Home · About Me · Sitemap ·

Beza Iftar Kita dengan Iftar di Masjidil Haram


Selesai beli kerepek di Pt Lapis Laman, singgah rumah kak Mur .  Sebaik kami tiba, suami dan 2 bujangnya mulakan operasi di belakang rumah. Si Abdul sulung yang mengikut turut menyaksikan proses menyembelih hinggalah menyiat bulu arnab itu. Arnab ni cepat mati, tak macam ayam. Macam kambing juga, main siat saja. Bersih perutnya..tak nampak kotoran macam ayam. Almaklum...makan rumput dan sayur saja.

Dah jadi juadah berbuka puasa kami malam tadi. Rendang arnab yang dimakan bersama nasi impit (sorrylah..takde gambar). Sedap, kalah ayam. Malangnya...Si Abdul sulung geleng kepala...
"Tak mahu makan. Kasihanlah nak makan dia"..Aduhai...dah tengok proses A-Z, tak lalu makan dah...

Cerita fasal juadah berbuka puasa di kampung...penuh meja sampai tak tau nak jamah mana. Menjelang Ramadan, bermulalah budaya "munjung" di Johor terutama masyarakat orang Jawa (selalunya juadah lengkap raya..ada ketupat@nasi impit bersama lauk pauk seperti lodeh, sambal goreng, ayam, daging). 2 Abdul pun makan lebih dari kadar biasa di SP, sampai tuang solat terawih di surau kerana sudah kekenyangan. Kita pun, lepas solat Maghrib, mengaji 2,3 muka surat pun asyik menguap. Solat terawih di rumah pun tinggal 8 rakaat (surah pendek, setengah jam dah siap). Aduhai...

Kiriman gambar Encik Suami tentang Iftar di Masjidil Haram. Beza kan? Patutlah depa boleh berdiri solat terawih 2 jam lamanya. Makanan yang masuk, beberapa biji kurma dan air zamzam.Lepas solat terawih baru cari nasi.

Tak balik hotel. Pi restoran Felda (dah buka balik selepas ditutup sementara) dek teringin nak pekena teh o ais dan kuih muih Malaysia. Nasi kambing tu pun share ber3 katanya. Pendekata dijamu dengan berbagai jenis kurma dan minuman yang diberikan di Masjidil Haram, boleh duduk sampai habis terawih.

Ada juga yang bersedeqah di luar Masjidil Haram. Pek makanan berisi Nasi Mandy. Aduhai...seronoknya melihat. Tiba-tiba terasa ingin pula berada di sini juga pada musim Ramadan...

P/S  Berbuka puasa sepatutnya ialah kita makan hidangan yang menggantikan hidangan makan tengahari kita seperti biasa bukannya MENGHIMPUNKAN hidangan makan tengahari kita bersama makan malam.

Artikel berkaitan:

28 Komen untuk "Beza Iftar Kita dengan Iftar di Masjidil Haram"

  1. ms iftar kt masjidil haram dulu, kami dpt roti yg diagih2 oleh org2 kaya. lps maghrib blk hotel mkn nasi. time terawih x mengantuk. ajaib! tp kt sini, br 1st rakaat nk skt rahang krn menguap

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestnya anies..
      ada pengalaman berpuasa di Mekah...
      kak teringin sekali

      Padam
  2. bagusnya kak.. rindunya nak bertarawih di masjid.. sejak ada anak kecil di rumah pun susah...sedih.. ramadhan dah nak sampai penghujungnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada alasan, anak kecil tu. biar buat sikit ita..jangan tak buat langsung

      Padam
  3. seronoknya dapat puasa di sana...bkn bulan puasa pon org sedekah mcm2..apetah lg bulan puase...rindu nak kesana lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kikin, kak pun teringin nak ke sana dalam bulan puasa bila dapat kiriman gambar2 ni, huhu

      Padam
  4. Tengok arnab kena bedah siasat mcm tu....okje pun mcm tak sanggup nk makan Anim...hehe dah jd mcm Abdul...haha
    Hari tu drive sendiri ke dr SP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah siap potong2, masuk rempah, siap...alahai, tak ingat dah itu arnab..heeee

      P/s drive sendirilah sorang2. 2 abdul kecil lagi..belum ada lesen. Jadi co-pilot tengok signboard, bolehlah...hee

      Padam
  5. kak, masa pi umrah last year, waktu bulan rejab..pun ramai yg berpuasa di sana. Suasana camtu la... paling banyak makanan pun cuma roti arab dgn yogurt saja...air zam2.Pun rasa kenyang sampai isyak.. Alhamdulillah, saya berkesempatan merasa jugak ketika tu... tapi kalau di bulan ramadhan mesti lagi seronok... semua pun iftar sekali.. solat sekali... Rindunya nak ke sana lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah erani, waktu perut kosong kagi khusyuk beribadat sebenarnya berbanding perut kenyang. Sebab tu bulan puasa masjid penuh...

      Padam
  6. Lupa pulak ....Selamat hari raya....maaf zahir batin Anim...

    BalasPadam
  7. kak anim....bestnya balik raya... huhuhuh././
    kita raya kt putrajaya jer...
    sob sob sob... sedey...
    dah macam bertugas dipagi raya jer... huhuhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak orang bandar,kak orang kampung, hee..:D))

      Padam
  8. aiza ucapkan selamat hari raya.. mohon kemaafan jika terkasar bahasa atau tersalah komen..

    BalasPadam
  9. IM pun tak lalu nak makan daging arnab sebab terbayang macam daging kucing pula.

    Ada beberapa kali buka puasa IM makan terlalu kenyang. sebabnya bila makanan yang IM beli tidak secocok dengan selera ibu_suri atau Akhmal buatkan IM kena perabis semua itu.

    Bila dah kekenyangan, lepas tunai Maghrib IM baring-baring sambil berzikir. Lagu tu la... ghaib sampai jam 11 bila ibu_suri kejut untuk keluar cari lauk sahur.

    Memang beza kalau kita solat terawih dengan berbuka ala kadar berbanding terawih dengan berbuka melampaui batas keperluan perut.

    IM selalu kata pada ibu_suri; kalau di Rohingya mereka mati sebab tak makan tapi kita di Malaysia mati kerana terlebih makan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah saya sebab tekak boleh terima...heee...serupa daging ayam je..

      Memang beza melakukan ibadat dengan perut kosong dibandingkan perut berisi..:D))

      Padam
  10. seronoknya dah dpt berbuka di kampung..sedap tak daging arnab? ehehe..

    tak lupa saya nak ucap selamat hari raya utk kak anim sekeluarga..maaf zahir dan batin..moga syawal kali ni lebih bermakna utk kak anim..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo..tersangat sedap. Takde lemak macam ayam..:D))

      P/S selamat hai raya, maaf zahir batin juga dari kak anim

      Padam
  11. sedap ye anim daging arnab tu...
    pernah beli daging satay arnab..anak2 mkn secucuk dua jer...kesian katanya...sebab dia comey nk mkn tak sampai hati..

    selamat hari raya anim..maaf zahir dan batin ye kalau ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita dialam maya ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap...takde lemak. Kalau tak nampak cara menyiatnya, pejam mata je makan, heee....

      P/s sama-samalah kita. Maaf zahir batin, minal ainil wal faizin

      Padam
  12. selamat hari raya..maaf zahir batin Kak ANIM..:)

    pernah sekali saja makan daging arnab..masa zaman sekolah lg..makan satay arnab tpmakan sikit saja..sama mcm abdul sulung rasa kasihan pula

    BalasPadam
  13. Oh, dah sampai kampung rupanya.. seronok sakan le .. jangan lupa kalau singgah Klang jenguk Che Mid k..

    BalasPadam
  14. As salam Kak Anim....
    Selamat menyambut hari raya...Kak...maaf ya, segala salah silap saya, dalam sedar ataupun tidak, walaupun hanya dialam maya...dan semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hendaknya, walaupun hanya dialam maya..tapi sangat2 bermakna..=).. Mana tau, ada rezeki kita bersua..=)

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum....
    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)

    BalasPadam
  16. salam lebaran, maaf zahir batin

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai