Kak Ta (No.18) yang dituju. Anim suka berurusan dengan Kak Ta sebab pada Anim , dia jujur pada pelanggan. Kalau belacan tu dah lama, dia beritahu. Kalau kita minta ikan masin baru, dia keluarkan dari kotak. Dahlah tu, suka bagi macam-macam pulak kat pelanggan. Keropok, asam, ikan masin..heee, promo pulak kat sini.
Tido pulak Qaisara..kalau tak, mesti terpusing-pusing kepala memandang atas bawah, kiri kanan..
Kalau ke Tanjung Dawai..tak sah tak singgah Restoran Mak Njang tepi pencawang. Marvellous... Happy 25th Birthday Shila...kira makan malam merangkap celebrate birthday. Sorrylah, kek je tak de. Lambat sangat habaq..
Abang 2 Abdul ingat saya ni sama spesis ke..Saya ni gegurl lah..Mana main robot!!
P/S Adik-adik ipar masih muda. Setiap tahun dapat anak saudara baru :-))
Tahniah dapat anak saudara lagi Kak Anim...raya tahun depan bertambah sampul duit raya.
BalasPadamBertahun2 dah tak pernah pi Tanjung Dawai sebab mak kalau nak beli ikan bilis dia suka pi ke Padang Besar, beli belacan dan ikan kering pi Kuala Sungai baru sahaja.
comelnya qaisara irdina, teringat saya masa cik bieh kecik dulu....sama mcm irdina tu..tak berambut. hehe
BalasPadamtahniah..bertambah besar lah ahli keluarga ye k.Anim
BalasPadambulat nyer mata qaisara! lagi ramai lagi meriah kn kak!
BalasPadamcian dia kena bawa men robot...hehe
BalasPadamTahniah kak ANIM..bertambah satu lagi anak saudara..:)
Minggu lepas saya mendapat cucu baru, anak kepda kakak yg sulung mendapat anak ke3...itu merupakan cucu yang ke 19 buat saya...huhu Dah tua rupanyeee.
BalasPadamSedap namanya,..seronoknya, betul...tengah syok di buat main nih! hehe
wow.....sedap tu....belacan tanjung dawai lama tak makan .....buat kuah laksa lagi best.....
BalasPadamtahniah dapat anak saudara lagi kak.. wah.. dah 23 orang tu.. comel la qaisara irdina tu kak..
BalasPadamkuss semangat..ramai ank buah Anim ye..alhamdulilah
BalasPadamtomey tomey Qaisara
Anim punya anak buah lebih kurang kakak jumlahnya. Kalau sebelah abang tak ramailah Anim tapi sebelah kakak ok lagi.. Suka bila ada adik-beradik dtg rumah kita kan. Cerita mesti sampai tengahmalam tak habis..
BalasPadamSyukur dikurniakan lagi anak buah baru.
Hepy Bezday utk adik anim tu....alahai muda lagi yeh....
BalasPadamAnim seronok tengok awak adik beradik shopping ikan bilis dan belacan bagai kat gerai tu ha.... eiiii geramnya kita!!!.
Tahniah dapat anak sedara baru!
mmg seronok bermain dgn anak2 kecil ni kan !
BalasPadambestnye dapat baby baru.. bau baby tu yang wangi.. tenang.. kan akk anim.. 2 abdul seronok layan baby.. :)
BalasPadamRamainya. Saya baru ada 7 orang anak menakan.
BalasPadamAnim best kan ada keluarga besar..mesti meriah satu rumah bila semua berkumpul..knah cuma ada 8 orang ada sedara yang dah besar panjang..xboleh nak buat main dah..sebelah cik man pun hanya ada 7 anak sedara..semua juga dah besar panjang..hehe.. =)
BalasPadam