Home · About Me · Sitemap ·

Si Abdul & Ijazah serban

Si Abdul ni tak takut dan "tak malu" orangnya. Like mother like son (or like grandma also?) Heee..."Main belasah  aja". Buktinya, dia terpilih sewaktu ujibakat mencari instructor senamrobik di sekolah. Dan hanya dia seorang je instructor lelaki.

Pengajian bulan ini (15hb setiap bulan) membawa tajuk "Serban Rasulullah". Bulan lalu, semasa pengajian kitab "Syamail Muhammadiyah" di Masjid Taman Keladi, Ustaz Shahul Hamid ada beritahu, pada pengajian bulan Mac, sesiapa yang mahu diijazahkan serban, bawa kain serban. Nanti Ustaz beri ijazah serban kepada jemaah yang berhajat. Sejak itu, si Abdul kecil dah war warkan hasratnya. Kain serban yang dibeli Encik Suami di Mekah dah "dicop" kepunyaannya.

Jabir melaporkan:  "Pada hari penaklukan Kota Mekah, Rasulullah masuk kota itu dengan memakai serban di kepala beliau".  (Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Dia sorang yang beriya-iya di rumah. Si Abdul sulung mahupun Encik Suami diam tak bersuara. Malam Ahad lalu, si Abdul kecik ni antara 2 jemaah cilik yang menunggu giliran dipakaikan serban.Yang lain, jemaah dewasa.

 Ibnu Umar berkata : "Apabila memakai serban, Rasulullah menjulurkan hujung serban itu di antara dua bahu beliau."  (Direkodkan oleh Tirmizi)


Alhamdulillah, tercapai juga hasrat si Abdul kecil ni

Ibnu Abbas berkata : "Rasulullah menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai dan beliau memakai serban berwarna hitam."   (Direkodkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

Ada jemaah dewasa minta dia tolong jadi "jurugambar" . Ada 2 saf jemaah menunggu giliran. Dek kerana si Abdul dan Encik Suami berada di saf depan, tak lamalah menunggu. Si abang? Tak mahu!

Encik Suami yang asalnya mahu menemankan si Abdul kecik....akhirnya ambil keputusan menurut jejak si anak. Sunnah Nabi tu bah. Tak pakai selalu, sekali sekala apa salahnya. Ini baru permulaan. Sebagai isteri dan ibu...Anim menyokong mana yang baik.

P/S Nak memulakan sesuatu yang tak biasa tu memang payah tapi...bila sekali kita berjaya mengatasi perasaan malu dan tak endah "apa orang kata"..perkara tu dah alah bisa tegal biasa.

Artikel berkaitan:

35 Komen untuk "Si Abdul & Ijazah serban"

  1. Ustaz Shahul Hamid pernah berceramah di UiTM...seronok juga ^_^

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Dia memang suka pakai serban dan jubah, heee

      Padam
  3. alhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung...semoga membesar sbg anak yg soleh..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..si adik suka pakai serban...

    Dulu kat rumah saya ni pun ada 3 Abdul..tapi dah tinggal 2 jer..sebab abdul yang ke 3 dah pulang ke alam bazrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Redha kak ezza..dia dah tunggu kak di "sana"...

      Padam
  5. Alhamdulillah... benda baru memang payah..kadang2 segan pun ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul makchaq...nak berubah dalam apa jua situasi perlukan keberanian dan muka tebal

      Padam
  6. Assalam, Bapa ikut anak pula...hehe.
    Masa kecil2 dah peramah dan tidak segan untuk ke depan, sikap yg positif. Ada bakat pemimpin ni...Insyaallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bin..jangan tak tau ada ibu@ayah yg boleh berubah kerana anak....bukan ayah dan ibu ja boleh jadi contoh

      Padam
  7. assalamualaikum ... alhamdulillah , dapat pahala hidupkan sunnah rasulullah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapaf buat semua..jangan tinggal semua...

      Padam
  8. alhamdulillah....dan tahniah....buat abdul

    BalasPadam
  9. Alhamdulilah..sejuk perut ibu..itulah saham akhirat kita Anim!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mufah2an minat dan azamnya berterusan hingga dewasa

      Padam
  10. Alhamdulillah, sgt berinspirasi...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..sejuk perut ibu.knah xde anak lelaki =)

    BalasPadam
  12. ALHAMDULLILAH... i love to see boys pakai serban.. ALHAMDULLILAH my kids love to do that to.. but now depa suka pakai kopiah je ke sekolah...

    BalasPadam
  13. Saya yang teruja!

    ! Kalo en.somi sy n anak saya disitu lagila teruja...benda yang baikkan=)

    BalasPadam
  14. Allahamdulillah......hidupkan sunah....amalan yang mulia tak perlu malu dan segan cuma perlu malu dan segan bila nak buat benda yang berdosa......

    BalasPadam
  15. Oklah tu...bukan salah pun malah dapat pahala....kita isteri dan mak ni sokong dari belakang je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapat ikut semua, jangan tinggal semua. Ikut mana yg mampu...

      Padam
  16. alhamdulillah sejuk hati tengok anak2 sukakan perkara keagamaan ni kan kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat utara ni memang "meriah" masjidnya ita. Senang nak ajak anak2..boleh tukar2 masjid mana nak p...Sampai bingung nak p mana, semua bawa topik best dan ustaz best jugak

      Padam
  17. bagus kecik2 dah pakai serban. saya lum pernah pakai lg.

    BalasPadam
  18. baguslah kalau kecik2 dh dididik begini

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai