Destinasi seterusnya...ke sebuah perkampungan orang asli yang penduduknya beragama Islam.
Si Abdul kurus (baju oren) ni bila dapat geng sebaya, tak sama bot dengan Ummi dan abahnya pun tak apa.
Semangat Abdul sorang lagi ni boleh dipuji. Badan debab tapi tak de masalah meredah bukit cari Rafflesia dan mendaki anak tangga naik ke Kampung Sungai Chuweh ni. Huh...banyak kalori terbakar..
Penduduk Kampung Sungai Chuweh berbangsa Jahai. 32 penduduknya (Islam) tinggal berasingan pulau dengan penduduk yang beragama Kristian. Sebilangan kecil masih mengamalkan animisme. Si baju biru muda tu saja lelaki dewasa yang tinggal sambil menjual kraftangan hasil usaha penduduk kampung. Yang lain keluar bekerja..Lupa nak tanya, kenapa rupa dia tak serupa orang asli yang biasa nampak..ada rupa Cina pun ya..anak mix kot!
Salah satu hasil kraftangan mereka..manik rantai dan gelang tangan dari pokok Jelai. Elok untuk menyejukkan badan, katanya.
Nilah rupa pokok Jelai . Kami di Johor panggil pokok ini pokok Jali.
2 Abdul dan anak-anak lain ambil kesempatan mengagihkan sedikit "jajan" buat anak-anak penduduk kampung. Rata-rata anak-anak penduduk kampung ni malu, masuk sembunyi dalam rumah..
Wanita dewasa kampung ni tersangatlah malu. Tanya sepatah, jawab sepatah. Adakala tak bersuara langsung. Pandai-pandai kita cari jalan supaya depa boleh jawab soalan kita...
Suka bila boleh buat depa tertawa!
P/S Depa dah berpakaian seperti kita. Kalau masih dengan pakaian mereka yang asli..mesti best kan? Teringat A l i di Cameron Highlands.
Bila tengok di sini, baru kakcik teringat semula pada 'tasbih' pokok jelai tu... :)
BalasPadamiyalah...dah serupa tasbih, heee..
PadamLama dah tak jumpa pokok biji-biji manik tu. Jelai/jali namanya...
BalasPadamMasa kecik-kecik kitaorang selalu kena marah dengan makcik-makcik sebab cilok jarum & benang Mak Tok sebab nak buat gelang & rantai dengan biji pokok ni. Sukanya kalau dapat yang warna hitam berkilat... cantik!
Anim... mana tak kena marah... dah lepas pakai, tak reti-reti nak pulangkan. Gunting hilang, jarum tak jumpa, benang entah ke mana... hahaha...
yang hitam tu ada, buat gelang. tak terambil pulak gambarnya..
Padamgelihati baca cerita huda zaman kecik2...teringat zaman saya, heee...
bestnyer leh pegi tmpat camni... suasana dia sgt2 cantik..air sungai tu mcm sejuk je.. dia org skarang dh maju kan.. dah pakai baju cam kt gak..
BalasPadamtu air tasik temenggor (empangan)..
Padambukan setakat baju, motor pun ada (walhal pengangkutan utama bot). motor tu wat pusing2 kampung je katanya..
p/s anak semua lelaki, kena cari aktiviti lasak
memang terbaek la anim.! Keep it up for more post about this
BalasPadamTA, tqvm
BalasPadam