Dari sebiji LABU yang dibeli dengan harga RM6..inilah hasil tanaman 2 Abdul. Sejuk tangan macam abah depa. Jenuh nak menjawab apa yang ditanam 2 Abdul ni bila rumah kami disinggahi tetamu...
Dah penuh dari depan hingga belakang rumah..huhu.. Kata Encik Suami, biarlah depa tengok hasil kerja depa. Sebulan lagi kalau tak berbuah, matilah pokok labu ni. Sungguhpun belum mengeluarkan buah...ada part lain yang kami dah makan...
PUCUK LABU! Dah 2 kali pucuknya dipotong.
Lemak pucuk labu yang marvellous. Cara orang Utara, ditambah lada dan udang kering rupanya.
Ehem...camnapun ini bukan hasil air tangan Anim. Encik Suami tak beri Anim "siang " pucuk labu ni sendiri takut silap-silap gatal pulak katanya. So...minta tolong pekerja sekolah siang dan tolong masakkan. Sepinggan untuk saya, sepinggan untuk dia...
P/S Saya bukan malas ya. Saya cuba siang dan cuba nak masak tapi tak dizinkan, heee....

hehe sedapnya Anim....
BalasPadamOhhh...lain cara ke nak menyiang labu tu... okje pun tak tau ni....
Nasib ada orang yg boleh nak minta ditolong!....kalau oKje ...terus tak yah makan ajelah masak lemak pucuk labu gayanya hehe
Pucuk labu tu ada bulu2 halus yang perlu disiang sperti kita siang batang bayam...
PadamPart tu kak surrender, takut gatal masa menyiang.
Bayam....okje siang tak pernah buang bulu pun hehe...dgn bulu bula masuk dlm perut hehe
Padamsuburnya..terliuq cheq kat syur labu
BalasPadamKak pun baru nilah rasa pucuk labu..sedap rupanya
Padamhijaunya tangan depa ... best! mala pun tak reti la nak makan/masak sayur2 kampung ni sbb tak membesar dgn masakan melayu kampung.
BalasPadamTu la pasal mala, biasa emak masak pucuk ubi je. Pucuk labu tak permah nampak..huhu
Padampucuk labu gatal ke kak? Saya tak pernah masak tapi nampak memang menyelerakan la...
BalasPadamDak..sedap rasanya. 2 Abdul pun dah jatuh cinta. Gatal masa menyiangnya saja, kda
PadamAmboi!! kalau kakak dapat ni mahu makan pucuk labu selalu. Kakak suka juga Anim. Tak kan org Johor tak tahu cara masaknya Anim. Kena gentel dulu bagi buang bulu pada daun dia baru masak... sedapkan:)
BalasPadamSejuk betul tangan hero-hero tu kan.
Seingat saya, saya tak pernah tolong mak saya masak pucuk labu. Tu sebab tak tau kakzakie, jeee...
PadamLagipun, kat kampung sendiri payah nak dapat sekarang...
P/s 2 Abdul tu anak kampung le katakan?...
Salam,
BalasPadamMemang sejuk tangan si Abduls ni. Subur sungguh pokok labunya. Tak lama lagi berbungalah tu. Isteri saya suka dgn sayur pucuk labu ni...saya errr...
Dah berbunga BM. Tunggu berbuah saja.. Mesti orang rumah BM pandai menyiang pucuk labu, tak macam kak. Malunya..haha...
Padamsedap nya kak...lauk pucuk labu tu
BalasPadamKalah pucuk ubi kan?
PadamAssalam,
BalasPadamSubhanallah
Air tangan yg berkah tu, menjadi tanaman.
Haah...sambil belajar...jadilah
PadamSejuknya tangan 2 Abdul ye Anim..menjadi betul pokok labu tu..sedap lemak pucuk labu tu..knah memang suka..tapi xrajin nak masak sebab leceh sikit..=)
BalasPadamBetullah kak. Nak prepare tu punyalah lama, makannya sekejap aja..huhu...
PadamWow.. gulai lemak pucuk labu ni memang sedap. lebih-lebih lagi kalau mak IM yang buat.
BalasPadamSejak merantau, belum berpeluang merasainya lagi...
Masakan terbaik dan tersedap mestilah masakan ibu kan?
PadamKat pasar malam SP ada juga jual tapi tak pasti nerapa RM...
assalamualaikum ... saya x tau lak klu pucuk labu tuh gatal . Biasa gentel jer pas tu masak . mmg sedap klu campur udang kering dan cili padi.
BalasPadamsedapnyaaaaaa....tambah2 lagi ada ikan kering...samabl belacan..fuhhh
BalasPadamterasa lapar pulak saya tgk lemak pucuk labu tu..
BalasPadamamboi... sejuk betul tangan abdul...
BalasPadamKalau dulu dekat rumah saya arwah ayah dan umi saya rajin sangat menanam ni..hehe..sekarang umi dengan kakak saya pula..Saya tukang tengok je..hehe. Seronok tanam labu ni, saya suka buat kuih.
BalasPadamConfirm sejuk tangan 2 Abdul nih. Dari depan sampai ke dapur merimbun pokoknya...
BalasPadam