Home · About Me · Sitemap ·

Bukan papa dah...tapi kedana!


Assalamualaikum wbt..

Orang kata, kalau 7 kali pindah rumah, boleh jatuh papa . Sejak berumahtangga , nak masuk 10 kali (tak termasuk tinggal sebulan lebih di asrama dalam entry sebelum ini) ..bukan setakat papa, dah kedana gamaknya. Tergerak pulak nak keluarkan gambar kenangan yang masih ada dalam album. Maklum...zaman kamera Kodak filem..huhu

Rumah sewa ke2 di Taman Alam Megah (1992).  Takde gambar rumah sewa pertama kami di Taman Ampang Hilir.

Next, pindah rumah sendiri yang dibeli di Klang, Selangor (1993). Siapa gaknya makwe dalam gambar tu? Kurusnya dia, hahaha...

Rumah ke4 di Fulda, Germany. Serumah dengan Oma dan Oba . Dia duduk tingkat bawah. Kami duduk tingkat atas (2000)

Balik Germany, Encik Suami transferred Kulim. Rumah sewa ke5 kami di Lunas, Kulim, Kedah (2001)

2002, Encik Suami transfer Batu Pahat. Rumah ke6 ialah rumah sewa kampung di Peserai. Bermacam jenis haiwan dipelihara. Ayam, itik, angsa, arnah, burung puyuh. See, semua tu adik beradik Anim tau. Depa ni kalau mai rumah, bukan satu kereta tapi berkereta-kereta.. Tu sebab kena cari rumah yang luas sikit...

2005,Anim beli rumah  (pindah kali ke7) di Tongkang Pechah. Suka duduk sini...tu haaa...depan rumah ada musolla. Tetamu lelaki kalau mai, solat jemaah di musolla saja. Kita ingat, dapatlah berlama-lama di negeri sendiri. Rupa-rupanya...depa tak bagi chance. Rumah ini tidak disewakan kerana setiap kali balik Johor, lepas p rumah MIL di Kota Tinggi dan rumah Bonda di Kluang, kami akan berlepak-lepak di Batu Pahat.

2008, Encik Suami ke HQ, KL pulak. Pindah lagi kali ke8. Kali ni balik semula ke rumah kami di Klang (ditakdirkan si penyewa baru keluar). Sangkakan, dapat merasa duduk rumah baru. Tak sempat rupanya. Setahun di KL, kami ikut Encik Suami berpindah pula ke SP.

Rumah SemiD bertanah dusun yang didiami hampir 4 1/2 tahun di SP ini bakal meninggalkan banyak kenangan kami ber4. Tunggu sajalah cerita Anim di rumah yang ke10 pulak nanti, insyaAllah.

P/S  Selagi Encik Suami belum pencen...kena ikut perintah berpindahlah jawabnya. Sib baik kahwin dengan cikgu. Kat mana-mana ada sekolah. Senanglah "mengejar" walau ke mana dia pergi, huhu... 

Artikel berkaitan:

20 Komen untuk "Bukan papa dah...tapi kedana!"

  1. Wah, dah banyak kali pindah dah kak Anim. Setakat ni Lia baru sekali pindah. tu pun dah rasa penat. Kak anim mesti dah cekap packing barang. ehe.......

    BalasPadam
  2. akak nak pindah ke mana pulak tu?

    BalasPadam
  3. Anim.banyak kali pindah mesti bertambah-tambah sahabat handai..best..semua tempat pergi, ada rumah kawan yang boleh singgah n banyak kenangan indah2..=)

    BalasPadam
  4. Nampaknya kita lebih kurang la Anim. Makchaq pun kalau ikut Pakchaq pindah ke Jitra hari ru dah 10 kali pindah la jugak... tapi sebab dah tak larat nak ikut, kami stay di sini.....jadi setakat ni baru 9 x la..

    BalasPadam
  5. Seronok kakAnim...banyak pengalaman pahitmanis merantau...saya pun nak macamtu...ehehehe...setakat ni bru perak ja

    BalasPadam
  6. org dulu2 kata camtu sbb bila byk sgt pindah randah ni , duit byk rugi dan x dpt kumpul harta ... perjalanan hidup dah rezeki tu allah yg tentukan . tak yah nak caya perkara2 camtu ...

    BalasPadam
  7. dah 10 rumah kali kak pindah ya.. urusan kerja macam tu la kan.. dari utara ke selatan kak dah merasa duduk..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    kakak...
    jauh perjalanan luas pengalaman... hehehe (eh betul ke peribahasa saya ne?)

    BalasPadam
  9. ok lah tu..Anim.....merasa juga hidup di rantau orang.....

    BalasPadam
  10. Sebab dah tahu akan berpindah selalu itulah dia cari isteri yg bertugas sebagai cikgu senang mana-mana pun ada sekolah Anim.. Peserai tu kat mana ye Anim..

    BalasPadam
  11. Begitu banyak sekali pengalaman akak...pusing satu Malaysialah lepas ni...hehe
    Rasa seronok pula... Tak pe, akhirnya nanti menetap juga di satu lokasi tetap, tapi dimana... Wallahualam, Hanya Allah yg mengetahuinya...

    BalasPadam
  12. Asalam Anim..slau orang travel keliling donia..ni Anim dudok merata donia ye..takpe..seronok setiap tempat itu ada pengajarannya...macam ni tak papa..sebab bila pindah tu bertambah rejeki tu!! insyaallah..laepas ni mana ye...pantai timor lah pulak kot....ntah ntah obersee tak!!!

    BalasPadam
  13. Jauh perjalanan luas pemandangan banayk pengetahuan... Banyak kali pindah tetunya ramai kenalan ye Kak Anim. Kalau pindah dekat2 Kajang boleh la bila2 kita jumpa.

    BalasPadam
  14. Amboi kak..bnyk kali yer pindah....saya yg 3 -4 kali pindah ni pun rasanya tak mau dah pindah2...tak larat. Mesti ramai kenalan sebab selalu berpindah ni. Tertanya jugak suami akak keje apa sebab bnyk kali benor pindah. hahahaha

    BalasPadam
  15. Hehe...Anim ni tinggi ke orangnya? Mesti jenuh bukak album lama nikan hehe... Best ke duk oversea?

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum cikgu...

    dah nak habis tahun...tahun depan ke sekolah baru yer?

    BalasPadam
  17. Sori la sebab bila baca Tongkah Pecah tu, IM tetiba ketawa. Bukan apa, teringat mak yang selalu marah IM bila dia balik kerja tengok rumah masih berselerak. Mak nanti kata... ape kamu buat. bior ghumah ni dah nak macam tongkang pecah....

    BalasPadam
  18. wah kak ANIM banyak kali pindah rumah..mesti macam-macam pengalaman akak kan..bestnya kak..
    psst cantik pic kak ANIM yg ke dua tu..:)

    BalasPadam
  19. seronok berpindah ni kan tukar2 angin sambil tambah kenalan & rakan !

    BalasPadam
  20. kak anim.. banyak pengalaman.. pergi merate tempat.. fifi yang tengok ni pon jeles.. boleh jumpe ramai orang.. belajar budaye tempat orang.. cube la ke sabah atau sarawak pulak.. lagi banyak bende baru kite akan tahukan.. hihi..selambe suruh orang pindah memane.. tapi.. bile bace pengalaman akak.. saye pulak terase kedane sebab akak da ke sana sini.. banyak pengalaman..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai