Home · About Me · Sitemap ·

Solat Jumaat atas swimming pool

Alkisah, Encik Suami ada urusan kerja di Ampang, pagi Jumaat. Bimbang agaknya nak tinggalkan 2 Abdul bersama Anim yang belum sihat dihujung minggu, diangkutnya kami ber3 sekali . Kami bertolak selepas Maghrib. Kali ni Anim tak memandu dan tidur saja sepanjang perjalanan. Macam tak percaya, jam 12 malam sudah tiba di Hotel De Palma, Ampang. Sah..dia mesti bawa 140km/h dan ke atas ni...

Pagi Jumaat , gagahkan diri mengawasi 2 Abdul di swimming pool. Lagipun mengiggil kesejukan berkurung saja dalam bilik. Seronoknya depa ber2. "Balas dendam" kerana cuti sekolah lalu mereka demam, tak boleh berendam.

Mungkin ramai sedia maklum, Surau Nurul Hikmah di Hotel De Palma, Ampang ini mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat. Kunjungan kali ini menyaksikan sesuatu yang menarik untuk dikongsi sampai leka memerhatikan mereka menyiapkan tempat solat seawal jam 10 pagi.



Lepas tikar dibentangkan, tak sapa sangka bawah tu ada swimming pool!!

Lunch time sudah berkira-kira nak called room service, tapi dok congak-congak. Caj untuk 3 pinggan Nasi Goreng Kampung RM70+...mak datuk, sayangnya duit. Nasi goreng saja pun. Tak lama Encik Suami balik dan beritahu hari Jumaat , pihak hotel ada jual set Nasi Beriyani berlaukkan daging dan ayam ini dengan hanya RM9.90 bersama papadom. Alhamdulillah, save sikit...heee

P/S Jemaah yang menunaikan solat Jumaat turut diberi buah pisang, epal dan air sarsi . 2 Abdul ikut bersolat Jumaat bersama Encik Suami. Tapi buah, air dan papadom tak nampak bayang bila tiba bilik. Dah selesai dikerjakan 2 Abdul dalam lift lagi..


Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "Solat Jumaat atas swimming pool"

  1. 70 hengget?? mak aiii... manyaknya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah rm23 sepinggan (bukan nett). tambah service caj, tambah govt tax...darab 3, huhu...

      Padam
  2. satu inovasi dlm memaksimumkan penggunaan ruang yg ada.

    BalasPadam
  3. Memang idea kreatif. Kat Masjid Sg Nibong, Penang bila solat Jumaat, jamaah melimpah hingga solat di pembahagi tengah jalan raya!

    BalasPadam
  4. Balas dendamlah 2 abduls tu hehe.....nasib dtg hari jumaat kalau tak, tak merasalah solat jumaat atas poolkan...hehe
    Selalu jugak yeh Anim dtg KL ni...

    BalasPadam
  5. a ah.. bgus gak bua cam ni.. menjimatkan runag..
    owh..mahalnya..harga nasi goreng smpai rm70?

    BalasPadam
  6. Diorg tutup kolam tu yer..hehehe.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai