Home · About Me · Sitemap ·

Kenapa tak perlu baca "Bismillah.."?


Assalamualaikum wbt...

"Kenapa tak perlu baca Bismillah, Ummi? Kita kan baca Quran..." tanya si Abdul waktu Anim nak mendengar dia membaca Quran ( dia nak mula surah At-Taubah)


"Cuba tengok. Mana ada tulisan Bismillahirrohmanirrohim dalam Quran ni macam surah-surah lain. Surah At-Taubah ni, Allah tujukan kepada orang-orang kafir musyrik. Sebab tu kita tak perlu baca Bismillah..." (Note : Anim suruh dia baca 'Audzubillahiminassyaitonnirrojim saja)

"Bukan semua perkara kita nak baca Bismillah. Ada kala jatuh haram bila kita baca tau"..

Satu cabaran buat ibu-ibu zaman kita ni bila bercakap dengan generasi Y. Semua nak tahu kenapa haram....kenapa tak boleh....kenapa itu...kenapa ini...

"Tau kan arak tu haram. Kalau minum benda haram, boleh ke kita sebut dengan nama Allah? Kita tau mencuri tu berdosa. Kita nak mencuri, kita baca Bismillah. Atau contoh lain, kita sepak kucing. Kita tau aniaya binatang tu berdosa. Boleh ke kita sebut dengan nama Allah, lepas tu kita sepak kucing?."

"Sama juga kita nak buang sampah, masuk bila air. Kita tau tong sampah depan rumah kita tu ada sampah, kotor, berbau busuk. Takkan kita nak sebut nama Allah waktu buang sampah kat tempat kotor."

P/S Kadang-kadang mati kutu nak beri contoh bila nak tegur sesuatu on the spot. Contohnya dia bertanya kenapa dia perlu solat sebab dia belum baligh, belum tanggung dosa lagi, alahai anak:))


Artikel berkaitan:

14 Komen untuk "Kenapa tak perlu baca "Bismillah.."?"

  1. Kakak rasa anakanda Abdul tak faham tak apa kita boleh terangkan Anim, tapi yg dewasa dan matang yg sepatutnya tahu bila dapat anugerah (konon bangga teramat) yg tak berkaitan langsung dgn kebaikan umat bahkan dgn cara pakaian yg langsung juga jauh batas etika Islam menggunakan ayat-ayat suci sebagai mengabui mata... sedih kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kakzakie...ada juga yg terima kemenangan wang judi pun kata alhamdulillah, rezeki dari Allah...

      Padam
  2. Salam,
    Mendidik perlu bersabar...Ibu bapa kita dulu mengajar kita pun susah begitu juga.
    Anak2 yg banyak bertanya itu bermakna otak mereka berfikir, inginkan lebih pengetahuan...Jika xdapat jawab on the spot katakan padanya "Ada hikmahnya...nanti ibu bagitahu". (Jgn lupa memberitahu jawapan kembali kepada mereka kerana mereka ini sentiasa ingat apa yang kita katakan) Eh...macam pandai jer saya ni. Maaf Anim, ini cuma salah satu cara...jgn ikut kalau ianya tidak betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandailah tu..nasihat yang perlu diikut...

      Padam
  3. Pernah terbaca pasal ni, tapi tak ingat kat mana..
    Bukan Abdul saja..okje yg dah tua ni pun boleh jadi confuse jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo..iya ke? tapi n3 saya ni original, hasil pengalaman di rumah petang semalam..
      sama tapi tak serupa kot..

      Padam
  4. Nak didik anak bukan mudah kan kak..Susah payah mak ayah mendidik kita.

    BalasPadam
  5. Begitulah juga kita agaknya semasa kecil di bawah jagaan mak bapa kita dulu!

    BalasPadam
  6. salam, dapat mengajar sendiri anak menghayati al-Quran adalah salah satu anugerah terbesar Allah beri pada kita sebagai ibu. Ganjaran akan kita dapat sampai bila-bila selagi anak-anak menggunakannya, kalau diajarkan kpd orang lain maka bertambah lagilah pahala. Tapi bukan mudah spt yang Anim katakan.. Che Mid masih lagi pasang telinga kalau anak mengaji walaupun mereka dah besar. Insyaallah, bulan depan nak bimbing bakal menantu pulak.. kalau boleh budaya mengaji ni diteruskan bila mereka memulakan keluarga nanti.. ( maaf , terpanjang lak komen)

    BalasPadam
  7. KA pun duk pening kepala nak manjawab pertanyaan anak2 generasi skang ni !

    BalasPadam
  8. assalamualaikum ... betul ! dalam proses anak membesar mmg banyak tanya . Kalau kita kata jgn ! , mrk tanya kenapa ? Bila kita kata x boleh ! mrk tanya apa sebab ? perlu ada penjelasan yg kukuh . generasi zmn nih lbh byk cabaran n mrk cepat belajar dr apa yg mrk nampak dan perhati . Kita sebagai yg lbh tua perlu ada selangkah dihadapan n perlu bijak menjawab ...

    BalasPadam
  9. thanks for sharing anim ... harapan tinggi sangat semoga anak2 mendampingi alquran sentiasa

    BalasPadam
  10. sebut Gen Y ni memang kita perlu advance... sangat beza ngan cara kita menerima pendidikan... kat opisni jer dah mula Gen Y muncul... rasa tertekan gak... tapi kenalah kita berilmu gakkan...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai