Home · About Me · Sitemap ·

Apa yang disorokkan tu?

Tertanya-tanya di hati, apa yang disorokkan sekumpulan murid lelaki Tahun 3 di bawah meja waktu rehat di library. Tambah teringin hati nak tahu bila melihat mereka ketawa mengekek. Tanpa mereka sedari, Madam Teacher mengendap-ngendap menghampiri mereka. Mau tak terkejut bila mendapati rupa-rupanya.....

Walaupun hanya ilustrasi dan bukan real picture (ini sekolah kampung) buku cerita ini yang menarik perhatian mereka. Nampak macam remeh je kan? Maklumlah...buku cerita. Itulah, kadang-kadang kita terlepas pandang.Budak-budak sekarang lagi advance. Apa agaknya yang depa sembangkan bawah meja tadi sambil mengekek ketawa agaknya..

Tanpa disedari sesetengah ibubapa, ada katalog barangan jualan yang mengandungi gambar " benda-benda kecil" hak orang perempuan dibiarkan bersepah di rumah dan dilihat oleh anak- anak lelaki tanpa rasa bersalah. Pernah berlaku katalog itu dibawa ke sekolah dan menjadi tatapan kawan- kawan sekelasnya yang lain.

P/S Mungkin sesetengah kita menganggap gambar-gambar itu perkara biasa dan remeh. Tak tahulah.....bagi saya ni yang under kategori "old-fashioned"..memang tak wajar.

Artikel berkaitan:

30 Komen untuk "Apa yang disorokkan tu?"

  1. buku cerita lama ni..budak2 sekarang, pemikiran dah advance..kalau dulu buku tu dengan kulit muka depan begitu tak jadi apa pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat library sekolah, buku cerita lama masih disimpan

      Padam
  2. Adoii..budak budak ..tapi dulu pun sama gak ...nama pun pun budak tapi kan ..orang dewasa yang tak peka ilustrasi macam ni...dan kita pun terlepas pandang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah kak ezza...walaupun illustrasi saja kan..

      Padam
  3. mcmana boleh terlepas ... budak2 advance sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah ada buku tu dilibrary...mungkin budak lain tak kisah tapi tahun ni budaknya kisah kot, hihi

      Padam
  4. Budak2 yang baru akil baligh mmg teruja nk explore menda2 mcm ni. kena ada pengawasan dari guru dan ibu bapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok kot dapat tengok gambar ni walaupun hanya illustrasi saja..kita kadang2 ingat takde apa2

      Padam
  5. Apakah yang telah merubah pemikiran budak dulu2 dengan sekarang? Atau terlalu banyak medium media dan hiburan yang merosakkan akal fikiran mereka? Dulu2 lagilah...emak2 dan akak2 berkemban depan mata...xde apa2 pun. Manusia sekarang mungkin di kawal oleh nafsu dan syaitan. Ini mungkin bepunca dari cara hidup, penggunaan dan pemakanan dari sumber yg diragui membuatkan syaitan mudah menguasai diri...Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah BM..dulu dok berkemban, tak jadi apa. la ni, budak2 dah terdedah..depa dah terdedah lebih awal berbanding usia zaman saya...cakap sikit je dah faham, dah gelak...

      Padam
  6. Betul Anim kadang hal kelihatan remeh tapi kalau tak ada pendekatan boleh merosakkan mereka. Kalau tak kenapa mereka terkekek-kekek.

    ps: Anak kakak ada buku cerita ini. Tipis aje tapi kandungannya ada moral disebalik cerita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa kata pak aji pakai serban mengendap orang mandi, heeeee

      Padam
  7. ibu bapa mmg kena pantau benda2 macam ni kan anim !

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan anggap benda cam ni remeh..tunggulah mereka matang...jangan matang sebelum usia, kasihan dengan godaan/nafsu yg mereka hadapi sehari2..huhu

      Padam
  8. aduhai budak2 ni..kenapalah ya boleh kuar buku cerita mcm tu dgn kulit muka depan mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terlepas pandang, buku cerita lama ni...cikgu pun tak perasan

      Padam
  9. Buku cerita ni pun kadang2 makchaq yg generasi lama ni rasa terkejut baca..

    Makchaq pun rasa tak berapa sesuai sesetengah iklan tu.. siap model lagi..kita ni dah terlampau terbuka agaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak chaq nak tahu, ada satu masa saya suruh depa bawa majalah lama dari rumah untuk satu projek. ada yg bawa katalog ada baju kecik dalam tu..saya ingat apalah bebudak tu dok rebut, cium2 katalog tu..rupa2nya ada yg cium model hanya berbikini tu..terkejut saya makchaq

      Padam
  10. Assalamualaikum kak,

    sihat kak? Adooi, rindu dengan perpustakaan tu. Kalau akak ada masa, akak cuba baca storybooks dalam tu. Ada yang langsung pelik dan tak munasabah. Teringat gelak bersama hafiz kat situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...rindu kat library tempat hangpa bertapa tu ya?? nanti kak check balik buku2 dalam tu

      Padam
  11. sgt2 advance.....

    saya sangat takut bila terjadi kejadian "terlepas pandang"
    apatah lagi dah jadi Ibu ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...jangan biarkan dia "matang" sebelum usianya...kasihan

      Padam
  12. bagi kita mungkin 'xda apa apa' tetapi bagi kanak kanak gambar seperti ini memng menarik perhtian mereka..

    mungkin kalau madam tecer dapat dengar apa yang mereka bualkan mengenai gambar tersebut lagi melopong mulut madam tecer yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. zu..depa kata pak aji pakai serban mengendap orang mandi telanjang...huhu

      Padam
  13. haha....budak lelaki tengok belakang bidadari kartun pun dah best benokan Anim....
    nampak cam remeh tapi sebenarnya besau !

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaah...boleh bayangkan situasi tu kot yg buat depa ketawa mengekek...

      Padam
  14. buku cerita lama ni kak... masa buku ni keluar dulu.. pemikiran orang kita masih cetek ilmu agama.. dipengaruhi org putih lagi.. jauhnya imaginasi bebudak kan... boleh gitu fikirnya... hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaah..buku cerita lama sebab tu tak timbul isu bagi budak dulu2..bebudak sekarang lain pulak..cepat tangkap..

      Padam
  15. alamak ... sayapun generasi X yang sangat old fashioned.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai